Thursday, 26 May 2016

Presiden KPISM sebagai Penolong Setiausaha MBK 2016-2018



Tahniah Saudara Presiden KPISM telah dipilih sebagai Penolong Setiausaha Majlis Bersama Kebangsaan mewakili Gred Klasifikasi Keselamatan, Pertahanan Awam dan Perundangan bagi Sesi 2016 - 2018. Majlis Bersama Kebangsaan (National Joint Council) adalah merupakan salah satu forum yang diwujudkan dalam jentera perhubungan majikan-pekerja. Pengwujudan MBK ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992 di mana ia memainkan peranan sebagai forum bagi Pihak Pegawai dan Pihak Pekerja berunding atau membincangkan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan, termasuk gaji, elaun, kemudahan dan kesejahteraan pekerja-pekerja. MBK juga memainkan peranan mewujudkan kerjasama yang erat di antara kedua-dua belah pihak ke arah meningkatkan kualiti dan prestasi Perkhidmatan Awam.

Tuesday, 10 May 2016

Kenyataan Rasmi KPISM 10.05.2016

Salam Perjuangan dan Salam Sehati Sejiwa.
Saudara dan saudari yg dihormati. Dalam minggu ini kita semua dikejutkan dgn isu mengenai 2 pegawai JIM telah ditahan krn disyaki terlibat dengan Sindiket Penyeludupan Warga Sri Lanka ke Negara ketiga melalui KLIA. Justeru itu, 2 pegawai ini ditahan untuk membantu siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan ATIPSOM. KPISM sekali lagi ingin menasihati semua AHLI agar lakukanlah tugas kita dengan profesional dan telus agar nama baik JIM khususnya Skim KP sentiasa terpelihara. KPISM mengikuti perkembangan isu ini dari semasa ke semasa serta memastikan prinsip hak dan keadilan berlaku semasa prosedur siasatan dijalankan ke atas dua pegawai ini. KPISM sangat komited dalam membantu pihak Jabatan Imigresen Malaysia dan pucuk kepimpinan tertinggi Imigresen bagi membanteras salah laku dan aktiviti yang tidak berintegriti. Jika terbukti dan diputuskan oleh Mahkamah mana-mana pegawai imigresen bersalah, KPISM tidak akan berkompromi dan melindungi pegawai ini daripada dikenakan hukuman yang selayaknya. KPISM juga sentiasa berkerjasama dengan semua pihak dalam menjaga dan memastikan pegawai-pegawai imigresen sentiasa berintegriti dan menjalankan tugas dengan penuh amanah dan tanggungjawab demi imej dan nama baik Jabatan Imigresen Malaysia.

BERSATU, BERHARMONI DAN BERJAYA

Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia.
Putrajaya