Sunday 31 January 2016

Fungsi Kesatuan Sekerja

Kuasa pekerja yang dikumpulkan daripada individu memberi manfaat kepada setiap ahli dalam perundangan ekonomi, perundangan kerja, perubahan sosial dan kepuasan diri. Kesatuan memberi balik tanggungjawab yang diamanahkan oleh individu dengan harapan setiap ahli mendapat apa yang dikehendaki. Kenapa pula pekerja ingin menyertai tiga tujuan utama pekerja ingin melibatkan diri dalam kesatuan pekerja iaitu:
 1. untuk membaiki keadaan ekonomi mereka
2. untuk menentukan hak mereka dilindungi
3. atas sebab-sebab sosial Motif ekonomi Ekonomi sentiasa menjadi dorongan di mana sahaja.
Keadaan hidup yang lebih baik menjadi pilihan pekerja dan cara untuk mendapatkan apa yang diingini ialah dengan menyertai kesatuan sekerja yang ditubuhkan. Melalui kesatuan, mereka dapat memperbaiki syarat-syarat perkhidmatan pekerjaan yang lebih baik dan memuaskan. Contohnya tuntutan kenaikan gaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) awal tahun yang lalu telah menyebabkan kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji baru kepada kakitangan kerajaan seluruh negara.

Meningkatkan kekuatan perundingan pekerja di mana pekerja mempunyai kuasa apabila bergabung dan kuasa untuk berunding dengan majikan berkaitan syarat-syarat pekerjaan yang lebih baik. Mendapatkan faedah yang ditawarkan oleh majikan sepertimana MTUC yang menyediakan pendidikan kesatuan dan latihan, NUEB menyediakan perlindungan insuran, NUPW memberi biasiswa kepada anak-anak ahli dan NUPCIW menyediakan pampasan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia, banjir, kebakaran atau mala petaka yang lain. Motif sosial Hidup berkumpulan menjadikan setiap individu merasa diri mereka mendapat sokongan dan bantuan. Justeru, dalam kesatuan ini mereka juga mempunyai motif sosial iaitu:
a) Keperluan untuk dipunyai dalam kumpulan (teori hirarki keperluan) Dalam kumpulan, hubungan yang rapat, minat dan keperluan sosial yang sama memberi semangat kepada pekerja untuk membina faedah yang lebih banyak seperti polisi insuran, pusat jagaan dan lain-lain faedah. Contohnya MTUC menyediakan faedah yang diberikan merupakan keperluan sosial yang diperlukan oleh pekerja.
b) Pengaruh rakan sejawat Perlu beberapa ahli untuk mendapatkan pengiktirafan supaya dapat mendorong pekerja lain menyertai kesatuan bagi menyokong aktiviti rakan sejawat.
c) Memperlihatkan daya kepimpinan Memberi peluang kepada pekerja mengamalkan sifat-sifat kepimpinan dalam hirarki kesatuan. Seterusnya dapat membantu rakan sejawat untuk membaiki syarat-syarat dan keadaan pekerjaan.

Perlindungan hak a) Diskriminasi, eksploitasi dan layanan yang tidak adil di tempat kerja Contohnya kes yang berlaku di Sea Firebricks di mana pembayaran gaji yang berlainan berdasarkan gender untuk jumlah kerja yang sama, Di sini jelas terdapat layanan yang tidak adil berdasarkan gender pekerjanya. b) Jaminan kerja – dari pembuangan atau pemecatan yang tidak adil Menyertai kesatuan agar dapat melindungi pekerja dari segi jaminan kerja melalui kontrak kesatuan yang mengandungi peraturan-peraturan tegas berkenaan jaminan pekerja.

Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja telah dijelaskan oleh Farnham dan Pimplott (1995) sebagai: i) Pertukaran struktur di dalam corak pekerjaan kebangsaan (structural changes in the pattern of national employment) ii) Pertumbuhan dan penurunan di dalam ekonomi nasional (growth and decline in the national economy) iii) Politik, perundangan dan persekitaran sosial perusahaan perindustrian (political, legal and social climate of industrial relations) iv) Imej kesatuan, tarikan dan pemimpin(trade union image, appeal and leadership) Kenapa majikan menghalang penubuhan kesatuan?

