Sunday 4 November 2018

MAJLIS JASAMU DIKENANG ANJURAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BAGI TAHUN 2018.




MAJLIS JASAMU DIKENANG ANJURAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BAGI TAHUN 2018.
Majlis ini diadakan bagi meraikan hampir 100 warga JIM yang telah dan bakal besara pada tahun ini.
Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato' Seri Ketua Pengarah Imigresen. Turut hadir bersama ialah YBhg Dato' TKPP, YBhg. Dato' Dato' TKPK, Pengarah2 Bahagian dan Negeri.
KPISM ingin merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang bakal bersara dan telah bersara. Majlis pada malam ini juga merupakan manifestasi kepada penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan dengan penuh dedikasi sepanjang berkhidmat di JIM.
Sesungguhnya khidmat bakti selama bertahun-tahun ini tiadalah boleh disamakan nilainya dengan hanya sebuah majlis makan malam sahaja. Namun, majlis ini merupakan pengiktirafan dan tanda peringatan kita yang masih berkhidmat lagi, kepada para pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti menjadikan JIM sebagai jabatan yang menyumbang secara kritikal dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara tanpa kompromi.
Pada kesempatan ini juga seluruh Jawatankuasa kerja KPISM, sekali lagi, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Tuan-tuan dan Puan-puan kepada perjuangan KPISM sehingga ke akhir perkhidmatan. Sesungguhnya sumbangan bakti inilah yang telah banyak membantu kepada kecemerlangan KPISM hari ini dan menjadi contoh kepada keluarga besar JIM yang masih berkhidmat.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM

No comments:

Post a Comment