Assalammualaikum dan Salam Perjuangan
PERUTUSAN PRESIDEN KPISM SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1439H
Lembayung Silaturahim Keluarga Besar JIM yg merupakan Asas Kejayaan KPISM dan JIM
Bismillahirrahmanirrahim,
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nasta'in,
Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad wa A'la Ali Saidina Muhammad,
Alhamdulillahi Rabbil A'lamin wa biHi nasta'in,
Allahumma Solli A'la Saidina Muhammad wa A'la Ali Saidina Muhammad,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Salam Aidilfitri dan Salam Imigresen Perkasa, Integriti Profesional Mesra.
Salam Aidilfitri dan Salam Imigresen Perkasa, Integriti Profesional Mesra.
Didahulukan dengan menyebut kalam suci, gema takbir membesarkan keagungan Ilahi, seraya lafaz tahmid disusuli, bagi menandakan bahawa telah datangnya saat kemenangan, meraikan Aidilfitri, hari lebaran yang dinanti-nantikan.
Sesungguhnya, fajar Syawal itu akhirnya datang menyinsing, setelah terbenam mentari Ramadan, bulan yang dipenuhi dengan pakej kemuliaan dan sinar keberkatan, padanya diturunkan al-Quran serta dikurniakan Lailatul Qadar, yakni malam yang lebih baik lagi afdal keberkatannya dari seribu bulan.
Justeru, setelah sebulan berpuasa, tidak hanya setakat menahan lapar dan dahaga, malah kita telah bermujahadah melawan nafsu, sambil menyemai sifat keinsafan serta belas kasihan, terhadap golongan yang kurang bernasib baik lagi serba kekurangan, yang acap kali dihimpit kesusahan hidup.
Maka, tatkala sampai ketikanya, seperti saban tahun, umat Islam di Malaysia serta serata pelusuk dunia, menyambut hari kemenangan, yakni perayaan Aidilfitri yang mulia, dengan penuh rasa syukur dan suasana keriangan.
Saudara dan Saudari Keluarga Besar JIM yang dikasihi sekalian,
Merujuk kepada mafhum firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 60, yang mengajak umat Islam supaya bersiap siaga dengan sepenuh kekuatan dalam setiap perkara dan melalui pedoman cendekiawan pula bahawa, tidak berjaya sesuatu kebenaran, jika tidak diatur dengan baik.
Begitulah ajaran Islam yang sentiasa menekankan tentang peri-pentingnya perencanaan dan ketertiban sama ada urusan duniawi mahupun soal ukhrawi, terutama bagi berdepan dengan realiti semasa.
Mengambil ibrah dan pengajaran itu, pada perutusan hari raya tahun ini, saya ingin menyentuh lima cabaran baharu yang perlu kita hadapi:
Pertama, melestarikan kebajikan warga JIM. Dalam hal ini, kita semua sedia maklum JIM sedang berdepan dengan cabaran kekangan peruntukan mengurus membabitkan krisis sekatan dan kelewatan bayaran elaun tugas lebih masa atau OT untuk pegawai.
Sudah tentu, cabaran ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya. kerana jika krisis ini tidak diselesaikan dengan segera, ia boleh menjejaskan motivasi dan produktiviti dalam usaha menjayakan agenda visi dan misi jabatan. KPISM telah mengadakan perbincangan berkenaan cabaran ini bersama YBhg. Dato’ TKP(P) dan Pengarah Kewangan, alhamdulillah perkara ini juga turut menjadi perhatian utama kpd pihak Pengurusan yg mana tindakan proaktif telah dilakukan dgn memohon peruntukkan tambahan iaitu di bawah OS14000. Kini ianya dalam tindakan MOF serta KDN.
Cabaran Kedua, soal kesiapsiagaan pegawai JIM. Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, berlakunya beberapa isu cabaran kesiapsiagaan pegawai terutama di pintu masuk negara. Waktu rehat dipendekkan, OT wajib tanpa gagal, pembukaan kaunter 100% dipintu2 masuk negara, ekspektasi Stakeholder dan demand daripada rakyat. Dalam hal ini isu melibatkan waktu rehat yg dipendekkan serta ot wajib ini turut mendapat perhatian KPISM. Rundingan dengan pihak Pengurusan turut diadakan termasuk menggunakan saluran MBJ agar satu solusi yg bersifat holistik dapat diterjemahkan.
Justeru itu, saya menyeru kepada semua warga JIM, agar mengelakkan diri daripada mengambil tindakan yg bersifat individu serta emosi sbg tanda protes, menggunakan perkataan kesat di media sosial selain menjauhi perkara yang boleh menggugat imej dan kredibiliti jabatan. Gunakanlah saluran yg betul dalam menyuarakan pendapat dan pandangan dengan bahasa yg tertib.
