Thursday 30 August 2018

MAJLIS JASAMU DIKENANG ANJURAN JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA BAGI TAHUN 2018




Majlis ini diadakan bagi meraikan hampir 100 warga JIM yang telah dan bakal besara pada tahun ini.

Majlis dirasmikan oleh YBhg Dato' Seri Ketua Pengarah Imigresen.  Turut hadir bersama ialah YBhg Dato' TKPP, YBhg. Dato' Dato' TKPK, Pengarah2 Bahagian dan Negeri.

KPISM ingin merakamkan penghargaan kepada pegawai-pegawai yang bakal bersara dan telah bersara. Majlis pada malam ini juga merupakan manifestasi kepada penghargaan serta ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas segala khidmat bakti dan pengorbanan yang telah dicurahkan dengan penuh dedikasi sepanjang berkhidmat di JIM.

 Sesungguhnya khidmat bakti selama bertahun-tahun ini tiadalah boleh disamakan nilainya dengan hanya sebuah majlis makan malam sahaja. Namun, majlis ini merupakan pengiktirafan dan tanda peringatan kita yang masih berkhidmat lagi, kepada para pesara yang telah bersama-sama menyemai bakti menjadikan JIM sebagai jabatan yang menyumbang secara kritikal dalam memelihara kedaulatan dan keselamatan negara tanpa kompromi.

Pada kesempatan ini juga seluruh Jawatankuasa kerja KPISM, sekali lagi, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas sumbangan Tuan-tuan dan Puan-puan kepada perjuangan KPISM sehingga ke akhir perkhidmatan. Sesungguhnya sumbangan bakti inilah yang telah banyak membantu kepada kecemerlangan KPISM hari ini dan menjadi contoh kepada keluarga besar JIM yang masih berkhidmat.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

KPISM

Tuesday 21 August 2018


Assalammualaikum dan Salam Perjuangan

Seluruh barisan kepimpinan Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat khususnya warga JIM yang berada di seluruh dunia.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

KPISM.

Thursday 16 August 2018



Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.

PERBINCANGAN BAGI MENDAPATKAN KETETAPAN SECARA KONSENSUS BERKENAAN CADANGAN PENGGABUNGAN SKIM BERSEPADU DI JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA

Putrajaya , 15 Ogos 2018 – Komitmen tinggi Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) dan pengurusan tertinggi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam menjaga kebajikan warganya bukanlah sekadar memastikan aspek pembangunan modal insan dan penyediaan kemudahan terlaksana, sebaliknya ia dilengkapi dengan usaha-usaha kebajikan melalui kajian Skim Perkhidmatan demi sebuah laluan kerjaya yang bersifat holistik dan inklusif kepada semua warga JIM.

KPISM sentiasa konsisten dengan keperluan warga kerja dalam mencerminkan keprihatinan terhadap beban dan kesulitan yang ada, selain menyediakan sebuah skim Perkhidmatan yg ideal serta diangggap sebuah skim terbaik dalam memastikan pegawai mendapat kenaikan pangkat tanpa melalui halangan sukar seperti syarat bmi dan lain2.

KPISM dan JIM amat komited mencari jalan agar dapat membantu warga kerja Jabatan dalam memastikan sebuah kerjaya yg terbaik disediakan dengan menggabungkan 2 skim sedia ada kepada satu skim bersepadu. Perbincangan yg diadakan dalam suasana harmoni tadi telah menghasilkan suatu ketetapan bersama iaitu mewujudkan satu gred fleksi KP29/KP30 bagi membolehkan pegawai yg melepasi syarat diberi kenaikan pangkat ke Gred KP30 tanpa melalui proses fizikal yg rigid seperti mana berlaku semasa pengambilan KP29.

KPISM menghargai segala Inisiatif dan idea yang telah diberikan semasa perbincangan tadi. Selain itu, pengambilan Gred KP29/KP30 ini juga turut dibuka kepada pegawai JIM yg mempunyai diploma/STPM/PSL di gred KP19, KP22 dan KP26 berdasarkan syarat2 yg akan ditetapkan. Bagj pegawai yg brd di Gred KP28 tiada syarat akademik dan PSL dikenakan utk kenaikan ke KP30. KPISM optimis dengan penggabungan Skim ini ianya mampu memberi ruang dan peluang yg luas kpd warga JIM dlm memajukan kerjaya seterusnya membuktikan bahawa segala tindakan gerak kerja Jabatan ini dirasai segenap lapisan.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Dato' Seri Hj Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia. Turut hadir semasa sesi ini adalah Timbalan2 Pengarah dan pegawai2 dari Bahagian Sumber Manusia JIM. Wakil KPISM adalah Presiden Sdra. Norhisham, Bendahari Sdra Mhd Hasri dan mantan Presiden Tuan Ajeet Singh. Cadangan ini akan dihantar kepada JPA pd hari jumaat ini dan skim ini juga akan diguna pakai kepada semua Skim Penguatkuasa atau beruniform di Malaysia seperti Bomba, JPJ, Penjara dll.

KPISM bertekad akan terus menabur bakti memberikan yg terbaik kpd setiap warga JIM khususnya dlm memperjuangkan kebajikan pegawai. Semoga usaha murni ini dapat dicapai dengan jayanya.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

MEMBINA IMPIAN MEMENUHI HARAPAN!!

KPISM.

