Thursday 26 May 2016

Presiden KPISM sebagai Penolong Setiausaha MBK 2016-2018



Tahniah Saudara Presiden KPISM telah dipilih sebagai Penolong Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan mewakili Gred Klasifikasi Keselamatan, Pertahanan Awam dan Perundangan bagi Sesi 2016 - 2018. Majlis Bersama Kebangsaan (National Joint Council) adalah merupakan salah satu forum yang diwujudkan dalam jentera perhubungan majikan-pekerja. Pengwujudan MBK ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 di mana ia memainkan peranan sebagai forum bagi Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja berunding atau membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan, termasuk gaji, elaun, kemudahan dan kesejahteraan pekerja-pekerja. MBK juga memainkan peranan mewujudkan kerjasama yang erat di antara kedua-dua belah pihak ke arah meningkatkan kualiti dan prestasi Perkhidmatan Awam.

No comments:

Post a Comment