Wednesday 1 August 2018


Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.

Hari ini genaplah 2 tahun YBhg Dato' Seri Hj Mustafar bin Hj Ali menerajui organisasi berjasa JIM ini sebagai Ketua Pengarah Imigresen. Sekiranya dilihat sepanjang DSKPI bersama keluarga besar JIM banyak jua kejayaan2 yg ditempa serta beliau juga telah meletakkan JIM ke arah satu dimensi transformasi kecemerlangan. Setiap hari laporan2 akhbar menceritakan siri kejayaan JIM terutama dlm melaksanakan pertanggungjawabannya. Dari segi kebajikan juga beliau tidak pernah putus2 berusaha utk memastikan kebajikan kita sentiasa terbela, antaranya beliau telah berjaya menambah jumlah perjawatan sebanyak 500 pegawai pelbagai Gred, penambahbaikan Skim Perkhidmatan JIM, Pembinaan kuarters di beberapa negeri dan depot dan penambahbaikan logistik JIM melalui pembelian kenderaan2 baharu dan senjata. Isu bayaran ot yg tertunggak, DSKPI juga tidak pernah jemu2 mengadakan rundingan dan mengutus surat kepada Kementerian kewangan atau MOF bg mendapatkan peruntukkan tambahan agar bayaran ot dapat dilunaskan. Semoga DS terus menerajui JIM dan dianugerahkan kesihatan yg baik. Semangat dan komitmen yg ditunjukkan seharusnya dicontohi oleh kita semua. Berikanlah sokongan yg jitu terhadap segala usaha baik yg dibawa oleh KP kita. KPISM sentiasa akan bertindak sebagai rakan strategik kepada Pengurusan jabatan demi kebaikan keluarga besar JIM.

Berikut adalah siri nukilan DSKPI sempena 2 tahun menerajui JIM:-

_*Perjuangan Tanpa Noktah...*_

Hari ini genap dua tahun saya diamanahkan untuk menerajui *Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)*.

Terasa baru saja beberapa hari saya bersama sebuah keluarga besar JIM menggalas kudrat dan usaha merancang, berjuang dan berkorban demi negara tercinta.

Banyak lagi gerak kerja dengan lanskap dan tindakan *Transformasi Melestarikan Kecemerlangan* perlu diwacana.

Banyak lagi ketetapan berjuang berlandaskan *Kedaulatan dan Keselamatan Tanpa Kompromi* perlu dilaksana.

Bersama kesepaduan dan permuafakatan yang dibina demi memacu kegemilangan dan meletakkan *Imigresen Malaysia di Persada Dunia.*

Bersama menentukan Malaysia gemilang dan sentiasa dalam lembayung pemeliharaan Allah.

Bersama kita daulatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Bersama kita bergerak megah, maju dan berjaya diterajui kepimpinan berjasa.

Bersama kita serlahkan...
*Semalam adalah kenangan.*
*Hari ini adalah perjuangan.*
*Esok adalah harapan...*

Ikhlas dari:
*Haji Mustafar Haji Ali*
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia.

Tarikh:
19 Zulkaedah 1439
1 Ogos 2018

No comments:

Post a Comment