Thursday 9 August 2018


http://www.mampu.gov.my/images/agensikerajaan/perkhidmatan/KEPUTUSAN_PENARAFAN_BINTANG_INDEKS_SSR_2017_080818.pdf

Alhamdulillah 2 tahun berturut2 JIM telah mendapat pengiktirafan 5 Bintang di dalam Penilaian Audit SSR MAMPU.

Indeks Penarafan Bintang (Indeks SSR) merupakan salah satu mekanisme untuk menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berdasarkan keputusan yang diperoleh dalam Mesyuarat Panel Merakyatkan Perkhidmatan Awam (MPA) dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Ketua Setiausaha Negara pada 10 Julai 2015.

Pengukuran dibuat berdasarkan 3 objektif iaitu :-
1. Menilai dan mengukur prestasi agensi Sektor Awam berfokuskan keberhasilan, berorientasikan pelanggan dan berlandaskan aspirasi stakeholder

2. Memperkasakan elemen Transformasi dan Inovasi sebagai budaya kecemerlangan agensi; dan

3. Memberi pengiktirafan secara formal kepada agensi-agensi cemerlang.

Pengiktirafan ini merupakan satu penghargaan dan juga pengiktirafan kepada warga JIM yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang khususnya dalam memastikan sistem penyampaian perkhidmatan jabatan sentiasa mencapai standard dan kualiti yang ditetapkan. Apa yang lebih penting, adalah bagi memenuhi kehendak serta ekspektasi pihak-pihak berkepentingan, para pelanggan dan rakyat keseluruhann

Semoga JIM terus cemerlang di masa2 akan dtg. Syabas buat semua warga JIM yg menzahirkan komitmen yg tinggi demi nama baik jabatan kita.

P/s: Pengiktirafan dah dapat harap bayaran ot dan BIIM pd semua warga JIM jangan dilupakan.😉

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

KPISM.

Friday 3 August 2018



Perjuangan berterusan.

Mesyuarat Membincangkan Waktu Bekerja dan Bayaran Lebih Masa di Jabatan Imigresen Malaysia
3 Ogos 2018 (Jumaat)
9 Pagi, Bilik Mesyuarat Transformasi
Pengerusi : Pengarah Bhg Sumber (PBC) dan Pengarah Bhg Kewangan (PBB)

Turut hadir bersama. Tn Ajeet Singh Gurbax Singh, Aktivis dan Mantan Presiden KPISM.  Tn Zuraimie bin Idris, Aktivis dan Mantan PP KPISM Kedah.

Wednesday 1 August 2018


Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.

Hari ini genaplah 2 tahun YBhg Dato' Seri Hj Mustafar bin Hj Ali menerajui organisasi berjasa JIM ini sebagai Ketua Pengarah Imigresen. Sekiranya dilihat sepanjang DSKPI bersama keluarga besar JIM banyak jua kejayaan2 yg ditempa serta beliau juga telah meletakkan JIM ke arah satu dimensi transformasi kecemerlangan. Setiap hari laporan2 akhbar menceritakan siri kejayaan JIM terutama dlm melaksanakan pertanggungjawabannya. Dari segi kebajikan juga beliau tidak pernah putus2 berusaha utk memastikan kebajikan kita sentiasa terbela, antaranya beliau telah berjaya menambah jumlah perjawatan sebanyak 500 pegawai pelbagai Gred, penambahbaikan Skim Perkhidmatan JIM, Pembinaan kuarters di beberapa negeri dan depot dan penambahbaikan logistik JIM melalui pembelian kenderaan2 baharu dan senjata. Isu bayaran ot yg tertunggak, DSKPI juga tidak pernah jemu2 mengadakan rundingan dan mengutus surat kepada Kementerian kewangan atau MOF bg mendapatkan peruntukkan tambahan agar bayaran ot dapat dilunaskan. Semoga DS terus menerajui JIM dan dianugerahkan kesihatan yg baik. Semangat dan komitmen yg ditunjukkan seharusnya dicontohi oleh kita semua. Berikanlah sokongan yg jitu terhadap segala usaha baik yg dibawa oleh KP kita. KPISM sentiasa akan bertindak sebagai rakan strategik kepada Pengurusan jabatan demi kebaikan keluarga besar JIM.

Berikut adalah siri nukilan DSKPI sempena 2 tahun menerajui JIM:-

_*Perjuangan Tanpa Noktah...*_

Hari ini genap dua tahun saya diamanahkan untuk menerajui *Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)*.

Terasa baru saja beberapa hari saya bersama sebuah keluarga besar JIM menggalas kudrat dan usaha merancang, berjuang dan berkorban demi negara tercinta.

Banyak lagi gerak kerja dengan lanskap dan tindakan *Transformasi Melestarikan Kecemerlangan* perlu diwacana.

Banyak lagi ketetapan berjuang berlandaskan *Kedaulatan dan Keselamatan Tanpa Kompromi* perlu dilaksana.

Bersama kesepaduan dan permuafakatan yang dibina demi memacu kegemilangan dan meletakkan *Imigresen Malaysia di Persada Dunia.*

Bersama menentukan Malaysia gemilang dan sentiasa dalam lembayung pemeliharaan Allah.

Bersama kita daulatkan ketaatan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara.

Bersama kita bergerak megah, maju dan berjaya diterajui kepimpinan berjasa.

Bersama kita serlahkan...
*Semalam adalah kenangan.*
*Hari ini adalah perjuangan.*
*Esok adalah harapan...*

Ikhlas dari:
*Haji Mustafar Haji Ali*
Ketua Pengarah
Jabatan Imigresen Malaysia.

Tarikh:
19 Zulkaedah 1439
1 Ogos 2018