Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.
Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Pegawai Tertinggi dan Majlis Tertinggi Cuepacs telah diumumkan tepat pada jam 11.00 pagi tadi.
Saudara Presiden Tuan Ajeet Singh Gurbax Singh telah tewas dengan Kesatuan Bomba iaitu saudara Mohd Shafie bin Hj Abdul Rauf. Keputusan yg diperolehi adalah
En. Ajeet Singh (KPISM) : 456 undi
En Shafie (Kes Bomba) : 712 undi.
Bagi jawatan Kepimpinan Tertinggi Cuepacs masih dipimpin oleh YBhg. Dato' Azih bin Muda. Berikut adalah adalah barisan kepimpinan Cuepacs bagi penggal 2016-2019 :-
Presiden : YBhg. Datuk Azih bin Muda
Timb Presiden 1 : Tn Hj Shaman bin Jaes
Timb Presiden 2 : Tn Hj Zainal
SUA : Tn Hj Adnan
Timb SUA : En Abdul Rahman, En Zainal dan Harry (NUTP)
SU Kewangan: En. Jaafar
Timb SU Kew : Razali bin Singah.
KPISM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga JIM khususnya AHLI KPISM yang terus menerus memberi sokongan kepada kepimpinan KPISM. Semoga usaha ini akan terus diperjuangkan oleh kepimpinan bagi penggal yang akan datang. InshaAllah.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
SUA KPISM
Wednesday, 21 December 2016
Thursday, 1 December 2016
Ucapan Presiden KPISM Sempena Hari Imigresen 2016
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,
Integriti Profesional Mesra Saya ucapkan Selamat Hari Imigresen kepada setiap insan mulia yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia.
Ketahuilah bahawa anda merupakan aset bernilai dan sumbangan anda sangat bermakna dan dihargai oleh KPISM. JIM dari saban hari saban tahun menempuh berbagai cabaran dan dugaan. Namun semangat anda sangat kental untuk terus berjuang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita. Saya kagum dengan semangat Anda. Syabas dan teruskan.
Ketahuilah warga Imigresen..... Kita sebagai Barisan utama negara mempunyai tanggungjawab untuk menegakan keadilan dan mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Malaysia adalah Tanah Tumpah Darah Ku.
Perkhidmatan dan tugas kita di JIM adalah satu Perjuangan. Dibawah rahmat Maha Yang Esa, kita melangkah seiringan satu Perjuangan. Sememangnya semangat #keSamaan #keMuafakatan #keSatuan antara kita kekal dan kukuh untuk kita menghadapi apa jua dugaan.
Ketahuilah keukuhan ini tidak mungkin digugat oleh mana-mana pihak. Nescaya kita akan terus mara dalam tuntutan untuk memartabatkan jabatan yang disayangi. Rintangan pasti melanda, penuh onak dan duri. Sabar mengatasi, tunduk mentaati dan redha dengan ujian. Tapi teruskan Perjuangan hingga ke akhirnya, jangan undur walaupun selangkah. Hidup memerlukan pengorbanan.
Pengorbanan memerlukan Perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan memerlukan kejayaan.
Kejayaan memerlukan Anda. Anda Penentu. Anda Penentu. Oleh itu... Bangkitlah wahai warga Imigresen..... Anda Penentu.
Inilah Barisan Kita
Selamat Hari Imigresen
Ajeet Singh
Presiden KPISM
01 Disember 2016

Saturday, 12 November 2016
KPISM MENOLAK FITNAH YG DILEMPARKAN TERHADAP YBHG DATO' SRI HJ MUSTAFAR BIN HJ ALI, KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA
Assalammualaikum dan Salam Perjuangan
Adalah dimaklumkan bahawa KPISM telah mendapat banyak panggilan dan pertanyaan dari AHLI mengenai satu kenyataan atau tuduhan yang dikeluarkan oleh Sdra Zaharin Mohd Yasin melalui Facebook beliau dan rakaman video berkaitan tohmahan terhadap YBhg. Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Susulan daripada tersebarnya kenyataan ini, KPISM telah mengadakan satu pertemuan dengan YBhg. Dato' Sri KPI bg mendapatkan gambaran serta penjelasan yg sebenar berkenaan kenyataan tersebut. Susulan drpd pertemuan tersebut, KPISM amat berpuas hati dn dapat membuat kesimpulan bahawa kenyataan yg disebarkan melalui media sosial berkenaan isu ini adalah FITNAH DAN TOHMAHAN yang berniat untuk cuba menjatuhkan reputasi serta kredibiliti YBhg. Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali sbg Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Justeru itu, KPISM menyeru kepada semua warga JIM khususnya AHLI KPISM agar bersama kita rapatkan saf dan bersatu hati menolak kenyataan yg bersifat fitnah kepada YBhg. Dato' Sri KPI kita. Ayuh!! kita semua bersatu hati berdiri teguh mempertahankan KP kita agar segala rancangan dan cubaan mereka yg ingin utk membuat percaturan serta menghuru-harakan kepimpinan di JIM tidak berjaya sama sekali.
Sokongan ini harus kita zahirkan krn dalam tempoh 100 hari YBhg Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali memegang taklif sbg Ketua Pengarah Imigresen, JIM telah mula menampakkan perencanaan pelbagai rancangan samada jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memartabatkan warga selaku aset JIM dan imej jabatan. Hakikatnya, pelaksanaan serta gerak kerja yg diusahakan oleh DS KP ini telah melalui segala macam perancangan yang disusun kemas lagi sistematik. Ianya dapat dibuktikan apabila dlm tempoh 100 hari kepimpinan DS Hj Mustafar sbg KP JIM telah byk usaha dan inisiatif baru telah direncanakan. Antaranya adalah, memperkasakan aspek penguatkuasaan di JIM, dialog bersama majikan, menaikkan semangat pegawai JIM melalui pelbagai pendekatan dan mekanisma.
Para pujangga sering bermadah iaitu, “Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.
