Saturday, 3 September 2016

Kenyataan Rasmi KPISM 03.09.2016



Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH KPISM KEPADA YBHG TAN SRI KETUA SETIAUSAHA NEGARA DAN YBHG. DATO' SRI KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA.

Sukacita dimaklumkan bahawa KPISM dengan penuh takzimnya ingin menzahirkan ucapan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YBhg. Tan Sri KSN dan Dato' Sri KPI diatas ucapan yg dibuat sempena Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 Siri.2/2016 di Akademi Imigresen Malaysia (AIMM).

Intipati ucapan yg diungkapkan di majlis ini tadi antaranya adalah Pembayaran segera oleh KDN dan JIM berkenaan Bayaran Insentif Penguatkuasa RM200.00 buat Pegawai Imigresen yg terlibat dan Mengfleksikan Jawatan Pengarah Bahagian dan Pengarah Negeri yg selama ini diisi oleh pegawai dari skim PTD kepada pegawai2 dari Skim KP. Berita baik bakal membuka ruang laluan kerjaya yang luas kepada pegawai2 di Skim KP terutama mereka yg mempunyai kelayakkan.

Majlis di AIMM pada hari merupakan satu titipan sejarah kepada Perjuangan KPISM berabad lamanya apabila keputusan ini diumumkan sendiri oleh YBhg. Tan Sri KSN yg melibatkan laluan kerjaya pegawai skim KP.

Justeru itu, KPISM menyeru kepada semua AHLI KPISM warga Skim KP semoga bersama kita menyokong kepimpinan YBhg Dato' Sri Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen, melalui pemanifestasikan peningkatan produktiviti kerja kita serta budaya kerja yg berintegriti demi nama baik jabatan dan Skim KP.

"Perjuangan ini tak seindah yang disangka. Tak semudah yang diduga. Peritnya kadang tak terjangka. Apa pun kita harus percaya, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya. Justeru kepada Allah jualah kita berserah."

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

SUA KPISM.

No comments:

Post a Comment