Thursday 16 August 2018



Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.

PERBINCANGAN BAGI MENDAPATKAN KETETAPAN SECARA KONSENSUS BERKENAAN CADANGAN PENGGABUNGAN SKIM BERSEPADU DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Putrajaya , 15 Ogos 2018 – Komitmen tinggi Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) dan pengurusan tertinggi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam menjaga kebajikan warganya bukanlah sekadar memastikan aspek pembangunan modal insan dan penyediaan kemudahan terlaksana, sebaliknya ia dilengkapi dengan usaha-usaha kebajikan melalui kajian Skim Perkhidmatan demi sebuah laluan kerjaya yang bersifat holistik dan inklusif kepada semua warga JIM.

KPISM sentiasa konsisten dengan keperluan warga kerja dalam mencerminkan keprihatinan terhadap beban dan kesulitan yang ada, selain menyediakan sebuah skim Perkhidmatan yg ideal serta diangggap sebuah skim terbaik dalam memastikan pegawai mendapat kenaikan pangkat tanpa melalui halangan sukar seperti syarat bmi dan lain2.

KPISM dan JIM amat komited mencari jalan agar dapat membantu warga kerja Jabatan dalam memastikan sebuah kerjaya yg terbaik disediakan dengan menggabungkan 2 skim sedia ada kepada satu skim bersepadu. Perbincangan yg diadakan dalam suasana harmoni tadi telah menghasilkan suatu ketetapan bersama iaitu mewujudkan satu gred fleksi KP29/KP30 bagi membolehkan pegawai yg melepasi syarat diberi kenaikan pangkat ke Gred KP30 tanpa melalui proses fizikal yg rigid seperti mana berlaku semasa pengambilan KP29.

KPISM menghargai segala Inisiatif dan idea yang telah diberikan semasa perbincangan tadi. Selain itu, pengambilan Gred KP29/KP30 ini juga turut dibuka kepada pegawai JIM yg mempunyai diploma/STPM/PSL di gred KP19, KP22 dan KP26 berdasarkan syarat2 yg akan ditetapkan. Bagj pegawai yg brd di Gred KP28 tiada syarat akademik dan PSL dikenakan utk kenaikan ke KP30. KPISM optimis dengan penggabungan Skim ini ianya mampu memberi ruang dan peluang yg luas kpd warga JIM dlm memajukan kerjaya seterusnya membuktikan bahawa segala tindakan gerak kerja Jabatan ini dirasai segenap lapisan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato' Seri Hj Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. Turut hadir semasa sesi ini adalah Timbalan2 Pengarah dan pegawai2 dari Bahagian Sumber Manusia JIM. Wakil KPISM adalah Presiden Sdra. Norhisham, Bendahari Sdra Mhd Hasri dan mantan Presiden Tuan Ajeet Singh. Cadangan ini akan dihantar kepada JPA pd hari jumaat ini dan skim ini juga akan diguna pakai kepada semua Skim Penguatkuasa atau beruniform di Malaysia seperti Bomba, JPJ, Penjara dll.

KPISM bertekad akan terus menabur bakti memberikan yg terbaik kpd setiap warga JIM khususnya dlm memperjuangkan kebajikan pegawai. Semoga usaha murni ini dapat dicapai dengan jayanya.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

MEMBINA IMPIAN MEMENUHI HARAPAN!!

KPISM.

No comments:

Post a Comment