Selain daripada itu, antara pencapaian kejayaan paling besar dlm sejarah JIM adalah peluang serta pengiktirafan yg diberi kpd pegawai Skim KP dgn kenaikan pangkat ke KP52. Sesungguhnya 11 November 2016 merupakan satu catitan sejarah penting JIM di mana buat julung kalinya pegawai dari Skim KP diberi kenaikan gred ke KP52. Semoga pegawai yg dilantik ini mampu melaksanakan amanah yg diberi dgn penuh kejayaan dn kecemerlangan.
Untuk itu, Sekali lagi KPISM menyeru dan mengajak semua di antara kita untuk terus memberi sokongan dan dokongan padu kepada kepimpinan DS Ketua Pengarah JIM. Biarpun kita berdepan dengan pelbagai rintangan, dilontar dengan segala bentuk tohmahan, diasak dengan bermacam dugaan, namun, dengan kehendak Maha Berkuasa jua, kepimpinan JIM ini akn tetap kita pertahankan.
Kepada YBhg. Dato' Sri KP JIM.. Walaupun satu demi satu tohmah yg dilontar, beraneka domba dituduh kepada kita, pelbagai cubaan dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej Dato' Sri, bukan hari ini sahaja malah sejak sebulan dulu dgn dimomokkan pelbagai andaian dan cubaan untuk menukar KP JIM, agar tunduk kepada tekanan dan kuasa2 tertentu. Namun, BARISAN KITA bukanlah yang mudah mengaku kalah, apatah lagi duduk bersimpuh dan berdiam diri. KPISM akn tetap terus berada bersama Dato' Sri.. Walaupun bulan demi bulan, tahun demi tahun, masa hingga masa, Kami akan tetap terus bangun, bangkit dan berjuang demi nama baik Jabatan dan negara.
Apa yang pasti, KPISM tidak sekali-kali akan membiar dan merelakan orang-orang yang tidak bertanggungjawab cuba membuat percaturan dan mengadu domba dengan niat meruntuh dan melemahkan kepimpinan JIM yg berprinsip dn berintegriti ini. Demi JIM dan demi warganya yg tercinta, Jabatan Imigresen Malaysia tetap akan kami pertahankan sampai bila-bila.
Moga-moga Tuhan Yang Maha Berkuasa memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia. JIM HEBAT!!
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
Ajeet Singh Gurbax Singh

Wednesday, 26 October 2016
KENYATAAN MEDIA 26.10.2016 : KPISM SAMBUT BAIK LANGKAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BENDUNG ISU RASUAH
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) ingin merujuk kepada kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Hj Mustafar bin Hj Ali, menerusi laporan akhbar dan media elektronik semalam (25 Oktober 2016) berjudul “Jabatan Imigresen Malaysia perkukuh tiga strategi bendung rasuah di kalangan pegawai”.
Dalam laporan tersebut, Ketua Pengarah Imigresen menyatakan “Tiga strategi yang akan dilakukan adalah tindakan dari dalaman, tindakan pencegahan dan juga pendidikan yang berterusan mengenai elemen integriti dalam penguatkuasaan.
KPISM menyokong penuh kenyataan beliau ini. Kenyataan beliau ini adalah suatu yang tepat di mana Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu mengambil tindakan dalaman bagi memastikan segala ruang dan peluang yang membenarkan perlakuan rasuah ditutup sepenuhnya. Pemantapan integriti pegawai melalui pendidikan adalah suatu tindakan yang signifikan memandangkan pegawai JIM perlu diberi pendidikan secara komprehensif di samping dengan penyediaan SOP yang mengikut arus perubahan zaman.
Selain daripada itu, faktor peningkatan taraf hidup pada masa kini turut menjadi faktor penyumbang (pull factor) kepada kecenderungan segelintir pegawai JIM kepada perlakuan tidak berintegriti ini. Justeru itu, KPISM mohon agar kerajaan menyegerakan bayaran insentif yang telah diluluskan sejak April 2016 lagi. Walaupun Ketua Setiausaha Negara pernah meminta agar bayaran insentif ini disegerakan namun ianya dipandang sepi oleh pihak yang bertanggungjawab dimana sehingga kini tiada tanda-tanda bayaran ini akan dibuat.
KPISM ingin menzahirkan komitmen bagi menyokong usaha pencegahan rasuah di Jabatan Imigresen Malaysia termasuk dalang yang cuba menawarkan rasuah seperti agen, sindiket serta pelancong asing yang cuba masuk ke negara ini secara tidak teratur. KPISM sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dengan mempromosikan nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik, memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen-elemen yang menyokong pencegahan rasuah serta pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan memerangi rasuah di kalangan pegawai dan juga pihak yang menawarkan rasuah.
KPISM optimis langkah yang diambil oleh Ketua Pengarah Imigresen ini mampu mendatangkan impak yang positif kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang selama kini tercalar dengan isu integriti serta persepsi negatif masyarakat. Kehadiran Dato’ Sri Hj Mustafar bin Hj Ali sebagai Ketua Pengarah Imigresen Malaysia telah membawa satu momentum positif dikalangan 14,000 pegawai Imigresen di seluruh negara kerana kepribadian beliau sendiri telah memberi satu cerminan kepada gerak kerja yang berintegriti dan profesional. Sejarah JIM bakal terukir apabila beliau yang memegang taklifan sebagai Ketua Pengarah JIM ini sentiasa mempertahankan prinsip dan memegang amanah serta mandat yang diberikan kepadanya walaupun terpaksa berhadapan dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi berbanding negara. KPISM tidak mudah merelakan maruah JIM dicemar oleh kerakusan mereka yang berkepentingan peribadi ini tanpa melihat kepada kepentingan keselamatan negara.
KPISM sangat komited dalam membantu pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan pucuk kepimpinan tertinggi Imigresen bagi membanteras salah laku dan aktiviti yang tidak berintegriti. Namun begitu, bagi pegawai yang telah ditahan atas dakwaan mengsabotaj sistem ICT imigresen, KPISM gesa mereka yang ditahan ini diberi peluang untuk didakwa menggunakan peruntukkan akta sedia ada dan bukannya menggunakan akta bersifat pencegahan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) supaya mereka ini juga diberi hak untuk dibicara dan diputuskan oleh Mahkamah. KPISM tidak akan berkompromi dan melindungi pegawai ini daripada dikenakan hukuman yang selayaknya.
