Ucaptama Y.Bhg Dato' Sri Ketua Pengarah Sempena tahun 2016
Ucapan selamat datang dan syukur.
1. Ucapan tahniah kepada semua pegawai diatas komitmen dan kecemerlangan pada tahun 2015.
1.1 Hasil daripada pemerhatian tahun 2015 terhadap semua cabaran dan inovasi
yang kreatif bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
1.2 Kritikan dan tohmahan daripada media sosial adalah cabaran untuk Jabatan.
1.3 Tahniah kepada TKPK dan TKPP diatas penganugerahan Dato.
1.1.1 Y.Bhg Dato' berharap tahun ini lebih ramai pegawai menerima
pengiktirafan dan penganugerahan di negeri dan dapat meningkatkan imej
Jabatan.
1.1.2 Tahniah diatas kenaikan pangkat semua pegawai .
1.1.3 Y.Bhg Dato Sri memaklumkan Jabatan telah mengemukakan kenaikan
pangkat ke gred KP52 gred KP ke JPA tetapi masih belum mendapat jawapan daripada
JPA.
1.1.4 Kerjasama gred PTD dan KP untuk menaikkan imej Jabatan.
2. Selamat berpencen kepada semua pesara terima kasih diatas sumbangan yang diberikan kepada Jabatan.
3.Kebajikan pegawai gred KP.
Y.Bhg Dato' Seri berjanji akan menjaga kebajikan gred KP. Kerjasama
Persatuan Pegawai Kanan dan juga KPSIM perlu proaktif dalam bersuara dan
ingatan KP jangan mencampuri urusan pentadbiran JIM. Segala permasalahan
minta terus berurusan dengan peringkat pengurusan tertinggi.
4.Y.Bhg
Dato Seri menyatakan sikap keterbukaan beliau tanpa memilih gred dan
peringkat dalam memberikan kenaikan pangkat para pegawai. Kenaikan pangkat
pegawai adalah hasil laporan Ketua Jabatan.
5.Makluman Y.Bhg
Dato' Sri KP bahawa markah untuk lulus peperiksaan adalah 50%. Semua pegawai
diminta menyahut cabaran bagi menaikkan peratusan peperiksaan. Satu kaedah
akan dikaji untuk memudahkan pegawai. Hasrat KP agar tahun 2016 Jabatan JIM
ceria meriah dan gembira selaras dengan TPM human faces dan human bases.
6.Tahniah kepada semua pegawai yang telah berjaya memudahkan urusan rakyat.
7.YBhg Dato Sri berharap tahun 2016 agar semua pegawai dianugerahkan kesihatan yang baik oleh Allah S.w.t.
8.Pelaksanaan sistem online yang mendapat tentangan agensi dan orang
perseorangan. KP memaklumkan pembaharuan ini adalah satu sistem
perkhidmatan yang memudahkan rakyat.
9. Peletakan penjawatan pegawai yang bertugas di Bhgn. J dan VPP untuk bantuan ke Unit yang lebih memerlukan.
10.Pertukaran dalam Jabatan adalah perkara biasa dalam Jabatan.KP
memaklumkan setiap pertukaran adalah dilakukan atas sebab demi menjaga pegawai itu
sendiri.
11. Melihat kembali Ucaptama TPM pada Hari Imigresen agar
menumpukan lebih kepada penguatkuasaan Pati dan agen. KPI ini perlu
diteruskan sebagai aktiviti tahunan,tangkapan haruslah digandakan dan diberi
perhatian sewajarnya. KP minta Dato' TKPK agar melihat kembali SOP
Jabatan bersesuaian keadaan semasa dan juga agar tiada penindasan
terhadap pati.
12. KP juga menyarankan agar semua pegawai kaunter
sentiasa menggunakan human face dlm menjalankan tugas agar tidak
diviralkan dalam media sosial oleh pelanggan.
13. KP sering mngungkapkan nation protecting.
NATION PROTECTING GOVERMENT OF THE DAY
KP menyarankan agar semua pegawai sentiasa mendokong menyokong dasar kerajaan.
14.Human protecting
Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan rakyat dalam ertikata memudah carakan semua urusan.
15.Protecting our Foreigner
Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh berhemah human bases.Jangan berkasar dalam menjalankan tugas.
16.Akhir sekali Protecting our officer and staff
Y.Bhg Dato Sri menyatakan bahawa pengurusan tertinggi sentiasa menjaga
kebajikan semua pegawai. Lembaga tatertib telah melapor ramai pegawai
akan dibuang kerja. Walaubagaimanapun Pengurusan tertinggi sentiasa
mengkaji semula setiap kes.dan telah menyelamatkan
Ramai pegawai drpd diambil
Tindakan.
17. Aduan pegawai
Mohon semua PIN dan Pengarah agar mengkaji setiap aduan terhadap pegawai jangan terus melatah dan menghantar aduan terus kpd PBI tanpa meneliti setiap
aduan.
KPI
1.Aduan diselesaikan dlm 3 hari bekerja
2.Mensasarkan 50% urusan visa pas kepada 5 hari bekerja
3.Mensasarkan 100% urusan pasport menggunakan sistem online
4. Fokus Penglibatan semua pegawai dalam kursus integriti
15. KP berhasrat agar tahun ini semua pegawai sentiasa berada dlm kesiapsiagaan dan berada dalam tahap terbaik pada tahun 2016.
AKHIRKATA KP BERHASRAT AGAR TAHUN INI SEMUA PEGAWAI SAMADA GRED
PTD,PERSATUAN PEGAWAI KANAN DAN KPISM SENTIASA BERADA DITAHAP TERBAIK.
HARAPAN KP AGAR SEMUA PEGAWAI AGAR BERSAMA-SAMA DENGAN BELIAU DALAM
MENAIKKAN IMEJ JABATAN. SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS
DI TAHUN 2016.
No comments:
Post a Comment