Walaupun kesatuan sekerja memberi banyak faedah kepada pekerja, ianya tidak membawa manfaat yang besar kepada majikan kerana meningkatkan kos tenaga buruh, pekerja yang tidak cekap diberikan perlindungan dan mengganggu perkhidmatan awam. Contohnya syarikat makanan segera, McDonalds. R. Queenland (eksekutif dan pengurus) menyatakan bahawa implikasi pertama berurusan dengan kesatuan sekerja ialah peningkatan kos gaji dan lain-lain faedah sampingan. Justeru ini membebankan majikan untuk jangka masa panjang. Tindak balas majikan terhadap kesatuan Kesatuan sekerja dilihat daripada perspektif positif dan negatif oleh majikan. Biasanya, kekuatan kesatuan sekerja ialah berjaya dalam konflik yang dibuat secara terbuka dengan majikan seperti yang berlaku di Perancis iaitu mogok pekerja kereta api. Selagi permintaan mereka tidak ditunaikan oleh majikan, mogok akan diteruskan. Apabila kerajaan bersetuju dengan beberapa tuntutan kesatuan, para pekerja kembali bekerja dan perkhidmatan pengangkutan awam kereta api pulih seperti sedia kala.

Pertelingkahan secara terbuka tetapi terkawal dapat mengurangkan tempoh konflik kerana kedua-dua pihak, pekerja dan majikan dapat mengawal keadaan. Apabila Cuepacs memohon bonus diberikan kepada kakitangan kerajaan tetapi tidak dapat, Cuepacs masih cuba mencari penyelesaiannya. Permintaan kesatuan sekerja bagi sesuatu isu kadang kala diterima dengan senang hati. Apabila majikan mendapati prestasi organisasi sangat memberangsangkan, mereka memikirkan bentuk penghargaan yang boleh diberikan kepada pekerja. Biasanya kesatuan sekerja memohon kenaikan gaji, bonus atau kebajikan pekerja yang lebih baik. Jika permintaan berpatutan, majikan akan tunaikannya dengan mudah.

Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara kesatuan sekerja dan majikan. Kerjasama ini pasti membantu pekerja dan majikan meningkatkan kualiti dan produktiviti masing-masing. Kedua-dua pihak mendapat manfaat yang berkekalan. Cara majikan menghalang kesatuan Di sesetengah negara, majikan akan mencari jalan menghalang kesatuan sekerja bertindak kerana imej yang dibawa kesatuan sekerja membawa trauma kepada majikan. Keadaan ini amat mencemaskan jika kesatuan sekerja merancang mengadakan demonstrasi atau mogok. Ini kerana satu sebab: mencemarkan imej majikan seterusnya menjejaskan produktiviti organisasi. Jadi, bagi mengelakkan kesatuan sekerja "naik kepala" dengan membuat tuntutan yang melampau, ada beberapa cara yang digunakan oleh majikan seperti: -bayar gaji dan faedah lebih baik -libatkan pekerja dalam pembuatan keputusan, laksana polisi sistem terbuka secara efektif -tawarkan latihan, pembangunan dan jaminan tempoh jawatan -mengembangkan perasaan percaya dan setia dalam organisasi dengan cara pihak pengurusan mendapatkan maklum balas terhadap ketidakpuasan pekerja terhadap organisasi. Contohnya kilang-kilang elektronik di Malaysia. Majikan berjaya mengelakkan pekerjanya mempunyai kesatuan selama 15 tahun.

Langkah yang diambil oleh mereka ialah: -bayaran gaji berpatutan -khidmat nasihat kepada pekerja yang bermasalah -keadaan tempat kerja yang selamat -menjaga kebajikan pekerja seperti sambutan hari lahir -tempat makanan yang bersih dan berhawa dingin -sediakan pengangkutan percuma pergi dan balik Kesimpulan Di bawah Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan Malaysia menggalakkan kegiatan kesatuan sekerja dalaman. Ini kerana ia amat praktikal kerana golongan pekerja dan majikan dapat membuat sesuatu keputusan dengan segera demi meningkatkan produktiviti syarikat. Elemen-elemen baru hubungan industri seperti kerja dalam pasukan, penglibatan pekerja, perkongsian keuntungan akan menjadi perhatian utama kesatuan sekerja dan majikan pada masa depan.

