Sunday, 4 November 2018

Program Jelajah KPISM Bersama Warga JIM Labuan.

Buat julung kalinya sejak tertubuh KPISM pada Tahun 1956, ini adalah kali pertama Barisan Exco Kanan KPISM turun padang dan bertemu dgn warga JIM Labuan.
Kesempatan bertemu dgn pegawai2 yg bertugas di JIM Labuan, KPISM turut berkongsi maklumat terkini berkenaan halatuju perjuangan KPISM. Selain daripada itu, KPISM turut dikongsikan dgn pelbagai isu dan cabaran yg sedang dn telah dihadapi oleh pegawai2 di JIM Labuan. Wakil KPISM yg hadir adalah :-
1. Presiden, Sdra Norhisham Murujan
2. Naib Presiden, Sdra Suhaizan Abdullah
3. SUA, Sdra Fauzi Hj Jamaluddin
4. Bendahari, Sdra Mohd Hasri Ishak
5. PP WP, Sdra Gurpal Singh.
Saudara Timbalan Presiden tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.
KPISM akan menyediakan sebuah Laporan Lengkap sepanjang lawatan ini dan akan memanjangkan beberapa usul penambahbaikan kepada pihak pengurusan Jabatan dan KDN.
KPISM ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat warga JIM Labuan khususnya Yg Dihormati PIN Labuan, Tn Asani bin Ladjani dan Unit Pentadbiran JIM Labuan atas kerjasama, layanan dan bantuan yg diberikan sepanjang keberadaan kami di Labuan. Semoga JIM Labuan terus maju jaya dengan cemerlang hendaknya.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.




Bengkel Semakan Jadual Bertugas JIM 2018.

KPISM dengan kerjasama Bhg Pengurusan Sumber Manusia JIM sedang melaksanakan Bengkel Semakan Sistem Jadual Tugas di Jabatan Imigresen Malaysia.
Susulan teguran dari Audit Dalaman KDN yg menyatakan jumlah jam waktu bekerja selain waktu pejabat biasa di JIM adalah berkurangan seperti mana yg dimaksudkan oleh Perintah Am atau G.O. Susulan daripada itu, satu bengkel diadakan bg mencari mekanisma terbaik bagi menentukan sistem jadual tugas di JIM mampu ditambah baik tanpa mengabaikan aspek kebajikan pegawai.
30 pegawai pelbagai pangkat mewakili pejabat di Kawalan, UTC dan Depot dijemput bagi sama2 merealisasikan penambahbaikan jadual ini. Semoga usaha ini dapat mewujudkan satu sistem jadual tugas terbaik dan signifikan.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM






Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan ke-13 Majlis Bersama Kebangsaan [MBK] Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Kumpulan Pelaksana.

25 Oktober 2018 - Barisan Exco KPISM telah hadir sebagai perwakilan di Persidangan MBK ke-13. Alhamdulillah, Setiausaha Agung KPISM juga telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Gred Keselamatan MBK bagi penggal 2018-2020. InshaAllah amanah ini akan sy laksanakan sebaik mungkin demi memperjuangkan kebajikan pegawai2 di JIM. Platform ini amat penting buat kita semua kerana ianya adalah saluran tepat KPISM dlm memperjuangkan agenda kebajikan pegawai di peringkat Persekutuan.
Sokongan padu dari warga KPISM jua amatlah dihargai.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM


PERLAKSANAAN MESYUARAT EXCO KPISM BIL.03 TAHUN 2018

PERLAKSANAAN MESYUARAT EXCO KPISM BIL.03 TAHUN 2018

Tarikh : 24 Oktober 2018
Jam : 8.30 malam - 11.30 mlm
Lokasi : KLIH

Ketetapan KPISM.
1. Penggabungan Skim akan dibuat follow up dengan pihak JPA.
2. Pengstrukturan Perjawatan JIM (Re-Org).
3. Pelaksanaan Kaedah Kemajuan Pangkat Bagi Gred Pelaksana 1 Perkhidmatan Bukan Gunasama atau Gred KP19 ke KP22 Di JIM
4. Isu Suntikan Vaksin Kepada Pegawai JIM.
5. Penambahbaikan Dasar Penempatan Dan Pertukaran Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia
6. Penambahbaikan kriteria sumbangan kebajikan KPISM.
7. Memberi mandat kepada SUA untuk bertanding sbg Pen Setiausaha Gred Keselamatan di MBK penggal 2018-2020.
Sekian untuk makluman ahli jua.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.


MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN 2018-2020

Asalamualaikum WBT
Alhamdulillah, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat-sahabat di KPISM dan para perwakilan MBK, serta rakan rakan yang membantu saya secara langsung atau tidak, didalam pemilihan wakil Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) ini untuk penggal 2018-2020 ini.
Amanah dan sokongan yang dizahirkan tidak akan di sia-sia kan, Insha Allah.
Semoga segala usaha yang sedang dan akan kita lakukan, akan mendapat keredhaan Allah SWT jua, Insha Allah.
Terima kasih dan salam..
SUA KPISM.

Lawatan rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman

Lawatan rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman ke Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu pada 08hb Oktober 2018 dan meninjau sendiri opersasi pengurusan tahanan yang diuruskan pihak MKN Negeri Sabah.Taklimat di sampaikan oleh Ketua Pentadbir PTS KK.Turut hadir beberapa orang pagawai tertinggi dari KDN/MKN dan JIM Sabah.YB TMDN juga merangkap Ahli Parlimen Sepanggar dimana lokasi PTSKK berada.Sekian

BERITA DUKACITA DARI JIM JOHOR.

Assalammualaikum dan Salam Sehati Sejiwa
BERITA DUKACITA DARI JIM JOHOR.
KPISM telah mendapat perkhabaran dukacita bahawa salah seorang ahli keluarga besar JIM dari Johor iaitu PI Mohammad Hanafi bin Rahman yg bertugas di Bahagian Penguatkuasa JIM Johor telah kembali kerahmatullah pada jam 6.56ptg sebentar td. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh, Perak.
Seluruh Jawatankuasa KPISM ingin menyampaikan Salam Takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal soleh.
Al-Fatihah.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.
Alhamdulillah selesai sudah pengurusan pengebumian jenazah Allahyarhamah Zalina binti Mohd Amin. Dikongsikan suasana serta kehadiran ahli keluarga besar JIM disepanjang proses pengurusan jenazah Allahyarhamah. Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan org2 yg beriman. Ameen
Al- Fatihah.
KPISM.


Team Bonding KPISM 2.0 Zon Pantai Timur

Majlis Penutup dan penyampaian Sijil Penyertaan oleh YBhg. Dato' Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, TKP(Pengurusan) JIM.
Bersatu Berharmoni Berjaya
KPISM





KPISM Team Bonding 2.0 Zon Timur 2018.

KPISM TEAM BONDING 2.0 Zon Timur.
20 hingga 22 September 2018
- Peladang Agro Resort, Terengganu





Lawatan YBrs Timbalan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara(KS) ke Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu (PTSKK)


16hb September 2018 dalam usaha melihat sendiri operasi pengurusan tahanan di semua PTS seluruh Sabah.Turut mengiringi ialah YBrs Puan Pengarah Keselamatan Negeri Sabah serta beberapa pegawai kanan MKN Sabah.
Turut hadir:
-YDH Tuan ACP Shahrir Bin Daud Ketua Penolong Pengarah Seksyen Operasi MKN Sabah
-Puan Haslinda Fauzi Ketua Penolong Pengarah Sekyen Perancangan Strategik
Wakil dari Pejabat Wilayah KK
ASP Shahriel Bin Ab Rahman
Kapten Joshepine Chiew.
Semua operasi di pts kk berjalan dengan lancar dan terkawal
Sekian

#SayangiMalaysiaku

16 September 2018 Seluruh Jawatankuasa Kerja Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengucapkan selamat Menyambut Hari Malaysia yang ke 55 tahun kepada seluruh rakyat Malaysia yang merupakan warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.
KPISM.

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.03 TAHUN 2018.

MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.03 TAHUN 2018.
30 Ogos 2018 Bertempat di Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya telah berlangsung Mesyuarat MBJ Bil.03 Tahun 2018.
KPISM yang diwakili oleh Presiden, Sdra Norhisham Murujan, Timbalan Presiden, Sdra Norazman Ibrahim, Naib Presiden Sdra Suhaizan Abdullah dan SUA, Sdra Fauzi Hj Jamaluddin telah membawa 2 usul melalui MBJ kali ini. Usul yang dibawa adalah berkenaan Penambahbaikan sistem E-Transfer JIM4U dan Penambahbaikan Dasar pertukaran dan penempatan pegawai di JIM.
KPISM ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Pengurusan yang berusaha keras dalam menentukan bayaran OT ini dapat dibuat. Terima kasih jua kepada seluruh keluarga besar JIM atas kesabaran dan kefahaman kekangan dan usaha yg sdg dilakukan oleh JIM dan KPISM.
Sekian untuk makluman AHLI KPISM.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM

MAJLIS JASAMU DIKENANG ANJURAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BAGI TAHUN 2018.




