Wednesday, 26 October 2016

KENYATAAN MEDIA 26.10.2016 : KPISM SAMBUT BAIK LANGKAH JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BENDUNG ISU RASUAH

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) ingin merujuk kepada  kenyataan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato’ Sri Hj Mustafar bin Hj Ali, menerusi laporan akhbar dan media elektronik semalam (25 Oktober 2016) berjudul “Jabatan Imigresen Malaysia perkukuh tiga strategi bendung rasuah di kalangan pegawai”.

Dalam laporan tersebut, Ketua Pengarah Imigresen menyatakan “Tiga strategi yang akan dilakukan adalah tindakan dari dalaman, tindakan pencegahan dan juga pendidikan yang berterusan mengenai elemen integriti dalam penguatkuasaan.

KPISM menyokong penuh kenyataan beliau ini. Kenyataan beliau ini adalah suatu yang tepat di mana Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) perlu mengambil tindakan dalaman bagi memastikan segala ruang dan peluang yang membenarkan perlakuan rasuah ditutup sepenuhnya. Pemantapan integriti pegawai melalui pendidikan adalah suatu tindakan yang signifikan memandangkan pegawai JIM perlu diberi pendidikan secara komprehensif di samping dengan penyediaan SOP yang mengikut arus perubahan zaman.

Selain daripada itu, faktor peningkatan taraf hidup pada masa kini turut menjadi faktor penyumbang (pull factor) kepada kecenderungan segelintir  pegawai JIM kepada perlakuan tidak berintegriti ini. Justeru itu, KPISM mohon agar kerajaan menyegerakan bayaran insentif yang telah diluluskan sejak April 2016 lagi. Walaupun Ketua Setiausaha Negara pernah meminta agar bayaran insentif ini disegerakan namun ianya dipandang sepi oleh pihak yang bertanggungjawab dimana sehingga kini tiada tanda-tanda bayaran ini akan dibuat.

KPISM ingin menzahirkan komitmen bagi menyokong usaha pencegahan rasuah di Jabatan Imigresen Malaysia termasuk dalang yang cuba menawarkan rasuah seperti agen, sindiket serta pelancong asing yang cuba masuk ke negara ini secara tidak teratur. KPISM sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Imigresen Malaysia dengan mempromosikan nilai-nilai ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik, memperkukuhkan mekanisme kawalan dalaman dengan memasukkan elemen-elemen yang menyokong pencegahan rasuah serta pematuhan undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkaitan dengan memerangi rasuah di kalangan pegawai dan juga pihak yang menawarkan rasuah.

KPISM optimis langkah yang diambil oleh Ketua Pengarah Imigresen ini mampu mendatangkan impak yang positif kepada Jabatan Imigresen Malaysia yang selama kini tercalar dengan isu integriti serta persepsi negatif masyarakat. Kehadiran Dato’ Sri Hj Mustafar bin Hj Ali sebagai Ketua Pengarah Imigresen Malaysia telah membawa satu momentum positif dikalangan 14,000 pegawai Imigresen di seluruh negara kerana kepribadian beliau sendiri telah memberi satu cerminan kepada gerak kerja yang berintegriti dan profesional. Sejarah JIM bakal terukir apabila beliau yang memegang taklifan sebagai Ketua Pengarah JIM ini sentiasa mempertahankan prinsip dan memegang amanah serta mandat yang diberikan kepadanya walaupun terpaksa berhadapan dengan pihak yang cuba mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi berbanding  negara. KPISM tidak mudah merelakan maruah JIM dicemar oleh kerakusan mereka yang berkepentingan peribadi ini tanpa melihat kepada kepentingan keselamatan negara.

KPISM sangat komited dalam membantu pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan pucuk kepimpinan tertinggi Imigresen bagi membanteras salah laku dan aktiviti yang tidak berintegriti. Namun begitu, bagi pegawai yang telah ditahan atas dakwaan mengsabotaj sistem ICT imigresen, KPISM  gesa mereka yang ditahan ini diberi peluang untuk didakwa menggunakan peruntukkan akta sedia ada dan bukannya menggunakan akta bersifat pencegahan seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Jenayah  (POCA) supaya mereka ini juga diberi hak untuk dibicara dan diputuskan oleh Mahkamah. KPISM tidak akan berkompromi dan melindungi pegawai ini daripada dikenakan hukuman yang selayaknya. 
KPISM juga sentiasa berkerjasama dengan semua pihak dalam menjaga dan memastikan pegawai-pegawai imigresen sentiasa berintegriti dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi imej dan nama baik Jabatan Imigresen Malaysia.