Kerana Islam itu adalah agama yang damai dan sejahtera. Lantas, bagi menjunjung kesuciannya, berpegang teguhlah dengan 'The Authentic Islam', yakni ajaran Islam sejati dalam pengertian yang sebenar-benarnya.
Di samping itu cabaran ketiga adalah di era siber dan meluasnya media sosial ini, warga JIM perlu bijak menyaring maklumat dan ancaman fitnah serta tohmahan palsu, disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dengan bertabayyun, yakni menyelidik dahulu sesuatu berita secara teliti.
Pada sisi lain, atas nama ukhuwah Keluarga Besar JIM, KPISM akan terus beristiqamah dalam memperjuangkan kebajikan dan kepentingan warga JIM keseluruhannya.
Lantaran itu, pada kesempatan ini, marilah kita memberikan penghargaan dan sanjungan kepada semua rakan2 seperjuangan yang telah menabur bakti dan berkorban siang serta malam, bertugas di seluruh ceruk rantau tanahair, sama ada di Depot atau pintu2 masuk dan sempadan negara semasa 1 syawal nanti.
Tatkala menyambut kemeriahan perayaan ini, saya cukup bersimpati dan bagi pihak KPISM ingin merakamkan takziah kepada keluarga dan waris buat warga JIM yang telah pulang kerahmatullah terlebih dahulu, semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah swt.
Saudara dan Saudari Sekalian
Kita bersyukur, kerana JIM merupakan antara agensi yg mempunyai Skim laluan kerjaya yang terbaik untuk warganya. Pelbagai penambahbaikan pada skim perjawatan telah ditambah baik dari semasa ke semasa. Ianya merupakan cabaran yg keempat yg mn KPISM juga sedang merangka satu Transformasi yg bersifat inklusif kepada skim2 bg pegawai di Gred KP19 hingga KP28. Antaranya adalah cadangan penggabungan skim dan kemajuan pangkat. Usaha ke arah ini telah dilaksanakan termasuk menggunakan medium MBJ dan MBK.
Keluarga Besar JIM yang dikasihi,
Cabaran terakhir iaitu yg kelima adalah mendahulukan kepentingan AHLI. KPISM sentiasa memastikan setiap AHLI KPISM mendapat manfaat daripada segala usaha yg dilaksanakan. Antaranya adalah mewujudkam pakej insurans berkelompok kepada ahli yg mana KPISM sendiri akan memastikan setiap urusan tuntutan dpt diselesaikan secepat mungkin, menaiktaraf ekonomi ahli melalui perjuangan berterusan termasuk melihat Insentif yg sesuai utk dipanjangkan kpd warga JIM.
Namun demikian, kita tidak akan cepat berpuas hati dan mudah berasa selesa dengan setiap tindakan yg diambil bg mendepani setiap cabaran yg digariskan di atas, sebaliknya, KPISM bersama Pengurusan Tertinggi JIM melalui kemuafakatan dan kebersamaan akan terus membawa JIM sebagai sebuah organisasi yang mempunyai nilai tambah bagi memastikan warganya kekal berdaya saing dalam menyampaikan perkhidmatan dan menguatkuasakan undang2.
Bersempena hari mulia di Aidilfitri yang saadah lagi penuh kegembiraan ini, eratkan perpaduan dan perkukuhkanlah ukhuwah serta persaudaraan sesama kita, ketepikan segala perbezaan, nikmatilah keharmonian sedia ada di bawah lembayung silaturahim.
Bagi mereka yang berkenderaan dan memandu pulang ke kampung halaman masing-masing, berhati-hati di jalan raya, pandulah dengan cermat dan berhemah, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.
Akhir kalam, saya bersama saf kepimpinan KPISM penggal 2017-2020 dengan tawaduk dan penuh budi di hati, menyusun sepuluh jari, memohon ampun bagi pihak diri dan seluruh Jawatankuasa KPISM samada diperingkat pusat dan negeri, jika ada sebarang kesalahan, janganlah disimpan, bak kata pantun Melayu lama;
Kalau Ada Jarum Yang Patah,
Jangan Disimpan Di Dalam Peti,
Jika ada khilaf dan salah,
Bersamalah kita saling memaafi.
Jangan Disimpan Di Dalam Peti,
Jika ada khilaf dan salah,
Bersamalah kita saling memaafi.
Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
Saudara Norhisham bin Murujan.
Presiden KPISM.
Presiden KPISM.
No comments:
Post a Comment