Thursday, 15 February 2018

Ucapan Presiden Sempena Tahun Baru Cina 2018

Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan, 

Integriti Profesional Mesra 

Ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia. Pada malam Tahun Baru Cina, semua ahli keluarga akan berkumpul beramai-ramai untuk jamuan makan besar bagi mengeratkan jalinan hubungan sesama keluarga. Atas kepercayaan inilah wujudnya satu kesatuan dengan berhimpunnya ahli keluarga dan rakan taulan saban tahun. 

KPISM sejak penubuhannya pada tahun 1956 menempuh pelbagai cabaran dan dugaan. Namun semangat, sokongan serta dokongan semua ahli KPISM, kita semua mengharunginya dan pada masa yang sama memberi perkhidmatan terbaik untuk Jabatan kita. Mudah-mudahan semangat ini diteruskan demi kesinambungan yang akan diwarisi pada masa akan datang.
Alhamdulilah, kita seharusnya bersyukur dengan kejayaan yang diperolehi oleh kepimpinan yang terdahulu dan tanggungjawab kita sebagai ahli adalah untuk mempertahankannya. Cabaran akan sentiasa wujud dari semasa ke semasa. Kita sebagai ahli haruslah bersedia. 

Kesepakatan dan semangat muafakat harus kekal utuh dalam menghadapi apa jua cabaran yang akan datang. Dengan semangat inilah kita tidak boleh diganggu gugat oleh mana-mana pihak. Apa yang penting sikap tidak mudah putus asa dan perjuangan yang berterusan harus ada pada setiap ahli demi kebaikan kita bersama. 
Setiap perjuangan memerlukan pengorbanan. Itu yang semestinya. Dalam mengharunginya kita semua perlu ada semangat keyakinan, ketabahan, muafakat dan akhirnya membuahkan kejayaan. 

Dalam masa yang sama, setiap ahli perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti dan senantiasa menjaga nama baik jabatan. Jangan sesekali memberi ruang dan peluang kepada petualang mencemarkan Jabatan yang kita sayangi.



Selamat Tahun Baru Cina

Norhisham bin Murujan
Presiden KPISM 
15 Februari 2018

Friday, 9 February 2018

Isu Parking Di KLIA

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan..

SUSULAN PERTEMUAN TIGA PENJURU KPI - KPISM - MAB BERKENAAN ISU PARKING DI KLIA

Adalah dimaklumkan bahawa KPISM telah menyampaikan suara dan keluhan warga JIM di KLIA rentetan daripada cadangan pihak MAB utk menarik dan memindahkan kemudahan parkir kpd warga penjawat awam yg bertugas di KLIA. Pihak MAB juga sebelum ini bercadang hya menyediakan 30 petak parkir shj utk warga JIM di KLIA. Susulan daripada cadangan tersebut, KPISM telah melancarkan kempen bantahan melalui FB dan Tweeter Rasmi KPISM dan disahut oleh keluarga besar JIM. Selain daripada itu suara ahli turut dibawa di dalam Mesyuarat Kongres Cuepacs. Mesyuarat pada petang td KPISM sekali lg mempertahankan kemudahan yg diberi kpd pegawai awam di KLIA selama 19 tahun iaitu parkir kenderaan.
Keputusan yg bersifat win-win situation ini adalah seperti berikut:-
1. Kemudahan Parkir utk warga JIM dari 30 petak ditambah kepada 153 petak di Lot D.
2. Sebagai tambahan, 150 petak lagi akan disediakan di parkir long term yg mana petak khas utk agensi terutama JIM akan disediakan berhampiran dgn “pick up point” bg mengelakkan pegawai perlu mencari petak parkir.
3. Segala pergerakan dari parkir long term ke Terminal akan mengutamakan kemudahan dan kecepatan pergerakan mengikut kesesuaian dan permintaan warga JIM.

KPISM juga berterima kasih kepada YBhg. Dato’ Seri KP di atas sokongan perjuangan KPISM demi kebajikan keluarga besar JIM. Dikesempatan ini juga KPISM turut menyuarkan keperluan parkir agensi2 awam yg lain kemudahan yg sama dipohon bg pihak mereka. Perbincangan lanjut tentang mekanisma perlakasanaan akan dibincangkan oleh JIM KLIA dan MAHB.
Sekian utk makluman Ahli .

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

KPISM