SHAH ALAM - Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia
(KPISM) menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr. Ali Hamsa, berhubung inisiatif
beliau kepada Jabatan Imigresen.
Presidennya, Ajeet Sigh Gurbax Singh berkata, antara inisiatif itu adalah berkenaan menyegerakan bayaran insentif Penguatkuasa Imigresen sebanyak RM200.00 kepada pegawai-pegawai imigresen yang bertugas di Bahagian Penguatkuasa dan Depot seluruh negara.
"Permohonan ini telah dibangkitkan oleh KPISM sejak dari tahun 2010 melalui Jabatan Imigresen Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Cuepacs.
"Tuntutan KPISM agar Bayaran Insentif ini yang pada masa kini telah dinikmati oleh beberapa agensi penguatkuasaan yang lain dibuat adalah kerana cabaran dan risiko tugas yang dihadapi oleh seorang pegawai imigresen amat tinggi dan merbahaya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, dengan pembayaran insentif ini, pengorbanan serta risiko yang dihadapi oleh setiap pegawai imigresen dapat dihargai di samping menaikkan lagi semangat pegawai imigresen ketika menjalankan tugas tanpa mengira waktu siang dan malam.
Mengulas lanjut, Ajeet Sigh juga mengalu-alukan pengumuman Ali Hamsa, berkenaan peluang kepada pegawai imigresen Skim KP untuk dilantik menjadi Pengarah Bahagian dan Negeri di Jabatan Imigresen Malaysia.
"Pekeliling berkenaan Skim Penolong Penguasa dan Penguasa Imigresen Malaysia yang membolehkan laluan kerjaya pegawai imigresen dari Gred KP29 sehingga ke Gred KP54 ini telah diluluskan oleh kerajaan sejak dari tahun 2006 lagi melalui rundingan dan tuntutan KPISM yang memakan masa hampir sepuluh tahun," katanya.
Ujarnya lagi,KPISM berpandangan keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan untuk membuka peluang pegawai imigresen dilantik sebagai pengarah adalah amat tepat kerana pada hari ini ramai pegawai-pegawai imigresen yang mempunyai kelayakkan dari segi pengalaman keimigresenan dari 10 sehingga 30 tahun serta mempunyai kelulusan akademi sehingga ke peringkat ijazah dan master bagi di lantik menjadi pengarah di Jabatan Imigresen Malaysia.
"KPISM juga memohon kepada pihak kerajaan melalui Jabatan Imigresen Malaysia, KDN dan JPA agar laluan kerjaya pegawai-pegawai imigresen ini juga disegerakan pergerakkannya dan tidak terhenti sehingga kepada Ketua Penolong Pengarah sahaja seperti mana yang berlaku pada hari ini," katanya.
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/kpism-hargai-inisiatif-ksn-1.559738#.V81iKunLBhg.whatsapp

No comments:
Post a Comment