Thursday 28 January 2016

Perhimpunan Penguatkuasaan Sektor Awam

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Tempat : CIDB Convention Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jln Chan Sow Lin






Thursday 21 January 2016

Seminar Kepimpinan Baru CUEPACS

Seminar Kepimpinan Baru CUEPACS
18 hingga 20 Januari 2016
Kuala Lumpur International Hotel

Seramai 3 orang wakil KPISM telah hadir sebagai peserta seminar, Pengerusi Perhubungan Negeri Sembilan (Md Husnul Hadi), Setiausaha Kerja (Balaganesh) dan Penolong Setiausaha Agung (Mohd Zaide).
Seminar 3 hari ini mempunyai 5 Slot Ceramah dan diakhiri dengan pembentangan Halatuju Kesatuan Sekerja.
Antara yang menyampaikan ceramah adalah Presiden CUEPACS, YBhg Datuk Azih bin Muda, Setiausaha Agung CUEPACS, YBhg Datuk Lok Yim Pheng, Timbalan Setiausaha Agung I CUEPACS, Encik Adnan bin Mat dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstremis Sosial PDRM Bukit Aman, YBhg Dato' Awaludin bin Jadid.





Thursday 14 January 2016

Melawat Pegawai Imigresen yang mengalami kemalangan jalanraya

Saudara Wan Hazman, Pengerusi Perhubungan KPISM Selangor yang bertugas di KLIA. Beliau mengalami kemalangan jalan raya sewaktu pulang ke kampung halaman, Kelantan.

Wednesday 13 January 2016

Melawat Pegawai Kanan Imigresen yang menghidapi kanser

Tuan Haji Zolkifli Bin Ibrahim yang bertugas di JIM Negeri Perlis. Beliau kini sedang menghidapi penyakit kanser.

Monday 11 January 2016

Majlis Amanat Ketua Pengarah Imigresen Sempena Tahun 2016 Jabatan Imigresen Malaysia

