Sunday 4 November 2018

PROGRAM TURUN PADANG KPISM BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JIM KE BSI, KSAB, DEPOT IMIGRESEN PEKAN NENAS, KUKUP DAN SETIA TROPIKA JIM JOHOR







27 Julai 2018 KPISM telah dijemput bersama ke sesi turun padang Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JIM atau PBC bagi tujuan Kajian Perlaksanaan Waktu Bekerja di BSI, KSAB dan beberapa Pejabat Kawalan.
Di dalam sesi lawatan tersebut KPISM turut membangkitkan beberapa isu melibatkan waktu rehat pegawai, hazardous ketika menjalankan tugas di Checkpoint dan isu modul latihan untuk kesiapsiagaan pegawai.
Tuan PBC juga turut mengulas berkenaan isu kelewatan bayaran ot yg mana pihak pengurusan JIM sedang berusaha sepenuhnya dalam mendapatkan peruntukkan tambahan bagi membolehkan pembayaran dibuat.
Hasil lawatan ini akan dibentangkan semasa mesyuarat 3 hala antara KPISM, Pengurusan Sumber Manusia dan YBhg Dato' TKPP pd 1 Ogos ini. Sekian untuk makluman AHLI KPISM jua.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.

No comments:

Post a Comment