MAJLIS JASAMU DIKENANG ANJURAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BAGI TAHUN 2018.
Majlis ini diadakan bagi meraikan hampir 100 warga JIM yang telah dan bakal besara pada tahun ini.
Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato' Seri Ketua Pengarah Imigresen. Turut hadir bersama ialah YBhg Dato' TKPP, YBhg. Dato' Dato' TKPK, Pengarah2 Bahagian dan Negeri.
KPISM ingin merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang bakal bersara dan telah bersara. Majlis pada malam ini juga merupakan manifestasi kepada penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan dengan penuh dedikasi sepanjang berkhidmat di JIM.
Sesungguhnya khidmat bakti selama bertahun-tahun ini tiadalah boleh disamakan nilainya dengan hanya sebuah majlis makan malam sahaja. Namun, majlis ini merupakan pengiktirafan dan tanda peringatan kita yang masih berkhidmat lagi, kepada para pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti menjadikan JIM sebagai jabatan yang menyumbang secara kritikal dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara tanpa kompromi.
Pada kesempatan ini juga seluruh Jawatankuasa kerja KPISM, sekali lagi, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Tuan-tuan dan Puan-puan kepada perjuangan KPISM sehingga ke akhir perkhidmatan. Sesungguhnya sumbangan bakti inilah yang telah banyak membantu kepada kecemerlangan KPISM hari ini dan menjadi contoh kepada keluarga besar JIM yang masih berkhidmat.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM

PERUTUSAN PRESIDEN KPISM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2018

PERUTUSAN PRESIDEN KPISM SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN MALAYSIA 2018
Bismilliahirahmannirrahim,
Assalammualaikum wrt bth. Salam Sejahtera dan Salam Imigresen Perkasa,
*Integriti Profesional Mesra*
Alhamdulillah segala puji-pujian dan kesyukuran kepada Allah swt, krn dengan limpah rahmat dan inayahNya, kita diberi kesempatan untuk meraikan ulang tahun kemerdekaan dalam kerukunan, kedamaian dan kesejahteraan negara kita.
Tanggal 31 Ogos merupakan tarikh keramat untuk negara kita kerana pada tarikh ini di setiap tahun ianya disambut dengan tarikh kemerdekaan daripada penjajahan.
Sambutan ini seharusnya diraikan oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa. Kejayaan ini merupakan satu anugerah dan kemenangan yang amat besar ertinya dalam sejarah perjuangan untuk bebas dari belenggu penjajahan.
Sambutan ulang tahun kemerdekaan bukanlah sekadar laungan membangkitkan semangat patriotisme sahaja malah lebih daripada itu yang mana ianya perlu dihayati dengan lebih mendalam antaranya penghayatan kesiapsiagaan kita secara individu, secara kolektif dalam sesebuah organisasi, institusi dan sebagai anak watan untuk menjadi penaung, pejuang dan perwira agar negara kita terus progresif melangkah kehadapan dengan megah, gagah dan sbg satu bangsa dan negara berdaulat
Sempena memperingati kemerdekaan ini, berseuaian dengan tema *Sayangi Malaysiaku*, marilah kita bersama-sama memperkukuhkan jalinan ukhwah dan silaturrahim dengan berganding bahu dalam perkara kebaikan dan ketakwaan untuk mebina warga yg kuat lagi mampan dengan keSATUan hati bergerak dengan penuh tanggungjawab pada negara.
Kepada keluarga besar JIM khususnya serta rakyat Malaysia amnya, bersama kita menghargai keamanan memelihara keharmonian, memupuk perpaduan, menjunjung tinggi rukun negara, berpadu jiwa dan raga demi Malaysia negara tercinta.
*SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN!!
DIRGAHAYU MALAYSIAKU.*
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
NORHISHAM BIN MURUJAN
PRESIDEN KPISM

Mesyuarat Exco Bil.02/2018.

Mesyuarat Exco Bil.02/2018. 

29 Ogos 2018
Tanyaa Hotel, Cyberjaya Selanor

Sekian utk makluman.