Tuesday 26 April 2016

KENYATAAN RASMI KPISM 26.04.2016

Salam Perjuangan.

Pemanjangan Bayaran Insentif Penguatkuasa Kepada JIM.

YBhg. Dato Sri Sakib Bin Kusmi, KPI dalam Perhimpunan Bulanan JIM pada 26 April 2016 telah mengumumkan kelulusan JPA berkaitan permohonan pemanjangan Bayaran Insentif Penguatkuasa yang dikemukakan oleh JIM dan KPISM.

Maklumat terperinci kelulusan adalah seperti berikut;-

Bagi menghargai peranan dan tanggungjawab serta sebagai galakan kepada pegawai dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan, Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan secara dasar pemanjangan Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) kepada JIM dengan kadar RM 200 sebulan kepada Penguasa Imigresen, Penolong Penguasa Imigresen dan Pegawai Imigresen, Gred 54 dan ke bawah yang menjalankan tugas penguatkuasaan sepenuh masa di lapangan dan yang bertugas di depot Imigresen.

Manakala bagi pegawai imigresen yang bertugas di bahagian/unit lain dan diarahkan menjalankan tugas penguatkuasaan di lapangan, bayaran secara pro-rata boleh diberikan mengikut bilangan hari bertugas dan tertakluk kepada bayaran maksimum 3/4 daripada kadar RM 200 sebulan.

Bagi pelaksanaan pembayaran BIP kepada pegawai yang terlibat dalam tugas penguatkuasaan bukan sepenuh masa, pihak JIM/KDN hendaklah mempunyai satu mekanisme pengesahan Standard Operating Procedure yang jelas supaya pemberian BIP dapat dilaksanakan dengan baik.

KPISM telah memperjuangkan perkara ini lebih dari 5 tahun dan akhirnya berita gembira ini telah membawa satu keceriaan kepada warga Imigresen. Semoga semua warga imigresen tekun menjalankan tugas demi negara.

KPISM ingin merakamkan penghargaan jutaan terima kasih kepada Kerajaan, YAB DS TPM@MDN, YBhg. DS KPI, Pengurusan Tertinggi JIM dan semua pihak yang telah membantu menjayakan perkara ini.

Juga tidak ketinggalan pihak CUEPACS dan JPA yang sangat prihatian dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam merealisasikan permohonan ini.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

Ajeet Singh
Presiden KPISM
26 April 2016

No comments:

Post a Comment