Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam sejahtera dan Salam Hari Malaysia.
KPISM ingin mengucapkan selamat menyambut ulangtahun penubuhan Malaysia bagi kali yg ke-53 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur
KPISM ingin menyeru kepada semua warga JIM khususnya AHLI KPISM utk berasa bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.
Melangkah lebih jauh, dalam kerangka Perjuangan KPISM di Jabatan Imigresen Malaysia atau JIM ini. KPISM telah berjuang utk kebajikan warga JIM dari saat penubuhannya sebelum kemerdekaan iaitu dari tahun 1956 yg dikudratkan oleh kehendak pegawai Imigresen Skim KP Sendiri pada ketika itu. KPISM dari dulu kini dan selamanya akan terus komited menjunjung amanah ahli demi kepentingan Ahli melaui prinsip imbang dan periksa di antara setiap keputusan dan ketetapan yg dibuat agar tidak menjejaskan hak dan kepentingan warga JIM Skim KP.
Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah organisasi yg mempunyai warganya yg hampir 14ribu secara keseluruhan adalah, diantara keselamatan dan jaminan kerjaya dan insentif serta kadar upah yg sesuai dgn cabaran dan fungsi di JIM mengikut peredaran zaman. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kesatuan sekerja yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan ahlinya untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
Rentetan dari pengumuman YBhg Tan Sri KSN berkenaan ruang dan peluang bg Skim KP menjawat jawatan Pengarah Negeri, KPISM dan seluruh Ahlinya amat berterima kasih dan menghargai peluang yg diberi ini. Pengumuman yang diputuskan ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupabentuk JIM khususnya Warga Skim KP pada masa hadapan. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa pegawai Skim KP belum bersedia dari segi ilmu pengurusan dan berkhidmat dengan emotional intelligence yg sgt profesional. KPISM secara konsensus tidak akan sesekali tunduk menyerah kepada sekam persepsi dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama-sama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan. KPISM akan terus memperjuangkan agar kita semua benar2 warga yg cemerlang dan dinamik samada dari segi tindakan dan tingkah laku. KPISM akan terus berkerjasama bersama Kesatuan Pegawai Imigresen dari Sabah dan Sarawak, PPIM dan PBKIM bg merealisasikan hasrat murni ini.
Penstrukturan JIM yg melibatkan Pengurusan Tertinggi dan Pengarah Bahagian dan Negeri ini juga akan terus dilihat secara dekat oleh KPISM demi memastikan prinsip peluang, hak dan keadilan itu wujud di dalam cadangan yg akan diangkat nnt.
KPISM juga ingin berterima kasih kepada YBhg. Dato' Hj Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen di atas kerjasama dan ruang rundingan yg terbuka luas diberikan kepada KPISM terutama melibatkan soal kebajikan pegawai di JIM. Semoga Dato Sri terus berkhidmat dan mencurah bakti di JIM. Let us be together to archieve more and synergize our work with duty, joy and passion.
Demi Jabatan Imigresen Malaysia dan negara Malaysia yg kita kasihi ini, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.

No comments:
Post a Comment