Monday 26 October 2020

KERTAS PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA KERJA KESATUAN PERKHIDMATAN IMIGRESEN SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI PENGGAL 2021-2023

Kertas Pencalonan 

Notis Mesyuarat Agong


Assalammualaikum dan Salam Perjuangan 


PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI KPISM!!


EDARAN NOTIS MESYUARAT AGUNG KPISM TRI-TAHUNAN KE-31 BAGI PENGGAL 2021-2023

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tri-Tahunan KPISM ke-31 bagi penggal 2021-2023 akan diadakan pada 22 - 24 Januari 2021 bertempat di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, Perak tertakluk kepada sebarang perubahan susulan arahan kerajaan berkenaan PKP.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Borang Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja KPISM bg penggal 2021-2023 akan diedarkan melalui Pengerusi Perhubungan Negeri bermula pada hari ini pada 26 Oktober 2020. Kertas pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserah terus kepada Pengerusi Perhubungan Negeri atau diemel ke kesatuanimigresen@gmail.my atau dipos ke Pejabat KPISM pada atau sebelum 27 November 2020 (Jumaat).

Sehubungan dengan itu, KPISM menyeru kepada semua Ahli KPISM agar gunakanlah HAK Saudara/Saudari ini untuk memilih Jawatankuasa KPISM yg terbaik serta dapat membela untung nasib dan kebajikan semua warga JIM dalam tempoh 3 tahun mendatang ini. Bagi memastikan borang pencalonan ini sampai kepada semua AHLI, KPISM  akan memuatnaik Borang Pencalonan ini melalui laman blogspot kpism bagi membolehkan ahli memuat turun borang tersebut. Link borang akan dikongsikan kemudian.


Saudara/Saudari sekelian, Sesungguhnya KPISM adalah milik bersama dan buatlah satu keputusan yg terbaik.


Sekian utk makluman semua AHLI KPISM.


BERSATU BERHARMONI BERJAYA


#KitaJagaKita #Frontliners #WargaJIMMemilih #KPISMAspirasiBersama


KPISM.

No comments:

Post a Comment