Monday 11 June 2018




MESYUARAT MAJLIS BERSAMA JABATAN (MBJ) BIL.02/2018 PERINGKAT IBU PEJABAT IMIGRESEN MALAYSIA

11 Jun 2018 - Mesyuarat MBJ telah diadakan di Bilik Mesyuarat Transformasi Ibu Pejabat Imigresen Malaysia,Putrajaya.

KPISM yang diwakili oleh SUA telah membentangkan 2 Usul untuk diperbincangkan. Antaranya adalah :-

1. Kemajuan Pangkat Pegawai Imigresen Gred KP19 ke Gred KP22. KPISM memohon kepada jabatan supaya tempoh laluan kerjaya pegawai dari KP19 ke KP22 dipendekkan dari 10 atau 11 tahun kepada 6 tahun. Ulasan Ketua Pengarah adalah mewujudkan pasukan Task Force Kajian yang terdiri daripada Bhg Sumber, KPISM dan beberapa individu yang dipilih akan dilantik kelak. Task Force ini akan mengkaji kaedah terbaik pelaksanaan pemendekkan tempoh kemajuan kerjaya pegawai dengan melihat aspek perjawatan, pengisian dan sebagainya.

2. Kelonggaran syarat Fizikal dan BMI bagi urusan pengambilan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29 untuk pegawai sedang berkhidmat dan PSL. KPISM sekali lagi memohon kepada pihak pengurusan agar syarat fizikal dan ketinggian dilonggarkan bagi membolehkan AHLI lepas tapisan fizikal serta layak untuk ditemuduga bagi mengisi jawatan Penolong Penguasa Imigresen Gred KP29. Ulasan Pihak Pengurusan adalah JIM mengambil maklum usul ini dan perbincangan dengan pihak SPA akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Antara kelonggaran yang dipohon adalah pegawai JIM yang sedang berkhidmat atau PSL diberi pemanjangan skala BMI dari 19-26 kepada 19-30, Ukuran tinggi tidak diambil kira asalkan memenuhi syarat BMI, Ujian Fizikal dikecualikan (tangan bengkok, tapak kaki rata) dan Ujian Mata untuk jarak dikecualikan.

Selain itu dalam lain2 Hal KPISM juga telah menyuarakan keresahan pegawai di BSI dan KSAB berkenaan arahan pemendekkan waktu rehat pegawai bertugas shif malam. KPISM juga telah membentangkan beberapa justifikasi berkenaan keperluan jadual tugas asal di BSI dan KSAB dilaksanakan semula. Turut dibentangkan adalah justifikasi berdasarkan arahan Perintah Am. Ulasan Pengurusan, adalah YBhg. Dato' TKPP diminta meneliti isu ini dan satu kajian menyeluruh akan dibuat dalam sedikit masa lagi. KPISM bersedia untuk mengadakan perbincangan bersama pengurusan agar satu mekanisma terbaik dapat dihasilkan tanpa menjejaskan kebajikan pegawai.

Dalam Hal-Hal Lain juga KPISM turut menuntut supaya pegawai imigresen yang diviralkan kerana memukul seorang lelaki warga Bangladesh tempoh hari dibuat pertimbangan sewajarnya serta siasatan berasaskan tindakan yg rasional melalui prinsip Rule of Law. KPISM memohon kepada pengurusan supaya mengkaji sedalamnya isu ini dengan melihat semua aspek termasuk kebarangkalian tindakan provokasi yang dilakukakn oleh lelaki tersebut kepada pegawai sebelum sesuatu keputusan dibuat. Selain itu, KPISM juga turut mendedahkan fakta kes kepada pihak pengurusan untuk penelitian. Ulasan Pengurusan, Isu ini masih dalam siasatan dan keputusan yang dibuat akan diteliti sebaik mungkin.

Isu yang ketiga adalah berkenaan Pencaruman secara Automatik sebagai Ahli KOPRIMA. KPISM menyampaikan keluhan pegawai berkenaan pemotongan gaji secara automatik bagi caruman KOPRIMA. KPISM mohon pihak KOPRIMA agar lebih kerap turun padang dan berjumpa dengan pegawai bagi menyampaikan inisiatif yang bakal diterima oleh pegawai yang mencarum. Selain daripada itu, KPISM berharap agar KOPRIMA dapat berkongsi halatuju dan perancangan pelaburan yang akan dilaksanakan di masa-masa akan datang. KOPRIMA memaklumkan jumlah caruman yang dipotong terbahagi kepada 4 bulan. Bulan pertama adalah sebanyak RM86.34, Bulan ke-2 RM66.34, Bulan ke-3 RM66.34 dan bulan ke-4 seterusnya adalah sebanyak RM33.00. Dakwaan pemotongan dibuat sebanyak RM249.00 adalab tidak benar dn turut dinafikan oleh KOPRIMA. KPISM ingin berpesan kepada semua pegawai agar berhemah dalam menegur serta menyuarakan ketidakpuasan hati masing-masing terutama melibatkan isu ini. Jagalah ketertiban kita dalam meluahkan perasaan agar tidak mengguris hati mana-mana pihak. YBhg. Dato' Seri KP amat terkilan dengan lenggok bahasa yang digunakan oleh pegawai berkenaan isu ini di media sosial.

Sekian untuk makluman AHLI KPISM jua. (Penulisan ini hanyalah untuk makluman AHLI sahaja)

BERSATU BERHARMONI Berjaya Selamanya

KPISM

11.06.2018

No comments:

Post a Comment