Sunday 4 November 2018

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.02/2018 PERINGKAT IBU PEJABAT IMIGRESEN MALAYSIA

11 Jun 2018 - Mesyuarat MBJ telah diadakan di Bilik Mesyuarat Transformasi Ibu Pejabat Imigresen Malaysia,Putrajaya.
KPISM yang diwakili oleh SUA telah membentangkan 2 Usul untuk diperbincangkan. Antaranya adalah :-
1. Kemajuan Pangkat Pegawai Imigresen Gred KP19 ke Gred KP22. KPISM memohon kepada jabatan supaya tempoh laluan kerjaya pegawai dari KP19 ke KP22 dipendekkan dari 10 atau 11 tahun kepada 6 tahun. Ulasan Ketua Pengarah adalah mewujudkan pasukan Task Force Kajian yang terdiri daripada Bhg Sumber, KPISM dan beberapa individu yang dipilih akan dilantik kelak. Task Force ini akan mengkaji kaedah terbaik pelaksanaan pemendekkan tempoh kemajuan kerjaya pegawai dengan melihat aspek perjawatan, pengisian dan sebagainya.
2. Kelonggaran syarat Fizikal dan BMI bagi urusan pengambilan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 untuk pegawai sedang berkhidmat dan PSL. KPISM sekali lagi memohon kepada pihak pengurusan agar syarat fizikal dan ketinggian dilonggarkan bagi membolehkan AHLI lepas tapisan fizikal serta layak untuk ditemuduga bagi mengisi jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29. Ulasan Pihak Pengurusan adalah JIM mengambil maklum usul ini dan perbincangan dengan pihak SPA akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Antara kelonggaran yang dipohon adalah pegawai JIM yang sedang berkhidmat atau PSL diberi pemanjangan skala BMI dari 19-26 kepada 19-30, Ukuran tinggi tidak diambil kira asalkan memenuhi syarat BMI, Ujian Fizikal dikecualikan (tangan bengkok, tapak kaki rata) dan Ujian Mata untuk jarak dikecualikan.

Turut berlangsung perbentangan oleh KOPRIMA

BERSATU BERHARMONI Berjaya Selamanya
KPISM




No comments:

Post a Comment