Ucaptama Y.Bhg Dato' Sri Ketua Pengarah Sempena tahun 2016
Ucapan selamat datang dan syukur.
1. Ucapan tahniah kepada semua pegawai diatas komitmen dan kecemerlangan pada tahun 2015.
1.1 Hasil daripada pemerhatian tahun 2015 terhadap semua cabaran dan inovasi yang kreatif bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.
1.2 Kritikan dan tohmahan daripada media sosial adalah cabaran untuk Jabatan.
1.3 Tahniah kepada TKPK dan TKPP diatas penganugerahan Dato.
1.1.1 Y.Bhg Dato' berharap tahun ini lebih ramai pegawai menerima pengiktirafan dan penganugerahan di negeri dan dapat meningkatkan imej Jabatan.
1.1.2 Tahniah diatas kenaikan pangkat semua pegawai .
1.1.3 Y.Bhg Dato Sri memaklumkan Jabatan telah mengemukakan kenaikan pangkat ke gred KP52 gred KP ke JPA tetapi masih belum mendapat jawapan daripada JPA.
1.1.4 Kerjasama gred PTD dan KP untuk menaikkan imej Jabatan.
2. Selamat berpencen kepada semua pesara terima kasih diatas sumbangan yang diberikan kepada Jabatan.
3.Kebajikan pegawai gred KP.
Y.Bhg Dato' Seri berjanji akan menjaga kebajikan gred KP. Kerjasama Persatuan Pegawai Kanan dan juga KPSIM perlu proaktif dalam bersuara dan ingatan KP jangan mencampuri urusan pentadbiran JIM. Segala permasalahan minta terus berurusan dengan peringkat pengurusan tertinggi.
4.Y.Bhg Dato Seri menyatakan sikap keterbukaan beliau tanpa memilih gred dan peringkat dalam memberikan kenaikan pangkat para pegawai. Kenaikan pangkat pegawai adalah hasil laporan Ketua Jabatan.
5.Makluman Y.Bhg Dato' Sri KP bahawa markah untuk lulus peperiksaan adalah 50%. Semua pegawai diminta menyahut cabaran bagi menaikkan peratusan peperiksaan. Satu kaedah akan dikaji untuk memudahkan pegawai. Hasrat KP agar tahun 2016 Jabatan JIM ceria meriah dan gembira selaras dengan TPM human faces dan human bases.
6.Tahniah kepada semua pegawai yang telah berjaya memudahkan urusan rakyat.
7.YBhg Dato Sri berharap tahun 2016 agar semua pegawai dianugerahkan kesihatan yang baik oleh Allah S.w.t.
8.Pelaksanaan sistem online yang mendapat tentangan agensi dan orang perseorangan. KP memaklumkan pembaharuan ini adalah satu sistem perkhidmatan yang memudahkan rakyat.
9. Peletakan penjawatan pegawai yang bertugas di Bhgn. J dan VPP untuk bantuan ke Unit yang lebih memerlukan.
10.Pertukaran dalam Jabatan adalah perkara biasa dalam Jabatan.KP memaklumkan setiap pertukaran adalah dilakukan atas sebab demi menjaga pegawai itu sendiri.
11. Melihat kembali Ucaptama TPM pada Hari Imigresen agar menumpukan lebih kepada penguatkuasaan Pati dan agen. KPI ini perlu diteruskan sebagai aktiviti tahunan,tangkapan haruslah digandakan dan diberi perhatian sewajarnya. KP minta Dato' TKPK agar melihat kembali SOP Jabatan bersesuaian keadaan semasa dan juga agar tiada penindasan terhadap pati.
12. KP juga menyarankan agar semua pegawai kaunter sentiasa menggunakan human face dlm menjalankan tugas agar tidak diviralkan dalam media sosial oleh pelanggan.
13. KP sering mngungkapkan nation protecting.
NATION PROTECTING GOVERMENT OF THE DAY
KP menyarankan agar semua pegawai sentiasa mendokong menyokong dasar kerajaan.
14.Human protecting
Memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan rakyat dalam ertikata memudah carakan semua urusan.
15.Protecting our Foreigner
Sentiasa menjalankan tugas dengan penuh berhemah human bases.Jangan berkasar dalam menjalankan tugas.
16.Akhir sekali Protecting our officer and staff
Y.Bhg Dato Sri menyatakan bahawa pengurusan tertinggi sentiasa menjaga kebajikan semua pegawai. Lembaga tatertib telah melapor ramai pegawai akan dibuang kerja. Walaubagaimanapun Pengurusan tertinggi sentiasa mengkaji semula setiap kes.dan telah menyelamatkan
Ramai pegawai drpd diambil
Tindakan.
17. Aduan pegawai
Mohon semua PIN dan Pengarah agar mengkaji setiap aduan terhadap pegawai jangan terus melatah dan menghantar aduan terus kpd PBI tanpa meneliti setiap aduan.
KPI
1.Aduan diselesaikan dlm 3 hari bekerja
2.Mensasarkan 50% urusan visa pas kepada 5 hari bekerja
3.Mensasarkan 100% urusan pasport menggunakan sistem online
4. Fokus Penglibatan semua pegawai dalam kursus integriti
15. KP berhasrat agar tahun ini semua pegawai sentiasa berada dlm kesiapsiagaan dan berada dalam tahap terbaik pada tahun 2016.
AKHIRKATA KP BERHASRAT AGAR TAHUN INI SEMUA PEGAWAI SAMADA GRED PTD,PERSATUAN PEGAWAI KANAN DAN KPISM SENTIASA BERADA DITAHAP TERBAIK.
HARAPAN KP AGAR SEMUA PEGAWAI AGAR BERSAMA-SAMA DENGAN BELIAU DALAM MENAIKKAN IMEJ JABATAN. SELAMAT TAHUN BARU DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS DI TAHUN 2016.

Saturday 9 January 2016