Sunday, 4 November 2018

PERUTUSAN PRESIDEN KPISM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2018

PERUTUSAN PRESIDEN KPISM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2018
Bismilliahirahmannirrahim,
Assalammualaikum wrt bth. Salam Sejahtera dan Salam Imigresen Perkasa,
*Integriti Profesional Mesra*
Alhamdulillah segala puji-pujian dan kesyukuran kepada Allah swt, krn dengan limpah rahmat dan inayahNya, kita diberi kesempatan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan dalam kerukunan, kedamaian dan kesejahteraan negara kita.
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat untuk negara kita kerana pada tarikh ini di setiap tahun ianya disambut dengan tarikh kemerdekaan daripada penjajahan.
Sambutan ini seharusnya diraikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Kejayaan ini merupakan satu anugerah dan kemenangan yang amat besar ertinya dalam sejarah perjuangan untuk bebas dari belenggu penjajahan.
Sambutan ulang tahun kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat patriotisme sahaja malah lebih daripada itu yang mana ianya perlu dihayati dengan lebih mendalam antaranya penghayatan kesiapsiagaan kita secara individu, secara kolektif dalam sesebuah organisasi, institusi dan sebagai anak watan untuk menjadi penaung, pejuang dan perwira agar negara kita terus progresif melangkah kehadapan dengan megah, gagah dan sbg satu bangsa dan negara berdaulat
Sempena memperingati kemerdekaan ini, berseuaian dengan tema *Sayangi Malaysiaku*, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan jalinan ukhwah dan silaturrahim dengan berganding bahu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan untuk mebina warga yg kuat lagi mampan dengan keSATUan hati bergerak dengan penuh tanggungjawab pada negara.
Kepada keluarga besar JIM khususnya serta rakyat Malaysia amnya, bersama kita menghargai keamanan memelihara keharmonian, memupuk perpaduan, menjunjung tinggi rukun negara, berpadu jiwa dan raga demi Malaysia negara tercinta.
*SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN!!
DIRGAHAYU MALAYSIAKU.*
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
NORHISHAM BIN MURUJAN
PRESIDEN KPISM

No comments:

Post a Comment