KPISM juga sentiasa berkerjasama dengan semua pihak dalam menjaga dan memastikan pegawai-pegawai imigresen sentiasa berintegriti dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi imej dan nama baik Jabatan Imigresen Malaysia.
AJEET SINGH A/L GURBAX SINGH
Presiden,
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM)
Wednesday, 5 October 2016
BENGKEL PENAMBAHBAIKAN GRED PENGUATKUASA DAN GRED PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL ANJURAN CUEPACS
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.
Adalah dimaklumkan bahawa Cuepacs dengan kerjasama JPA sedang menganjurkan Bengkel Kajian Penambahbaikan Gred Penguatkuasa dan P&P bagi membentuk satu kerangkan Skim yg bersifat komprehensif, isolatif khas utk agensi2 Penguatkuasa shj.
Tujuan Bengkel ini dijalankan adalah bg menentukan kaedah, klasifikasi
Gred Penguatkuasa, Syarat Minima Kemasukan, Kadar Upah, Penentuan
Insentif dan beberapa kemudahan lain yg wajar dipanjangkan kepada
Agensi2 Penguatkuasa Awam di Malaysia.
Wakil KPISM yg hadir adalah Sdra Presiden, Timbalan, SUA, Bendahari, PP Kelantan dan Sdra Gurpal Singh AJK Dalaman KPISM W.P Kuala Lumpur. Wakil PnP JIM yg hadir adalah Tuan Abu Bakar Sidek, Puan Supiani Sibin, Tuan Mohd Zaidi bin Che Morad dan Tuan Ajeet Singh Gurbax Singh.
Semoga usaha yg dilakukan ini mampu mengangkat martabat pegawai-pegawai Penguatkuasa khususnya di Jabatan Imigresen Malaysia.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
SUA KPISM.

Tuesday, 4 October 2016
BERITA SEDIH DARI JIM PERLIS
Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.
DUKACITA dimaklumkan bahawa seorang Pegawai Imigresen (KUP) JIM Perlis, Ku Yusuf bin Ku Yaakub yang bertugas di Unit Depot, Bahagian Penguatkuasa JIM Perlis telah terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika ingin ke tempat kerja pagi tadi.

Kesan dari kemalangan ini menyebabkan berlaku beberapa kepatahan pada
pinggang, tulang paha dan tempurung lutut beliau pecah. Pegawai ini
dijangka akn menjalani pembedahan pada malam ini.
Bagi pihak seluruh Jawatankuasa KPISM kami mendoakan semoga pegawai ini selamat menjalani pembedahan serta segera sembuh seperti sediakala. KPISM juga telah bersetuju utk menghulurkan sedikit sumbangan dan akan disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan KPISM Negeri Perlis, Sdra Sumardi atau nama FB sbg Capal Hitam . Marilah kita sebagai keluarga besar di JIM mendoakan semoga pegawai ini selamat mnjalani pembedahan dan segera sembuh untuk kembali bertugas seperti sedia kala.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.

Saturday, 1 October 2016
INTIPATI UCAPAN PRESIDEN KPISM BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JIM ZON UTARA DI DEWAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PULAU PINANG
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.
Adalah dimaklumkan buat julung-julung kalinya Presiden KPISM telah diberi peluang dan kesempatan untuk berucap di hadapan Pengurusan Tertinggi JIM, YBhg Dato' Sri KPI, YBhg. Dato' TKP(P), Pengarah2 Bahagian dan Negeri serta para pegawai Imigresen khususnya yg bertugas di JIM Negeri zon utara.
Antara intipati ucapan Presiden adalah mengenai cabaran dan isu semasa yg dihadapi oleh JIM kebelakangan ini. Antaranya adalah isu penahanan beberapa pegawai Imigresen yg bertugas di KLIA, Isu Kekurangan Stok Pasport dan lain-lain lagi.
Segala isu dan cabaran ini perlu kita hadapi secara tenang, profesional dan bersatu hati. Terdapat juga beberapa isu yg dapat diselesaikan dengan baik atas dasar Kesamaan, Kemuafakatan dan KeSATUan yg wujud di antara setiap warga JIM. Setiap isu yg timbul ini perlu kita hadapi dengan hati yg terbuka tanpa merumitkan lagi keadaan disamping tanpa perlu menuding jari sesama kita yg akhirnya merugikan setiap daripada kita semua dan jabatan.
KPISM sekali lagi menegaskan bahawa KeMUAFAKATan, KeSAMAan dan keSATUan sesama kita amat penting dalam menjadikan setiap pegawai Imigresen mampu memberikan perkhidmatannya dengan cemerlang dan terbaik.
KPISM juga selama kini amat menghargai segala peluang dan ruang rundingan yg diberikan oleh pengurusan tertinggi JIM kepada KPISM. Seperti biasa, tajuk atau topik utama kepada setiap ruang perbincangan adalah berkenaan KEBAJIKAN DAN KEPENTINGAN AHLI DAN IMEJ JABATAN. Maka, tidak perlu setiap kali KPISM ingin mengadakan rundingan perlu diajukan dahulu dengan soalan berkenaan apa? Apa topik? Apa tajuk? Dan lain2 lagi. Selain itu, KPISM juga ucapkan terima kasih kepada YBhg Dato Sri KPI krn setiap rundingan yg dibuat membuahkan hasil 'win win situation' antara majikan dan pekerja. If you take care of your employees, they will take care of the clients.
KPISM jg mengakui bahawa dgn kehadiran YBhg. Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali ke JIM sbg Ketua Pengarah telah membawa kepada satu aura 'positive energy' kepada JIM dan setiap warganya. Aura positif ini juga telah diterjemahkan melalui tindakan2 kita yang akhirnya membawa kepada kejayaan dan kecemerlangan khususnya dlm memberi perkhidmatan kpd pelanggan JIM. Antara contoh yg terbaik adalah apabila DS KPI sendiri turun padang dan membuat lawatan ke Depot Tahanan Bukit Jalil di mana fast action telah diambil berkenaan post kawalan yg sebelum ini dari canvas tent di gantikan dgn post konkrit yg lebih baik serta bersifat permanent.
