Wednesday, 1 November 2017

Tuesday, 11 April 2017

Kenyataan YB TMDN mengenai pengeluaran E-Kad oleh cawangan JIM

Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,

JIM sangat proaktif dan sentiasa menjayakan program-program kerajaan berkaitan imigresen dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk program seperti Rehiring atau Penggajian Semula PATI.

JIM bersusah payah dan membuat segala usaha yang terbaik dalam menjayakan hasrat kerajaan ini.

KPISM berpendapat kenyataan YB Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri semalam mengenai pengeluaran E-Kad oleh cawangan JIM, tidak kena pada tempatnya. YB TMDN perlu memahami perkara ini dengan lebih teliti sebelum sesuatu kenyataan umum dibuat di media massa yang boleh menimbulkan persepsi buruk atau ketidakyakinan masyarakat terhadap JIM. Banyak lagi saluran teratur yang ada antara KDN dan JIM untuk membincangkan sesuatu isu seperti Mesyuarat Pengurusan Tertinggi KDN.



KPISM berpendapat banyak perkara lebih penting yang perlu diberi perhatian oleh KDN. Banyak persoalan yang boleh ditimbulkan oleh KPISM dan juga boleh dibawa kepada perhatian media, antaranya penglibatan pihak ketiga seperti Vendor dalam Program Rehiring. Kenapa perlu ada campurtangan swasta yang mengaut keuntungan dalam urusan kerajaan? JIM mampu dan telah terbukti sebelum ini untuk mengendalikan program pemutihan dan 6P yang jelas lebih berkesan dan terbukti kejayaannya tanpa campurtangan pihak vendor.

Segala usaha telah dibuat oleh Pengurusan Tertinggi JIM dalam memartabatkan dan meningkatkan imej JIM. Oleh itu pihak KDN atau mana-mana pihak perlu lebih peka sebelum membuat sesuatu kenyataan umum di media massa berkaitan JIM.

*BERSATU BERHARMONI BERJAYA*

Ajeet Singh
Presiden KPISM
11 April 2017

Thursday, 30 March 2017

PROGRAM DIALOG WARGA JIM PERAK BERSAMA DS KETUA PENGARAH IMIGRESEN MALAYSIA DENGAN ANJURAN BERSAMA JIM PERAK DAN KPISM

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan

Adalah dimaklumkan bahawa pada hari 30 Mac 2017, telah berlangsung sesi dialog Dato' Sri Ketua Pengarah Imigresen bersama warga JIM Perak.

Sesi dialog ini juga menyaksikan siri ucapan YBrs Tuan PIN Perak, Presiden KPISM dan DS KPI. Antara intipati ucapan yg dikogsi adalah berkenaan kesiapsiagaan, budaya kerja Intergriti dan semangat espirit de corp di kalangan warga JIM.







Melalui sesi dialog ini juga pelbagai soalan dan cadangan telah dibangkitkan oleh warga JIM Perak terutama berkaitan, SKT, PSL, Pertukaran, Perjawatan dan Penambahan Pejabat Penguatkuasa di setiap Daerah.

KPISM menzahirkan jutaan terima kasih kepada JIM Perak khususnya semua warga dan pengurusan JIM Perak di atas kerjasama dan sokongan yg diberi dlm menjayakan sesi dialog ini. KPISM akan sentiasa follow up setiap cadangan dan keputusan yg dibuat tadi.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

KPISM.

Sunday, 26 March 2017

KPISM DAN PBKIM BERPISAH TIADA

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan Adalah dimaklumkan KPISM telah menghadiri Majlis Malam Mesra Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia (PBKIM) bg Ulangtahun ke-10 penubuhannya yg diadakan di Ipoh Perak. Majlis yg dirasmikan oleh YBhg. Dato' Sri Ketua Pengarah Imigresen Malaysia ini disambut dengan penuh meriah dan bermakna. Majlis ini turut menyaksikan pelancaran kad keahlian PBKIM dan penyampaian cek sumbangan Tabung Guaman bg membantu dua org pegawai imigresen di JIM Perlis oleh PBKIM kepada Presiden KPISM sambil disaksikan oleh YBhg Dato' Sri KP. Jumlah sumbangan yg diserahkan adalah berjumlah RM10,000.00.
KPISM mewakil seluruh ahlinya mengucapkan jutaan terima kasih kepada PBKIM khususnya Barisan Exconya di bawah kepimpinan Sdra Gurungjohan Johanche selaku Presiden di atas sumbangan dan jemputan ke majlis yg penuh gemilang ini. Semoga Allah shj yg dapat membalas jasa baik tuan/puan sekalian. Turut hadir di Majlis ini adalah YBhg. Dato' TKP(P) dan Mantan2 Ketua Pengarah Imigresen iaitu Dato' Jamal Kamdi dan Dato' Khalil. Sekian utk makluman AHLI KPISM.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

 KPISM.

Monday, 16 January 2017

Kenyataan Presiden KPISM 16.01.2017

Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,

Majlis Kerjasama Rakan Straregik KPISM dan JIM Gandingan Hebat.

Saya dan seluruh barisan Exco KPISM mengucapkan jutaan terima kasih pada semua warga imigresen terutamanya yang hadir ke majlis pagi tadi. Kehadiran adalah amat-amat memberangsangkan dan diluar jangkaan.

Sememangnya kehadiran anda telah memberi satu semangat kepada kami di KPISM dan tanpa sokongan anda siapalah kami ini.




Ini kami tahu adalah tidak mustahil kerana semangat dan solidariti yang dipamirkan selama ini oleh keluarga besar imigresen yang sentiasa bersama kami dalam apa jua keadaan.

Teruskan dan terus berjuang bersama kami.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA









Ajeet Singh
Presiden KPISM
16 Januari 2017

Friday, 13 January 2017

Kenyataan Presiden KPISM 13.01.2017

Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) mengucapkan syabas kepada Dato Abdul Halim Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan atas Lawatan Kebajikan ke atas Tuan Abu Bakar Sidek, TPIN Melaka.



Lawatan seperti ini menzahirkan komitmen Pengurusan Tertinggi JIM dan ianya merupakan satu penghargaan atas sumbangan warga Imigresen.

Laungan bahawa warga Imigresen adalah aset jabatan dan juga adalah keluargaku, dapat direalisasikan dengan Kerjasama Rakan Straregik antara KPISM dan JIM. Syabas saya ucapkan pada Pengurusan Tertinggi JIM.


Ajeet Singh
Presiden KPISM
13 Januari 2016.