Saturday 30 April 2016

PERUTUSAN HARI PEKERJA 2016


Saudara/Saudari  pihak  pekerja warga Imigresen yang dihormati, tema sambutan Hari Pekerja tahun ini adalah Pekerja Berkemahiran Penggerak Ekonomi. Tunjang dan nadi kepada kemajuan Jabatan Imigresen Malaysia adalah warga pekerja yang kreatif, inovasi, dedikasi  dan berintegriti. Saya yakin dan percaya warga Imigresen sentiasa mempunyai semangat dan sikap positif untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang tinggi dalam menjayakan inspirasi jabatan dan negara. Tingkatkan produktiviti dan penyampaian perkhidmatan serta layanan baik demi memastikan hasrat pelanggan kita tercapai.

Sambutan Hari Pekerja adalah manifestasi penghargaan terhadap sumbangan seluruh warga pekerja terhadap kejayaan dan prestasi sesebuah organisasi . Dengan sokongon dan kerjasama semua warga Imigresen maka  Jabatan Imigresen Malaysia berjaya menawarkan 36 jenis perkhidmatan kepada warganegara Malaysia dan juga warganegara asing. Manakala Jabatan Imigresen Malaysia dengan kerjasama Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia sedang berusaha untuk menambah jenis perkhidmatan baharu imigresen serta hasil pendapatan jabatan. Nescaya semua ini tidak mampu kita lakukan tanpa kerja kuat dan sumbangan para pekerja Jabatan Imigresen Malaysia, dan Hari Pekerja merupakan hari pengiktirafan terhadap sumbangan tersebut.

Semoga hubungan baik pekerja dan majikan berkekalan demi memartabatkan sektor awam. Pekerja perlu sentiasa menyokong majikan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan serta mewujudkan kerjasama dan suasana hormat menghormati antara satu sama lain.      

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga Imigresen yang sentiasa bekerja keras dalam menjayakan visi dan misi jabatan. Kita perlu sentiasa bersatu, terus tingkatkan usaha dan komited terhadap kerja.  

Selamat Hari Pekerja kepada semua warga Imigresen. 

‘ MUAFAKAT ITU BERKAT ’
‘ BERSATU BERHARMONI BERJAYA ’  
‘ BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH ’

Ajeet Singh A/L Gurbax Singh
Presiden KPISM
30 April 2016

Wednesday 27 April 2016

Pertemuan Presiden KPISM dengan Presiden ANGKASA





Pertemuan Presiden KPISM bersama Presiden ANGKASA bagi membincangkan status ahli KPISM. Presiden ANGKASA telah menyatakan komitmen untuk menyelesaikan masalah keahlian KPISM dalam masa terdekat. Ucapan penghargaan kepada Saudara Bendahari KPISM Mohd Hasri Ishak kerana mengaturkan pertemuan ini.

Tuesday 26 April 2016

KENYATAAN RASMI KPISM 26.04.2016

Salam Perjuangan.

Pemanjangan Bayaran Insentif Penguatkuasa Kepada JIM.

YBhg. Dato Sri Sakib Bin Kusmi, KPI dalam Perhimpunan Bulanan JIM pada 26 April 2016 telah mengumumkan kelulusan JPA berkaitan permohonan pemanjangan Bayaran Insentif Penguatkuasa yang dikemukakan oleh JIM dan KPISM.

Maklumat terperinci kelulusan adalah seperti berikut;-

Bagi menghargai peranan dan tanggungjawab serta sebagai galakan kepada pegawai dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan, Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan secara dasar pemanjangan Bayaran Insentif Penguatkuasa (BIP) kepada JIM dengan kadar RM 200 sebulan kepada Penguasa Imigresen, Penolong Penguasa Imigresen dan Pegawai Imigresen, Gred 54 dan ke bawah yang menjalankan tugas penguatkuasaan sepenuh masa di lapangan dan yang bertugas di depot Imigresen.

Manakala bagi pegawai imigresen yang bertugas di bahagian/unit lain dan diarahkan menjalankan tugas penguatkuasaan di lapangan, bayaran secara pro-rata boleh diberikan mengikut bilangan hari bertugas dan tertakluk kepada bayaran maksimum 3/4 daripada kadar RM 200 sebulan.

