Monday 2 February 2015

Salam Perjuangan

Mendepani cabaran-cabaran getir globalisasi, tugas KPISM bukanlah sesuatu yang mudah. Perubahan-perubahan drastik yang sedang berlaku di peringkat antarabangsa mahu pun tempatan adakalanya amat sukar untuk diramal dan ditangani.

Menyelak semula tirai tahun 2014, kisah kejayaan yang dilakari oleh kita semua telah mewarnai potret kegemilangan KPISM. Antaranya ialah,
Memperjuangkan penambahan perjawatan skim P&P dari Gred KP di Jabatan Imigresen Malaysia. Pada tahun 2014 Jabatan Imigresen Malaysia telah diluluskan perjawatan sebanyak 14,388 perjawatan oleh pihak JPA. Hal ini dapat kita saksikan apabila terdapat beberapa pegawai dari Gred KP27,32 dan 38 di naikkan pangkat ke Gred KP42. Selain itu beberapa pegawai yang berada di Gred KP42 dan KP44 turut dinaikkan ke Gred KP44 dan KP48. Kejayaan ini merupakan hasil perjuangan KPISM hampir 30 tahun lamanya tanpa jemu dalam memastikan kebajikan dan laluan kerjaya pegawai dari skim KP di JIM ini terpelihara. Selain itu pembukaan perjawatan secara fleksi kepada skim KP bagi pengisiandi 6 atase juga merupakan hasil yang diperjuangkan oleh KPISM.

Seterusnya ialah Bayaran Insentif Penguatkuasa dan Insentif Khas. KPISM telah mengangkat hal ini ke peringkat Bhg Saraan JPA. Satu perbincanagn 3 hala yang melibatkan pihak Pengurusan Tertinggi JIM, Pihak JPA dan Exco2 KPISM telah di adakan di pejabat JPA Cyberjaya bagi membincangkan perkara ini secara holistik dan komprehensif. Pelbagai hujah dibentangkan oleh rakan2 Exco di hadapan Pengarah Bhg Saraan JPA berkaitan perkara ini. Ianya juga masih dalam perhatian JPA dimana tidak perlu saya perincikan di dalam coreatan ini. KPISM optimis, perjuangan ini akan diteruskan pada tahun 2015, semoga berkat doa rakan2 warga JIM In Sha Allah moga2 kejayaan bersama kita.

Saudara/saudari rakan-rakan seperjuangan sekalian, seringkali KPISM berhadapan dengan cabaran dan kekangan apabila terdapat suara-suara nakal yang mempertikaikan bahawa suara KPISM bukanlah mewakili suara majoriti warga JIM. Ini kerana suara-suara nakal ini sering memainkan sentimen keahlian KPISM yang sedikit berbanding warga JIM. Namum pada tahun 2013 KPISM dengan kerjasama pihak Pengurusan serta dengan merujuk pihak Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (JHEKS) serta perbincangan dengan Biro Angkasa telah temeterai satu persefahaman untuk melaksanakan proses keahlian KPISM secara Automatik. Justeru itu, pada tahun 2014 hampir semua negeri kecuali W.Persekutuan dan N.Sembilan telah menjadi ahli KPISM sepenuhnya. Tekad KPISM bagi tahun 2015 ini adalah akan memastikan keahlian KPISM 100%.

Kita boleh berbangga dengan pelbagai pencapaian yang telah dikecapi dan diraikan bersama dan amatlah wajar kita memperingati kejayaan signifikan yang telah dicapai itu sebagai pendorong KPISM kepada usaha yang lebih gigih to go beyond the expected and to embrace the new frontier pada tahun mendatang. Antara pencapaian yang masih segar diingatan, ialah Kuota Haji untuk warga2 JIM (beragama Islam) yang ingin menunaikan fardhu Haji serta Pasport gratis buat Warga JIM yang dikasihi. Begitu juga dengan penyediaan suntikan vaksin buat warga JIM yang sedang berkhidmat di Depot2 Tahanan Imigresen serta kawalan barisan hadapan, semuanya telah diangkat bagi mendapat perhatian pihak pengurusan JIM.

Titipan kejayaan KPISM yang terakhir bagi tahun 2014 ialah dengan meneruskan rundingan bersama pihak pengurusan tertinggi JIM bagi meletakkan beberapa pegawai dari skim gred KP menjadi Pengarah Bahagian serta Negeri dan beberapa TPIN Negeri. Di dalam Re-Org yang terbaru KPISM sentiasa memohon kepada pihak pengurusan agar semua post Pengarah Negeri dan Bahagian difleksikan kepada pegawai dari skim Gred KP.

Setiap kejayaan yang dikecapi memberi peluang untuk kita menghargai breakthrough strategy yang telah dihasilkan, keupayaan untuk melahirkan pemikiran outside of the box, mengikis amalan silo, kepentingan mewujudkan hubungan kolaborasi dengan Cuepacs dan lain-lain agensi Kerajaan serta NGOs, penghasilan outcome dan impak dalam pelaksanaan program, prinsip value for money dan yang terpenting sekali setiap tindakan yang kita lakukan ditunjangi oleh integriti yang kukuh.
Kejayaan tahun 2014 akan kekal dalam lipatan sejarah KPISM, namun kejayaan ini menghendaki KPISM selaku peneraju kebajikan warga JIM memantapkan lagi momentum Agenda Kebajikan DiUtamakan, Produktiviti diPertingkatkan. Despite our success, this is no time to rest on our laurels. The road to success and the road to failure are almost always the same.

Walau apapun rintangan dan halangan yang melanda, biar apapun cabaran menghalang, KPISM tidak mungkin berpatah arah. Kita akan terus bersama-sama berganding bahu untuk terus melayari bahtera Perjuangan ini sehinggalah akhirnya nama warga dan Jabatan Imigresen Malaysia yang tercinta ini ternobat di persada kecemerlangan dunia. Semoga kejayaan menanti kita.
In sha Allah.

Sekian, Wabillahi Taufiq Wal Hidayah Wassalamu Alaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh.

PRESIDEN & BARISAN EXCO KESATUAN PERKHIDMATAN IMIGRESEN SEMENANJUNG MALAYSIA (KPISM)



No comments:

Post a Comment