Thursday, 28 June 2018




LAWATAN KERJA YB MENTERI DALAM NEGERI KE CIQ BANGUNAN SULTAN ISKANDAR JOHOR BAHRU JOHOR.

28 Jun 2018 - YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Menteri Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke CIQ Bangunan Sultan Iskandar Johor Bahru bagi membincangkan penambahbaikan di BSI dan KSAB termasuk melihat hal2 kebajikan pegawai. Turut dibincangkan adalah cadangan penambahbaikan oleh Pasukan Task Force dari Kerajaan Negeri Johor bg berkenaan isu kesesakan di BSI dan KSAB. YB Tan Sri MDN juga turut mengadakan lawatan ke kaunter dan laluan di BSI bg mendapatkan gambaran sebenar keadaan di BSI.

Wakil KPISM yg hadir adalah Presiden, SUA, Bendahari, PSUA dan Pengerusi Perhubungan Negeri Johor.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

KPISM.

No comments:

Post a Comment