Thursday 1 December 2016

Ucapan Presiden KPISM Sempena Hari Imigresen 2016

Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,

Integriti Profesional Mesra Saya ucapkan Selamat Hari Imigresen kepada setiap insan mulia yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketahuilah bahawa anda merupakan aset bernilai dan sumbangan anda sangat bermakna dan dihargai oleh KPISM. JIM dari saban hari saban tahun menempuh berbagai cabaran dan dugaan. Namun semangat anda sangat kental untuk terus berjuang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita. Saya kagum dengan semangat Anda. Syabas dan teruskan.

Ketahuilah warga Imigresen..... Kita sebagai Barisan utama negara mempunyai tanggungjawab untuk menegakan keadilan dan mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Malaysia adalah Tanah Tumpah Darah Ku.

Perkhidmatan dan tugas kita di JIM adalah satu Perjuangan. Dibawah rahmat Maha Yang Esa, kita melangkah seiringan satu Perjuangan. Sememangnya semangat #keSamaan #keMuafakatan #keSatuan antara kita kekal dan kukuh untuk kita menghadapi apa jua dugaan.

Ketahuilah keukuhan ini tidak mungkin digugat oleh mana-mana pihak. Nescaya kita akan terus mara dalam tuntutan untuk memartabatkan jabatan yang disayangi. Rintangan pasti melanda, penuh onak dan duri. Sabar mengatasi, tunduk mentaati dan redha dengan ujian. Tapi teruskan Perjuangan hingga ke akhirnya, jangan undur walaupun selangkah. Hidup memerlukan pengorbanan.

Pengorbanan memerlukan Perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan memerlukan kejayaan.

Kejayaan memerlukan Anda. Anda Penentu. Anda Penentu. Oleh itu... Bangkitlah wahai warga Imigresen..... Anda Penentu.

Inilah Barisan Kita

Selamat Hari Imigresen












Ajeet Singh
Presiden KPISM

01 Disember 2016

No comments:

Post a Comment