KPISM ingin menyeru kepada semua warga JIM agar bangkit dan bergerak secara pantas melalui tindakan meningkatkan produktiviti kita dalam memenuhi aspektasi stakeholders dan pelanggan kita yg semakin mencabar. Seek first to understand than to be understood. Berempati la dgn pelanggan dgn meletakkan diri kita sbg pelanggan yg memerlukan perkhidmatan yg terbaik. Bersama-sama kita meneruskan momentum positif utk JIM ini. Sama-sama jua kita menghayati slogan jabatan iaitu, INTEGRITI PROFESIONAL MESRA.
Sekian terima kasih.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.
Program Turun Padang KPISM ke JIM P. Pinang 1 Oktober 2016
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.
Dimaklumkan bahawa KPISM telah hadir ke beberapa lokasi bg melihat dan menziarahi pegawai2 JIM yg sedang bekerja dihari cuti dan yg sedang menerima rawatan di Hospital. Antara program2 yg dijalankan adalah:-
1. Melawat Pengerusi Perhubungan (PP) KPISM Negeri Pulau Pinang. Puan
Zalina yg baharu sahaja menjalani rawatan kimoterapi. Semoga PP Pinang
terus tabah menghadapi dugaan dan KPISM sentiasa mendoakan semoga puan
segera sembuh.
2. Melawat Pejabat Imigresen Georg Town dan melihat kerja2 membaik pulih pejabat Imigresen tertua di Malaysia. Pejabat ini juga menerima permohonan pasport dlm lingkungan 400 ke 500 naskah sehari.
3. Melawat Pejabat Perkapalan Pelabuhan Pulau Pinang di Georg Town yg beroperasi secara 24/7. Syabas kpd Pegawai2 menjalankan tugas dengan penuh semangat yg berkorban cuti dan masa bersama keluarga ketika rakan2 lain sdg bersama keluarga dan beriadah di waktu cuti. KPISM amat menghargai jasa dan pengorbanan pegawai2 JIM yg bertugas secara shif di seluruh negara.
4. Melawat PI Mior Husaini yg mengalami kemalangan jalan raya ketika pulang dari tugas pd 26 September 2016 dan baru menjalani pembedahan Orthopedic pd 30 Sep 2016 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. KPISM mendoakan semoga pegawai ini segera sembuh dn kembali bertugas seperti biasa.
5. Melawat pegawai Imigresen yg dijatuhkan hukuman pengawasan polis di bawah POCA selama 2 tahun di Tapah, Perak.
Sekian laporan KPISM.

Monday, 26 September 2016
TURUN PADANG KPISM KE JIM PAHANG
Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.
Dimaklumkan Exco Kanan KPISM telah turun padang ke JIM Pahang dan beberapa Pejabat Imigresen Cawangan di Pahang.
Program turun padang ini juga dimulai dengan Kunjungan Hormat terhadap
YBhg. Dato' PIN Pahang disamping bertemu dengan pegawai2 JIM Pahang di
Bahagian2 dan Pejabat Cawangan.
Antara intipati perbincangan bersama YBhg. Dato' PIN Pahang adalah berkenaan kebajikan pegawai JIM Pahang, hala tuju JIM Pahang termasuk perancangan pejabat dan logistik di JIM Pahang.
Selain itu, KPISM juga mendapatkan pelbagai input dan permasalahan daripada pegawai2 di JIM Pahang. KPISM akan menyediakan satu Laporan komprehensif susulan perjumpaan ini bg diangkat kepada Pengurusan JIM Peringkat Negeri Pahang dan Ibu Pejabat.

Friday, 16 September 2016
PERUTUSAN KPISM SEMPENA HARI MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.
KPISM ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali yg ke-53 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur
KPISM ingin menyeru kepada semua warga JIM khususnya AHLI KPISM utk berasa bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.
Melangkah lebih jauh, dalam kerangka Perjuangan KPISM di Jabatan Imigresen Malaysia atau JIM ini. KPISM telah berjuang utk kebajikan warga JIM dari saat penubuhannya sebelum kemerdekaan iaitu dari tahun 1956 yg dikudratkan oleh kehendak pegawai Imigresen Skim KP Sendiri pada ketika itu. KPISM dari dulu kini dan selamanya akan terus komited menjunjung amanah ahli demi kepentingan Ahli melaui prinsip imbang dan periksa di antara setiap keputusan dan ketetapan yg dibuat agar tidak menjejaskan hak dan kepentingan warga JIM Skim KP.
Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah organisasi yg mempunyai warganya yg hampir 14ribu secara keseluruhan adalah, diantara keselamatan dan jaminan kerjaya dan insentif serta kadar upah yg sesuai dgn cabaran dan fungsi di JIM mengikut peredaran zaman. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kesatuan sekerja yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan ahlinya untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
Rentetan dari pengumuman YBhg Tan Sri KSN berkenaan ruang dan peluang bg Skim KP menjawat jawatan Pengarah Negeri, KPISM dan seluruh Ahlinya amat berterima kasih dan menghargai peluang yg diberi ini. Pengumuman yang diputuskan ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk JIM khususnya Warga Skim KP pada masa hadapan. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa pegawai Skim KP belum bersedia dari segi ilmu pengurusan dan berkhidmat dengan emotional intelligence yg sgt profesional. KPISM secara konsensus tidak akan sesekali tunduk menyerah kepada sekam persepsi dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama-sama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan. KPISM akan terus memperjuangkan agar kita semua benar2 warga yg cemerlang dan dinamik samada dari segi tindakan dan tingkah laku. KPISM akan terus berkerjasama bersama Kesatuan Pegawai Imigresen dari Sabah dan Sarawak, PPIM dan PBKIM bg merealisasikan hasrat murni ini.
Penstrukturan JIM yg melibatkan Pengurusan Tertinggi dan Pengarah Bahagian dan Negeri ini juga akan terus dilihat secara dekat oleh KPISM demi memastikan prinsip peluang, hak dan keadilan itu wujud di dalam cadangan yg akan diangkat nnt.
