Friday 5 February 2016

KPISM IKRAR BERI SOKONGAN PADU KEPADA DATO’ SAKIB BIN KUSMI KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA YANG BAHARU

KENYATAAN MEDIA

KESATUAN PERKHIDMATAN IMIGRESEN SEMENANJUNG MALAYSIA (KPISM)
TARIKH: 5 FEBRUARI 2016

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) yang mewakili 12,685 orang anggota imigresen di seluruh negara dan di atase luar negara ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhdmatan Awam (JPA) di atas perlantikan Dato’ Sakib bin Kusmi sebagai Ketua Pengarah Imigresen Malaysia yang baharu. KPISM menyokong penuh perlantikan ini memandangkan Dato’ Sakib bin Kusmi sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Kawalan) yang mempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal keselamatan dan keimigresenan. KPISM optimis dengan perlantikan ini, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal menempa pelbagai kejayaan dan mampu memenuhi aspektasi stakeholders dan rakyat di negara ini.

Selain daripada itu, KPISM ingin mengucapkan ucapan terima kasih kepada Dato’ Sri Mustafa bin Hj Ibrahim yang turut membawa pelbagai pembaharuan dan kejayaan sepanjang menerajui JIM. KPISM berikrar akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada Dato’ Sakib bin Kusmi untuk mencapai KPI dan fokus JIM yang telah digagaskan.

KPISM menyeru kepada semua ahlinya di seluruh negara agar komited dan serius menjalankan tugas dalam memastikan Jabatan Imigresen Malaysia mencapai visi dan misinya iaitu Pengurusan Perkhidmatan Imigresen Bertaraf Dunia Menjelang tahun 2020.
Kerjasama erat antara KPISM dan Pengurusan Tertinggi Jabatan Imigresen Malaysia akan terus diperkukuhkan.

KHAIRIL NIZA BIN KHAIRUDDIN
PRESIDEN, KESATUAN PERKHIDMATAN IMIGRESEN SEMENANJUNG MALAYSIA



# TAMAT #





Kenyataan media ini disiarkan oleh Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM). Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Khairil Niza bin Khairuddin, Presiden di talian 016-504 6606 atau En. Ajeet Singh A/L Gurbax Singh, Timbalan Presiden KPISM di talian : 013-723 6055.

No comments:

Post a Comment