Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,
JIM sangat proaktif dan sentiasa menjayakan program-program kerajaan berkaitan imigresen dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk program seperti Rehiring atau Penggajian Semula PATI.
JIM bersusah payah dan membuat segala usaha yang terbaik dalam menjayakan hasrat kerajaan ini.
KPISM berpendapat kenyataan YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam mengenai pengeluaran E-Kad oleh cawangan JIM, tidak kena pada tempatnya. YB TMDN perlu memahami perkara ini dengan lebih teliti sebelum sesuatu kenyataan umum dibuat di media massa yang boleh menimbulkan persepsi buruk atau ketidakyakinan masyarakat terhadap JIM. Banyak lagi saluran teratur yang ada antara KDN dan JIM untuk membincangkan sesuatu isu seperti Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KDN.
KPISM berpendapat banyak perkara lebih penting yang perlu diberi perhatian oleh KDN. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan oleh KPISM dan juga boleh dibawa kepada perhatian media, antaranya penglibatan pihak ketiga seperti Vendor dalam Program Rehiring. Kenapa perlu ada campurtangan swasta yang mengaut keuntungan dalam urusan kerajaan? JIM mampu dan telah terbukti sebelum ini untuk mengendalikan program pemutihan dan 6P yang jelas lebih berkesan dan terbukti kejayaannya tanpa campurtangan pihak vendor.
Segala usaha telah dibuat oleh Pengurusan Tertinggi JIM dalam memartabatkan dan meningkatkan imej JIM. Oleh itu pihak KDN atau mana-mana pihak perlu lebih peka sebelum membuat sesuatu kenyataan umum di media massa berkaitan JIM.
*BERSATU BERHARMONI BERJAYA*
Ajeet Singh
Presiden KPISM
11 April 2017
No comments:
Post a Comment