KPISM juga ingin berterima kasih kepada YBhg. Dato' Hj Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen di atas kerjasama dan ruang rundingan yg terbuka luas diberikan kepada KPISM terutama melibatkan soal kebajikan pegawai di JIM. Semoga Dato Sri terus berkhidmat dan mencurah bakti di JIM. Let us be together to archieve more and synergize our work with duty, joy and passion.
Demi Jabatan Imigresen Malaysia dan negara Malaysia yg kita kasihi ini, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah

Monday, 5 September 2016
KPISM, hargai inisiatif KSN
SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia
(KPISM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa, berhubung inisiatif
beliau kepada Jabatan Imigresen.
Presidennya, Ajeet Sigh Gurbax Singh berkata, antara inisiatif itu adalah berkenaan menyegerakan bayaran insentif Penguatkuasa Imigresen sebanyak RM200.00 kepada pegawai-pegawai imigresen yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Depot seluruh negara.
"Permohonan ini telah dibangkitkan oleh KPISM sejak dari tahun 2010 melalui Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs.
"Tuntutan KPISM agar Bayaran Insentif ini yang pada masa kini telah
dinikmati oleh beberapa agensi penguatkuasaan yang lain dibuat adalah
kerana cabaran dan risiko tugas yang dihadapi oleh seorang pegawai
imigresen amat tinggi dan merbahaya," katanya dalam satu kenyataan hari
ini.
Katanya, dengan pembayaran insentif ini, pengorbanan serta risiko yang dihadapi oleh setiap pegawai imigresen dapat dihargai di samping menaikkan lagi semangat pegawai imigresen ketika menjalankan tugas tanpa mengira waktu siang dan malam.
Mengulas lanjut, Ajeet Sigh juga mengalu-alukan pengumuman Ali Hamsa, berkenaan peluang kepada pegawai imigresen Skim KP untuk dilantik menjadi Pengarah Bahagian dan Negeri di Jabatan Imigresen Malaysia.
"Pekeliling berkenaan Skim Penolong Penguasa dan Penguasa Imigresen Malaysia yang membolehkan laluan kerjaya pegawai imigresen dari Gred KP29 sehingga ke Gred KP54 ini telah diluluskan oleh kerajaan sejak dari tahun 2006 lagi melalui rundingan dan tuntutan KPISM yang memakan masa hampir sepuluh tahun," katanya.
Ujarnya lagi,KPISM berpandangan keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk membuka peluang pegawai imigresen dilantik sebagai pengarah adalah amat tepat kerana pada hari ini ramai pegawai-pegawai imigresen yang mempunyai kelayakkan dari segi pengalaman keimigresenan dari 10 sehingga 30 tahun serta mempunyai kelulusan akademi sehingga ke peringkat ijazah dan master bagi di lantik menjadi pengarah di Jabatan Imigresen Malaysia.
"KPISM juga memohon kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia, KDN dan JPA agar laluan kerjaya pegawai-pegawai imigresen ini juga disegerakan pergerakkannya dan tidak terhenti sehingga kepada Ketua Penolong Pengarah sahaja seperti mana yang berlaku pada hari ini," katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kpism-hargai-inisiatif-ksn-1.559738#.V81iKunLBhg.whatsapp
Presidennya, Ajeet Sigh Gurbax Singh berkata, antara inisiatif itu adalah berkenaan menyegerakan bayaran insentif Penguatkuasa Imigresen sebanyak RM200.00 kepada pegawai-pegawai imigresen yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Depot seluruh negara.
"Permohonan ini telah dibangkitkan oleh KPISM sejak dari tahun 2010 melalui Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs.
Katanya, dengan pembayaran insentif ini, pengorbanan serta risiko yang dihadapi oleh setiap pegawai imigresen dapat dihargai di samping menaikkan lagi semangat pegawai imigresen ketika menjalankan tugas tanpa mengira waktu siang dan malam.
Mengulas lanjut, Ajeet Sigh juga mengalu-alukan pengumuman Ali Hamsa, berkenaan peluang kepada pegawai imigresen Skim KP untuk dilantik menjadi Pengarah Bahagian dan Negeri di Jabatan Imigresen Malaysia.
"Pekeliling berkenaan Skim Penolong Penguasa dan Penguasa Imigresen Malaysia yang membolehkan laluan kerjaya pegawai imigresen dari Gred KP29 sehingga ke Gred KP54 ini telah diluluskan oleh kerajaan sejak dari tahun 2006 lagi melalui rundingan dan tuntutan KPISM yang memakan masa hampir sepuluh tahun," katanya.
Ujarnya lagi,KPISM berpandangan keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk membuka peluang pegawai imigresen dilantik sebagai pengarah adalah amat tepat kerana pada hari ini ramai pegawai-pegawai imigresen yang mempunyai kelayakkan dari segi pengalaman keimigresenan dari 10 sehingga 30 tahun serta mempunyai kelulusan akademi sehingga ke peringkat ijazah dan master bagi di lantik menjadi pengarah di Jabatan Imigresen Malaysia.
"KPISM juga memohon kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia, KDN dan JPA agar laluan kerjaya pegawai-pegawai imigresen ini juga disegerakan pergerakkannya dan tidak terhenti sehingga kepada Ketua Penolong Pengarah sahaja seperti mana yang berlaku pada hari ini," katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kpism-hargai-inisiatif-ksn-1.559738#.V81iKunLBhg.whatsapp
Saturday, 3 September 2016
Kenyataan Rasmi KPISM 03.09.2016
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.
UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KPISM KEPADA YBHG TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN YBHG. DATO' SRI KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA.
Sukacita dimaklumkan bahawa KPISM dengan penuh takzimnya ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Tan Sri KSN dan Dato' Sri KPI diatas ucapan yg dibuat sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri.2/2016 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).
Intipati ucapan yg diungkapkan di majlis ini tadi antaranya adalah Pembayaran segera oleh KDN dan JIM berkenaan Bayaran Insentif Penguatkuasa RM200.00 buat Pegawai Imigresen yg terlibat dan Mengfleksikan Jawatan Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri yg selama ini diisi oleh pegawai dari skim PTD kepada pegawai2 dari Skim KP. Berita baik bakal membuka ruang laluan kerjaya yang luas kepada pegawai2 di Skim KP terutama mereka yg mempunyai kelayakkan.
