Saturday, 30 April 2016

PERUTUSAN HARI PEKERJA 2016


Saudara/Saudari  pihak  pekerja warga Imigresen yang dihormati, tema sambutan Hari Pekerja tahun ini adalah Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi. Tunjang dan nadi kepada kemajuan Jabatan Imigresen Malaysia adalah warga pekerja yang kreatif, inovasi, dedikasi  dan berintegriti. Saya yakin dan percaya warga Imigresen sentiasa mempunyai semangat dan sikap positif untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam menjayakan inspirasi jabatan dan negara. Tingkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta layanan baik demi memastikan hasrat pelanggan kita tercapai.

Sambutan Hari Pekerja adalah manifestasi penghargaan terhadap sumbangan seluruh warga pekerja terhadap kejayaan dan prestasi sesebuah organisasi . Dengan sokongon dan kerjasama semua warga Imigresen maka  Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menawarkan 36 jenis perkhidmatan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara asing. Manakala Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia sedang berusaha untuk menambah jenis perkhidmatan baharu imigresen serta hasil pendapatan jabatan. Nescaya semua ini tidak mampu kita lakukan tanpa kerja kuat dan sumbangan para pekerja Jabatan Imigresen Malaysia, dan Hari Pekerja merupakan hari pengiktirafan terhadap sumbangan tersebut.

Semoga hubungan baik pekerja dan majikan berkekalan demi memartabatkan sektor awam. Pekerja perlu sentiasa menyokong majikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mewujudkan kerjasama dan suasana hormat menghormati antara satu sama lain.      

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Imigresen yang sentiasa bekerja keras dalam menjayakan visi dan misi jabatan. Kita perlu sentiasa bersatu, terus tingkatkan usaha dan komited terhadap kerja.  

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Imigresen. 

‘ MUAFAKAT ITU BERKAT ’
‘ BERSATU BERHARMONI BERJAYA ’  
‘ BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH ’

Ajeet Singh A/L Gurbax Singh
Presiden KPISM
30 April 2016

No comments:

Post a Comment