Bagi pelaksanaan pembayaran BIP kepada pegawai yang terlibat dalam tugas penguatkuasaan bukan sepenuh masa, pihak JIM/KDN hendaklah mempunyai satu mekanisme pengesahan Standard Operating Procedure yang jelas supaya pemberian BIP dapat dilaksanakan dengan baik.

KPISM telah memperjuangkan perkara ini lebih dari 5 tahun dan akhirnya berita gembira ini telah membawa satu keceriaan kepada warga Imigresen. Semoga semua warga imigresen tekun menjalankan tugas demi negara.

KPISM ingin merakamkan penghargaan jutaan terima kasih kepada Kerajaan, YAB DS TPM@MDN, YBhg. DS KPI, Pengurusan Tertinggi JIM dan semua pihak yang telah membantu menjayakan perkara ini.

Juga tidak ketinggalan pihak CUEPACS dan JPA yang sangat prihatian dan memberi kerjasama sepenuhnya dalam merealisasikan permohonan ini.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

Ajeet Singh
Presiden KPISM
26 April 2016

Monday 4 April 2016

Pengiktirafan 5 Bintang Agensi Sektor Awam






Salam Perjuangan,

KPISM mengucapkan syabas dan tahniah kepada YBhg Dato Sri KP, Pengurusan Tertinggi dan semua warga JIM atas Pengiktirafan 5 Bintang Agensi Sektor Awam Tahun 2015-2016.

Semoga JIM sentiasa menempa kejayaan demi kejayaan. Kecemerlangan ini adalah satu hadiah buat semua warga JIM. Teruskan lagi!.

Bersatu, Berharmoni, Berjaya.

Ajeet Singh
Presiden KPISM
04 April 2016


Friday 1 April 2016

KENYATAAN RASMI KPISM 01.04.2016




Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.

Saudara / Saudari AHLI KPISM.

Adalah dimaklumkan satu Mesyuarat Khas KPISM telah diadakan pada 31 Mac 2016. Justeru itu, beberapa keputusan telah dibuat berdasarkan isu2 semasa yg melanda KPISM kebelakang ini. Antaranya adalah:-

1. Barisan Exco KPISM telah bersetuju untuk menerima perletakan Jawatan Sdra. Khairil Niza Bin Khairuddin sebagai Presiden, Sdra Mohammed Yuzaiman bin Ahmad sebagai Pengerusi KPISM Wilayah Persekutuan dan Sdra Mohd Suhardi bin Jusoh sebagai Pengerusi KPISM Negeri Pahang;

2. Exco KPISM bersetuju untuk menangguhkan permohonan keluar ahli daripada beberapa Ahli rentetan daripada isu ini. Sehingga itu Exco KPISM juga akan mengadakan pertemuan dengan ahli2 ini untuk meminta supaya keputusan keluar ahli ini dipertimbangkan semula demi perpaduan dan keSATUan sesama kita.

3. Sehubungan dengan itu, selaras peruntukan Perlembagaan dan Peraturan KPISM (Rule 12(8)), Beberapa perlantikan baharu dilakukan bagi mengisi kekosongan jawatan di dalam Exco KPISM penggal 2014/2017 sehingga Mesyuarat Agung Triennial diadakan pada tahun hadapan. Berikut adalah beberapa perlantikan baru Exco yang dibuat:-

Presiden - 
Sdra Ajeet Singh Gurbax Singh

Timb Presiden -
Sdra Norhisham Murujan

Naib Presiden -
Sdra Noor Mohamed Shaik Alaudin

Pengerusi KPISM W.Persekutuan
Sdra Balaganesh Shanmugavalayutham

Pengerusi KPISM Pahang -
-KOSONG-

Pengerusi KPISM Kedah-
-KOSONG-.
Bagi jawatan2 lain yang tidak terlibat ianya kekal seperti sedia ada.

Semoga perlantikan ini mampu meneruskan perjuangan KPISM bagi membela kebajikan ahli pada keseluruhannya. Kepada Allah kita berserah.

Sekian.

Bersatu, Berharmoni dan Berjaya

Setiausaha Agung KPISM
Sdra Mohd Fauzi Jamaluddin