Majlis di AIMM pada hari merupakan satu titipan sejarah kepada Perjuangan KPISM berabad lamanya apabila keputusan ini diumumkan sendiri oleh YBhg. Tan Sri KSN yg melibatkan laluan kerjaya pegawai skim KP.
Justeru itu, KPISM menyeru kepada semua AHLI KPISM warga Skim KP semoga bersama kita menyokong kepimpinan YBhg Dato' Sri Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen, melalui pemanifestasikan peningkatan produktiviti kerja kita serta budaya kerja yg berintegriti demi nama baik jabatan dan Skim KP.
"Perjuangan ini tak seindah yang disangka. Tak semudah yang diduga. Peritnya kadang tak terjangka. Apa pun kita harus percaya, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Justeru kepada Allah jualah kita berserah."
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
SUA KPISM.
Kenyataan Rasmi Presiden KPISM 03.09.2016
Salam Sejahtera YBhg Dato Sri KPI.
Hari ini tanggal 03 September 2016 merupakan satu sejarah baru untuk JIM. Dato Sri telah bersetuju untuk memflexikan semua jawatan Gred 54 ke bawah kepada Skim M/KP. Ini menzahirkan apa yang selalu diungkapkan oleh Dato Sri mengenai 5K dan duty, joy and passion. Komitmen yang ditunjukkan oleh Dato Sri dalam hal ini amat dihargai oleh KPISM. Kami juga akan memberi komitmen yang tinggi dan terbaik kepada Jabatan. Kami sentiasa bersama dan taat kepada jabatan ke arah usaha untuk memajukan lagi jabatan yang kita sayangi ini. Kerjasama strategik di antara Pengurusan Tertinggi bersama KPISM sudah pasti akan membuahkan banyak hasil lagi.
Ajeet Singh,
Presiden KPISM.
03.09.2016@1400hrs.
Tuesday, 30 August 2016
Kenyataan Rasmi Presiden KPISM 30.08.2016
Salam Perjuangan.
Dimaklumkan KPISM dan beberapa pegawai kanan dari JIM HQ telah melawat pegawai JIM yang dilepaskan dari reman POCA pada 26.08.2016 dan sekarang dalam Perintah Pengawasan Polis dibawah Sek. 15, Akta Pencegahan Jenayah. Lawatan telah dibuat di rumahnya dan beliau dalam keadaan sihat. KPISM akan turun padang melawat pegawai2 ini untuk mendengar secara langsung dari mereka keadaan dan situasi kes serta memberi semangat kepada mereka dan keluarga. Juga dimaklumkan bahawa bermula minggu lepas beberapa pegawai berkaitan kes KLIA telah dilepaskan dan menunggu keputusan Lembaga. Manakala ada yang terus dalam Perintah Pengawasan Polis. Oleh itu mohon PP Negeri untuk turun padang melawat mereka dan bantu apa yang sewajarnya.
Bersatu Berharmoni Berjaya.
Sekian.
Ajeet Singh,
Presiden KPISM.
30 Ogos 2016.

Friday, 26 August 2016
Sumbangan KPISM kepada Saudara Mohd Hellmi bin Abdullah 26.08.2016
Tuesday, 23 August 2016
Kenyataan Rasmi KPISM 23.08.3016
Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan. Dimaklumkan bahawa Pegawai Imigresen Sdra Mohd Hellmi Bin Abdullah yang bertugas di Bahagian J, Putrajaya, rumahnya di No. 37 Warisan Bestari, Kota Warisan, Sepang telah mengalami kebakaran beberapa hari lepas. Anggaran kerugian adalah lebihkurang RM 20 ribu. Beliau sekarang menyewa homestay dengan sewaan RM 250 seminggu dan dijangka perlu menyewa untuk sebulan. Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) akan menanggung kos sewa homestay ini. Manakala untuk membantu membaik pulih rumah beliau, di mohon semua kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menderma terus ke akaun beliau iaitu : PUBLIC BANK: 6-8451367-12. MOHD HELLMI BIN ABDULLAH. Kerjasama semua pihak amat dihargai. Sekian terima kasih.
Bersatu Berharmoni Berjaya.
Ajeet Singh,
Presiden KPISM.
23 Ogos 2016.
Saturday, 6 August 2016
Kenyataan Rasmi KPISM berhubung Isu Bekalan Pasport
Assalamualaikum dan Salam Perjuangan..
KPISM mengalu-alukan kenyataan dari YB Timbalan Menteri Dalam Negeri bersabit dengan isu bekalan pasport serta kata 2 yg diberi kpd syarikat terbabit.
KPISM ingin menegaskan bahawa isu pembekalan pasport ini telah mencemar produktiviti Pegawai Imigresen terutama mereka yg bertugas di kaunter pasport atau yang berhadapan dgn rakyat.
KPISM juga menggesa agar pihak2 yg cuba melindungi atau bersekongkol dengan syarikat2 ini disiasat termasuk mereka yg cuba melindungi dan menyembunyikan fakta sebenar kerana ianya satu tindakan yang tidak berintegriti dan beretika terhadap rakyat Malaysia.
Sekiranya perlu, KPISM bersedia untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk SPRM di atas tindakan yg tidak wajar selama kini.
Leaders who live with integrity inspire their followers to adopt their own ideals, which makes them more willing to support their vision.🤔
BERSATU BERHARMONI DAN BERJAYA
KPISM.
Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nurjazlan :
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kdn-beri-kata-dua-kepada-syarikat-pembekal-pasport-1.366898#sthash.7i2UZTBh.dpuf

Monday, 1 August 2016
Kenyataan KPISM berhubung pelantikan Ketua Pengarah Imigresen yang baharu mulai 1 Ogos 2016
Assalammualaikum wrt bkh dan Salam Perjuangan..
Di kesempatan ini KPISM ingin mengalu-alukan ketibaan YBhg. DS Mustafar bin Hj Ali, selaku Ketua Pengarah JIM yang baharu.
