Wednesday 21 December 2016

KEPUTUSAN UNDI PEMILIHAN JAWATANKUASA CUEPACS 2016-2019

Assalammualaikum dan Salam Perjuangan.

Adalah dimaklumkan bahawa Keputusan Pegawai Tertinggi dan Majlis Tertinggi Cuepacs telah diumumkan tepat pada jam 11.00 pagi tadi.

Saudara Presiden Tuan Ajeet Singh Gurbax Singh telah tewas dengan Kesatuan Bomba iaitu saudara Mohd Shafie bin Hj Abdul Rauf. Keputusan yg diperolehi adalah

En. Ajeet Singh (KPISM) : 456 undi
En Shafie (Kes Bomba) : 712 undi.

Bagi jawatan Kepimpinan Tertinggi Cuepacs masih dipimpin oleh YBhg. Dato' Azih bin Muda. Berikut adalah adalah barisan kepimpinan Cuepacs bagi penggal 2016-2019 :-

Presiden : YBhg. Datuk Azih bin Muda
Timb Presiden 1 : Tn Hj Shaman bin Jaes
Timb Presiden 2 : Tn Hj Zainal
SUA : Tn Hj Adnan
Timb SUA : En Abdul Rahman, En Zainal dan Harry (NUTP)
SU Kewangan: En. Jaafar
Timb SU Kew : Razali bin Singah.

KPISM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga JIM khususnya AHLI KPISM yang terus menerus memberi sokongan kepada kepimpinan KPISM. Semoga usaha ini akan terus diperjuangkan oleh kepimpinan bagi penggal yang akan datang. InshaAllah.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

SUA KPISM




Thursday 1 December 2016

Ucapan Presiden KPISM Sempena Hari Imigresen 2016

Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan,

Integriti Profesional Mesra Saya ucapkan Selamat Hari Imigresen kepada setiap insan mulia yang berkhidmat di Jabatan Imigresen Malaysia.

Ketahuilah bahawa anda merupakan aset bernilai dan sumbangan anda sangat bermakna dan dihargai oleh KPISM. JIM dari saban hari saban tahun menempuh berbagai cabaran dan dugaan. Namun semangat anda sangat kental untuk terus berjuang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan kita. Saya kagum dengan semangat Anda. Syabas dan teruskan.

Ketahuilah warga Imigresen..... Kita sebagai Barisan utama negara mempunyai tanggungjawab untuk menegakan keadilan dan mempertahankan kedaulatan negara dari diceroboh. Malaysia adalah Tanah Tumpah Darah Ku.

Perkhidmatan dan tugas kita di JIM adalah satu Perjuangan. Dibawah rahmat Maha Yang Esa, kita melangkah seiringan satu Perjuangan. Sememangnya semangat #keSamaan #keMuafakatan #keSatuan antara kita kekal dan kukuh untuk kita menghadapi apa jua dugaan.

Ketahuilah keukuhan ini tidak mungkin digugat oleh mana-mana pihak. Nescaya kita akan terus mara dalam tuntutan untuk memartabatkan jabatan yang disayangi. Rintangan pasti melanda, penuh onak dan duri. Sabar mengatasi, tunduk mentaati dan redha dengan ujian. Tapi teruskan Perjuangan hingga ke akhirnya, jangan undur walaupun selangkah. Hidup memerlukan pengorbanan.

Pengorbanan memerlukan Perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan memerlukan kejayaan.

Kejayaan memerlukan Anda. Anda Penentu. Anda Penentu. Oleh itu... Bangkitlah wahai warga Imigresen..... Anda Penentu.

Inilah Barisan Kita

Selamat Hari Imigresen












Ajeet Singh
Presiden KPISM

01 Disember 2016