AJEET SINGH A/L GURBAX SINGH
Presiden, 
Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM)

Wednesday, 5 October 2016

BENGKEL PENAMBAHBAIKAN GRED PENGUATKUASA DAN GRED PENGURUSAN DAN PROFESSIONAL ANJURAN CUEPACS







Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Adalah dimaklumkan bahawa Cuepacs dengan kerjasama JPA sedang menganjurkan Bengkel Kajian Penambahbaikan Gred Penguatkuasa dan P&P bagi membentuk satu kerangkan Skim yg bersifat komprehensif, isolatif khas utk agensi2 Penguatkuasa shj.
Tujuan Bengkel ini dijalankan adalah bg menentukan kaedah, klasifikasi Gred Penguatkuasa, Syarat Minima Kemasukan, Kadar Upah, Penentuan Insentif dan beberapa kemudahan lain yg wajar dipanjangkan kepada Agensi2 Penguatkuasa Awam di Malaysia.
Wakil KPISM yg hadir adalah Sdra Presiden, Timbalan, SUA, Bendahari, PP Kelantan dan Sdra Gurpal Singh AJK Dalaman KPISM W.P Kuala Lumpur. Wakil PnP JIM yg hadir adalah Tuan Abu Bakar Sidek, Puan Supiani Sibin, Tuan Mohd Zaidi bin Che Morad dan Tuan Ajeet Singh Gurbax Singh.
Semoga usaha yg dilakukan ini mampu mengangkat martabat pegawai-pegawai Penguatkuasa khususnya di Jabatan Imigresen Malaysia.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA
SUA KPISM.

Tuesday, 4 October 2016

BERITA SEDIH DARI JIM PERLIS

Assalamualaikum dan Salam Sehati Sejiwa.

DUKACITA dimaklumkan bahawa seorang Pegawai Imigresen (KUP) JIM Perlis, Ku Yusuf bin Ku Yaakub yang bertugas di Unit Depot, Bahagian Penguatkuasa JIM Perlis telah terlibat dengan kemalangan jalan raya ketika ingin ke tempat kerja pagi tadi.
Kesan dari kemalangan ini menyebabkan berlaku beberapa kepatahan pada pinggang, tulang paha dan tempurung lutut beliau pecah. Pegawai ini dijangka akn menjalani pembedahan pada malam ini.
Bagi pihak seluruh Jawatankuasa KPISM kami mendoakan semoga pegawai ini selamat menjalani pembedahan serta segera sembuh seperti sediakala. KPISM juga telah bersetuju utk menghulurkan sedikit sumbangan dan akan disempurnakan oleh Pengerusi Perhubungan KPISM Negeri Perlis, Sdra Sumardi atau nama FB sbg Capal Hitam . Marilah kita sebagai keluarga besar di JIM mendoakan semoga pegawai ini selamat mnjalani pembedahan dan segera sembuh untuk kembali bertugas seperti sedia kala.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.

Saturday, 1 October 2016

INTIPATI UCAPAN PRESIDEN KPISM BERSEMPENA PERHIMPUNAN BULANAN JIM ZON UTARA DI DEWAN PERPUSTAKAAN AWAM NEGERI PULAU PINANG





Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Adalah dimaklumkan buat julung-julung kalinya Presiden KPISM telah diberi peluang dan kesempatan untuk berucap di hadapan Pengurusan Tertinggi JIM, YBhg Dato' Sri KPI, YBhg. Dato' TKP(P), Pengarah2 Bahagian dan Negeri serta para pegawai Imigresen khususnya yg bertugas di JIM Negeri zon utara.
Antara intipati ucapan Presiden adalah mengenai cabaran dan isu semasa yg dihadapi oleh JIM kebelakangan ini. Antaranya adalah isu penahanan beberapa pegawai Imigresen yg bertugas di KLIA, Isu Kekurangan Stok Pasport dan lain-lain lagi.
Segala isu dan cabaran ini perlu kita hadapi secara tenang, profesional dan bersatu hati. Terdapat juga beberapa isu yg dapat diselesaikan dengan baik atas dasar Kesamaan, Kemuafakatan dan KeSATUan yg wujud di antara setiap warga JIM. Setiap isu yg timbul ini perlu kita hadapi dengan hati yg terbuka tanpa merumitkan lagi keadaan disamping tanpa perlu menuding jari sesama kita yg akhirnya merugikan setiap daripada kita semua dan jabatan.
KPISM sekali lagi menegaskan bahawa KeMUAFAKATan, KeSAMAan dan keSATUan sesama kita amat penting dalam menjadikan setiap pegawai Imigresen mampu memberikan perkhidmatannya dengan cemerlang dan terbaik.
KPISM juga selama kini amat menghargai segala peluang dan ruang rundingan yg diberikan oleh pengurusan tertinggi JIM kepada KPISM. Seperti biasa, tajuk atau topik utama kepada setiap ruang perbincangan adalah berkenaan KEBAJIKAN DAN KEPENTINGAN AHLI DAN IMEJ JABATAN. Maka, tidak perlu setiap kali KPISM ingin mengadakan rundingan perlu diajukan dahulu dengan soalan berkenaan apa? Apa topik? Apa tajuk? Dan lain2 lagi. Selain itu, KPISM juga ucapkan terima kasih kepada YBhg Dato Sri KPI krn setiap rundingan yg dibuat membuahkan hasil 'win win situation' antara majikan dan pekerja. If you take care of your employees, they will take care of the clients.
KPISM jg mengakui bahawa dgn kehadiran YBhg. Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali ke JIM sbg Ketua Pengarah telah membawa kepada satu aura 'positive energy' kepada JIM dan setiap warganya. Aura positif ini juga telah diterjemahkan melalui tindakan2 kita yang akhirnya membawa kepada kejayaan dan kecemerlangan khususnya dlm memberi perkhidmatan kpd pelanggan JIM. Antara contoh yg terbaik adalah apabila DS KPI sendiri turun padang dan membuat lawatan ke Depot Tahanan Bukit Jalil di mana fast action telah diambil berkenaan post kawalan yg sebelum ini dari canvas tent di gantikan dgn post konkrit yg lebih baik serta bersifat permanent.
KPISM ingin menyeru kepada semua warga JIM agar bangkit dan bergerak secara pantas melalui tindakan meningkatkan produktiviti kita dalam memenuhi aspektasi stakeholders dan pelanggan kita yg semakin mencabar. Seek first to understand than to be understood. Berempati la dgn pelanggan dgn meletakkan diri kita sbg pelanggan yg memerlukan perkhidmatan yg terbaik. Bersama-sama kita meneruskan momentum positif utk JIM ini. Sama-sama jua kita menghayati slogan jabatan iaitu, INTEGRITI PROFESIONAL MESRA.
Sekian terima kasih.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.

Program Turun Padang KPISM ke JIM P. Pinang 1 Oktober 2016







Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.

Dimaklumkan bahawa KPISM telah hadir ke beberapa lokasi bg melihat dan menziarahi pegawai2 JIM yg sedang bekerja dihari cuti dan yg sedang menerima rawatan di Hospital. Antara program2 yg dijalankan adalah:-
1. Melawat Pengerusi Perhubungan (PP) KPISM Negeri Pulau Pinang. Puan Zalina yg baharu sahaja menjalani rawatan kimoterapi. Semoga PP Pinang terus tabah menghadapi dugaan dan KPISM sentiasa mendoakan semoga puan segera sembuh.
2. Melawat Pejabat Imigresen Georg Town dan melihat kerja2 membaik pulih pejabat Imigresen tertua di Malaysia. Pejabat ini juga menerima permohonan pasport dlm lingkungan 400 ke 500 naskah sehari.
3. Melawat Pejabat Perkapalan Pelabuhan Pulau Pinang di Georg Town yg beroperasi secara 24/7. Syabas kpd Pegawai2 menjalankan tugas dengan penuh semangat yg berkorban cuti dan masa bersama keluarga ketika rakan2 lain sdg bersama keluarga dan beriadah di waktu cuti. KPISM amat menghargai jasa dan pengorbanan pegawai2 JIM yg bertugas secara shif di seluruh negara.
4. Melawat PI Mior Husaini yg mengalami kemalangan jalan raya ketika pulang dari tugas pd 26 September 2016 dan baru menjalani pembedahan Orthopedic pd 30 Sep 2016 di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. KPISM mendoakan semoga pegawai ini segera sembuh dn kembali bertugas seperti biasa.
5. Melawat pegawai Imigresen yg dijatuhkan hukuman pengawasan polis di bawah POCA selama 2 tahun di Tapah, Perak.
Sekian laporan KPISM.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA
SUA KPISM.