KPISM amat optimis dengan kehadiran YBhg Dato Sri Mustafar dari SPRM ini amat tepat pada masanya. Namun begitu seharusnya kita semua ingat pelantikan ini merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap orang yg dilantik. KPISM ingin mengingatkan bahawa setiap jawatan atau pemimpin akan ditanya ke atasnya apa yang dipimpin suatu hari nanti. Lantaran itu, masa ini bukanlah masa yg sesuai utk merasa selesa atas nikmat pelantikan ke jawatan ini, tetapi bermulanya tugas dan gerak kerja yang diamanahkan dlm mencapai visi dan misi JIM selaras dengan dasar transformasi negara. Amanah yang diberikan bukanlah perkara yang mudah. Sesungguhnya KPISM amat komited dan mempunyai keazaman yang tinggi utk memberi kerjasama yg padu dlm mempertingkatkan lagi prestasi serta sistem penyampaian perkhidmatan JIM yang berpaksikan kepada keselamatan dan kesejahteraan negara.
Sejarah JIM mula terlakar apabila JIM sekali lg dipimpin oleh mereka yg bukan dari Skim PTD. Semoga dgn perubahan kepimpinan JIM yang baharu ini lebih banyak kejayaan ditempa berbanding kegagalan. Cukuplah pegawai2 di JIM dihina dan dimaki oleh orang awam dek kerana di suruh bercakap tidak benar terutama melibatkan isu stok pasport, cukup la pegawai JIM menaiki kenderaan yg berisiko tinggi serta mengancam nyawa, cukup la pegawai JIM disalahkan dek kerana sistem ICT yg berusia puluhan tahun dan cukuplah kepada segala kegagalan selama kini.. KPISM berasa amat terkilan dgn segelintir sikap Pengarah Bahagian dan Negeri yg memandang remeh kepada isu2 kebajikan pegawai dan cuba menghalang kesatuan dari bersuara dn turut serta dlm majlis2 tertentu yg melibatkan penentuan hala tuju JIM. Kepada mereka anda harus ingat bhw KPISM belum pernah mengenal perkataan utk berhenti dari perjuangan. Kami takkan berhenti selagi mana perjuangan kami belum selesai..
Sudah tiba masanya kita mengurus kejayaan berbanding kegagalan.. Seikhlasnya KPISM tetap percaya dan yakin bahawa kebajikan pegawai-pegawai JIM adalah perkara utama yang seharusnya diberi perhatian oleh pengurusan tertinggi JIM dalam memastikan kepentingan kami selaku aset penting JIM sentiasa terjaga dan terpelihara. Seharusnya JIM mempunyai pegawai dan anggota yang terbaik, peralatan yang mencukupi dan terkini, latihan serta kemahiran yang terbaik untuk melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang pada abad ini.
Kepada YBhg. Dato Sri Sakib Kusmi. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. itulah lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk kami di KPISM menerima pertukaran YBhg Dato Sri ini, tp kaki tetap mengorak langkah selagi hayat dikandung badan. Hidup adalah perubahan. Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah suka duka tangis dn tawa brsama semenjak Dato Sri menyandang jawatan TKP(K) lagi. KPISM banyak berkongsi masalah kebajikan dan kepentingan JIM dari hal yg kecil sehinggalah hal yg besar, namun Alhamdulillah semuanya dapat kita selesaikan dgn cara terbaik melalui semangat bergandingan tangan antara KPISM dan DS. Terima kasih Dato Sri atas kerjasama yg cukup erat selama kini bersama kami di JIM. Jasa Dato Sri amat kami kenang.. Kami jg mendoakan semoga Dato' Sri sentiasa dirahmati Allah swt dan dikurniakn kesihatan yg baik. Selamat Maju Jaya buat Dato' Sri.
Somebody once said that in looking for people to hire, you look for three qualities, integrity, intelligence, and energy. And if you don’t have the first, the other two will kill you. You think about it, it’s true. If you hire somebody without integrity, you really want them to be dumb and lazy.
KPISM.
Friday, 22 July 2016
Wednesday, 15 June 2016
Pada 15.06.2016 bertempat JIM HQ Putrajaya telah berlangsung pembentangan cadangan penambahbaikan urusan temuduga gred KP17. Melalui cadangan penambahbaikan ini KPISM optimis supaya JIM mempunyai pegawai yang cemerlang dari segi kesihatan dan kompetensi. Bahagian Sumber Manusia, juga menyenaraikan dan mengulas secara panjang lebar 37 perkara yg memberi manfaat kepada pegawai pegawai JIM di semua peringkat. Hubungan dan kerjasama antara KPISM dan Bhg Sumber Manusia ini diharapkan berterusan pada masa akan datang supaya manfaatnya kelak dinikmati oleh generasi akan datang. Selepas pembentangan tersebut juga Mesyuarat Exco Bil 2/2016 turut diadakan.
Sekian untuk makluman.
Sekian untuk makluman.
Thursday, 2 June 2016
KENYATAAN KPISM LANJUTAN DARIPADA TINDAKAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BERHUBUNG ISU SABOTAJ SISTEM MYIMMS
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) memohon supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) mengkaji semula kelemahan sistem MyIMMs yang dibangunkan bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen Malaysia.
Sepanjang 15 tahun kebelakangan ini, sistem ICT JIM telah beberapa kali bertukar atas alasan penambahbaikan. Namun hakikatnya, pegawai Imigresen sebagai End-User kepada sistem ini terus dibebankan dengan isu kelemahan sistem dan urusniaga yang sering tergendala ketika urusan pemeriksaan imigresen dijalankan di pintu-pintu masuk negara.
KPISM berpandangan siasatan menyeluruh harus dijalankan melibatkan permasalahan sistem dari segi aspek perolehan, pembekalan dan penyediaan perkhidmatan di mana penambahbaikan perlu dilakukan secara berkala.
Lanjutan daripada hasil Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 1 yang dibentangkan di Dewan Rakyat bulan lalu, menyebut bahawa sistem MyIMMs yang dibangun bagi menyokong operasi utama Jabatan Imigresen kurang memuaskan dan menyebabkan objektifnya terjejas. Justeru, KPISM bersetuju dengan pandangan Cuepacs supaya satu siasatan dijalankan dengan segera yang merangkumi aspek forensik digital agar isu ini dapat dikekang diperingkat lebih awal.
KPISM berpandangan adalah tidak wajar hanya pegawai Imigresen sahaja yang dipersalahkan dalam isu kegagalan dan kelemahan sistem MyIMMs ini kerana dari awal lagi sistem ini dikendalikan oleh vendor sebagai sebuah syarikat yang dilantik.
Ekspektasi masyarakat terhadap Jabatan Imigresen Malaysia pada hari ini amat tinggi bersesuaian dengan fungsi dan peranan yang dimainkan. Oleh yang demikian satu penyelesaian menyeluruh dan komprehensif berkaitan sistem ICT perlu segera dilakukan. Sistem ICT yang dibangunkan dan dikendalikan oleh vendor perlu secara berfasa diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia supaya kebergantungan kepada vendor dapat dikurangkan.
Perlu ada satu perancangan jangka masa panjang supaya kebergantungan kepada vendor dan perkhidmatan imigresen yang pada masa sekarang disediakan oleh pihak vendor dapat diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Imigresen Malaysia memandangkan ianya melibatkan isu keselamatan negara. Perkara ini menjadi perhatian utama KPISM yang sekian lama.
KPISM mengingatkan semua pihak supaya mengutamakan integriti dalam setiap perkara. Selain itu, KPISM yang mewakili 14,000 orang pegawai dan anggota imigresen dari seluruh negara mengesa semua ahlinya untuk terus kuatkan semangat dan moral dalam menjalankan tugas demi negara tercinta.
AJEET SINGH A/L GURBAX SINGH
Presiden,
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia
013-723 6055
Kenyataan media ini disiarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM).
Thursday, 26 May 2016
Presiden KPISM sebagai Penolong Setiausaha MBK 2016-2018
Tahniah Saudara Presiden KPISM telah dipilih sebagai Penolong Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan mewakili Gred Klasifikasi Keselamatan, Pertahanan Awam dan Perundangan bagi Sesi 2016 - 2018. Majlis Bersama Kebangsaan (National Joint Council) adalah merupakan salah satu forum yang diwujudkan dalam jentera perhubungan majikan-pekerja. Pengwujudan MBK ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 di mana ia memainkan peranan sebagai forum bagi Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja berunding atau membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan, termasuk gaji, elaun, kemudahan dan kesejahteraan pekerja-pekerja. MBK juga memainkan peranan mewujudkan kerjasama yang erat di antara kedua-dua belah pihak ke arah meningkatkan kualiti dan prestasi Perkhidmatan Awam.
Tuesday, 10 May 2016
Kenyataan Rasmi KPISM 10.05.2016
Salam Perjuangan dan Salam Sehati Sejiwa.
Saudara dan saudari yg dihormati. Dalam minggu ini kita semua dikejutkan dgn isu mengenai 2 pegawai JIM telah ditahan krn disyaki terlibat dengan Sindiket Penyeludupan Warga Sri Lanka ke Negara ketiga melalui KLIA. Justeru itu, 2 pegawai ini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan ATIPSOM. KPISM sekali lagi ingin menasihati semua AHLI agar lakukanlah tugas kita dengan profesional dan telus agar nama baik JIM khususnya Skim KP sentiasa terpelihara. KPISM mengikuti perkembangan isu ini dari semasa ke semasa serta memastikan prinsip hak dan keadilan berlaku semasa prosedur siasatan dijalankan ke atas dua pegawai ini. KPISM sangat komited dalam membantu pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan pucuk kepimpinan tertinggi Imigresen bagi membanteras salah laku dan aktiviti yang tidak berintegriti. Jika terbukti dan diputuskan oleh Mahkamah mana-mana pegawai imigresen bersalah, KPISM tidak akan berkompromi dan melindungi pegawai ini daripada dikenakan hukuman yang selayaknya. KPISM juga sentiasa berkerjasama dengan semua pihak dalam menjaga dan memastikan pegawai-pegawai imigresen sentiasa berintegriti dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi imej dan nama baik Jabatan Imigresen Malaysia.
BERSATU, BERHARMONI DAN BERJAYA
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia.
Putrajaya

Saturday, 30 April 2016
PERUTUSAN HARI PEKERJA 2016
Sambutan Hari Pekerja adalah manifestasi penghargaan terhadap sumbangan seluruh warga pekerja terhadap kejayaan dan prestasi sesebuah organisasi . Dengan sokongon dan kerjasama semua warga Imigresen maka Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menawarkan 36 jenis perkhidmatan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara asing. Manakala Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia sedang berusaha untuk menambah jenis perkhidmatan baharu imigresen serta hasil pendapatan jabatan. Nescaya semua ini tidak mampu kita lakukan tanpa kerja kuat dan sumbangan para pekerja Jabatan Imigresen Malaysia, dan Hari Pekerja merupakan hari pengiktirafan terhadap sumbangan tersebut.
Semoga hubungan baik pekerja dan majikan berkekalan demi memartabatkan sektor awam. Pekerja perlu sentiasa menyokong majikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mewujudkan kerjasama dan suasana hormat menghormati antara satu sama lain.
Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Imigresen yang sentiasa bekerja keras dalam menjayakan visi dan misi jabatan. Kita perlu sentiasa bersatu, terus tingkatkan usaha dan komited terhadap kerja.
Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Imigresen.
‘ MUAFAKAT ITU BERKAT ’
‘ BERSATU BERHARMONI BERJAYA ’
‘ BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH ’
Ajeet Singh A/L Gurbax Singh
Presiden KPISM
30 April 2016
Wednesday, 27 April 2016
Pertemuan Presiden KPISM dengan Presiden ANGKASA
Pertemuan Presiden KPISM bersama Presiden ANGKASA bagi membincangkan status ahli KPISM. Presiden ANGKASA telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan masalah keahlian KPISM dalam masa terdekat. Ucapan penghargaan kepada Saudara Bendahari KPISM Mohd Hasri Ishak kerana mengaturkan pertemuan ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)