Monday, 26 October 2020

KERTAS PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA KERJA KESATUAN PERKHIDMATAN IMIGRESEN SEMENANJUNG MALAYSIA BAGI PENGGAL 2021-2023

Kertas Pencalonan 

Notis Mesyuarat Agong


Assalammualaikum dan Salam Perjuangan 


PERHATIAN KEPADA SEMUA AHLI KPISM!!


EDARAN NOTIS MESYUARAT AGUNG KPISM TRI-TAHUNAN KE-31 BAGI PENGGAL 2021-2023

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tri-Tahunan KPISM ke-31 bagi penggal 2021-2023 akan diadakan pada 22 - 24 Januari 2021 bertempat di Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, Perak tertakluk kepada sebarang perubahan susulan arahan kerajaan berkenaan PKP.

Sehubungan dengan itu, dimaklumkan bahawa Borang Pencalonan Ahli Jawatankuasa Kerja KPISM bg penggal 2021-2023 akan diedarkan melalui Pengerusi Perhubungan Negeri bermula pada hari ini pada 26 Oktober 2020. Kertas pencalonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserah terus kepada Pengerusi Perhubungan Negeri atau diemel ke kesatuanimigresen@gmail.my atau dipos ke Pejabat KPISM pada atau sebelum 27 November 2020 (Jumaat).

Sehubungan dengan itu, KPISM menyeru kepada semua Ahli KPISM agar gunakanlah HAK Saudara/Saudari ini untuk memilih Jawatankuasa KPISM yg terbaik serta dapat membela untung nasib dan kebajikan semua warga JIM dalam tempoh 3 tahun mendatang ini. Bagi memastikan borang pencalonan ini sampai kepada semua AHLI, KPISM  akan memuatnaik Borang Pencalonan ini melalui laman blogspot kpism bagi membolehkan ahli memuat turun borang tersebut. Link borang akan dikongsikan kemudian.


Saudara/Saudari sekelian, Sesungguhnya KPISM adalah milik bersama dan buatlah satu keputusan yg terbaik.


Sekian utk makluman semua AHLI KPISM.


BERSATU BERHARMONI BERJAYA


#KitaJagaKita #Frontliners #WargaJIMMemilih #KPISMAspirasiBersama


KPISM.

Sunday, 4 November 2018

Program Jelajah KPISM Bersama Warga JIM Labuan.

Buat julung kalinya sejak tertubuh KPISM pada Tahun 1956, ini adalah kali pertama Barisan Exco Kanan KPISM turun padang dan bertemu dgn warga JIM Labuan.
Kesempatan bertemu dgn pegawai2 yg bertugas di JIM Labuan, KPISM turut berkongsi maklumat terkini berkenaan halatuju perjuangan KPISM. Selain daripada itu, KPISM turut dikongsikan dgn pelbagai isu dan cabaran yg sedang dn telah dihadapi oleh pegawai2 di JIM Labuan. Wakil KPISM yg hadir adalah :-
1. Presiden, Sdra Norhisham Murujan
2. Naib Presiden, Sdra Suhaizan Abdullah
3. SUA, Sdra Fauzi Hj Jamaluddin
4. Bendahari, Sdra Mohd Hasri Ishak
5. PP WP, Sdra Gurpal Singh.
Saudara Timbalan Presiden tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan lain.
KPISM akan menyediakan sebuah Laporan Lengkap sepanjang lawatan ini dan akan memanjangkan beberapa usul penambahbaikan kepada pihak pengurusan Jabatan dan KDN.
KPISM ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat warga JIM Labuan khususnya Yg Dihormati PIN Labuan, Tn Asani bin Ladjani dan Unit Pentadbiran JIM Labuan atas kerjasama, layanan dan bantuan yg diberikan sepanjang keberadaan kami di Labuan. Semoga JIM Labuan terus maju jaya dengan cemerlang hendaknya.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.




Bengkel Semakan Jadual Bertugas JIM 2018.

KPISM dengan kerjasama Bhg Pengurusan Sumber Manusia JIM sedang melaksanakan Bengkel Semakan Sistem Jadual Tugas di Jabatan Imigresen Malaysia.
Susulan teguran dari Audit Dalaman KDN yg menyatakan jumlah jam waktu bekerja selain waktu pejabat biasa di JIM adalah berkurangan seperti mana yg dimaksudkan oleh Perintah Am atau G.O. Susulan daripada itu, satu bengkel diadakan bg mencari mekanisma terbaik bagi menentukan sistem jadual tugas di JIM mampu ditambah baik tanpa mengabaikan aspek kebajikan pegawai.
30 pegawai pelbagai pangkat mewakili pejabat di Kawalan, UTC dan Depot dijemput bagi sama2 merealisasikan penambahbaikan jadual ini. Semoga usaha ini dapat mewujudkan satu sistem jadual tugas terbaik dan signifikan.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM






Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan ke-13 Majlis Bersama Kebangsaan [MBK] Bagi Pekerja-Pekerja Dalam Kumpulan Pelaksana.

25 Oktober 2018 - Barisan Exco KPISM telah hadir sebagai perwakilan di Persidangan MBK ke-13. Alhamdulillah, Setiausaha Agung KPISM juga telah dilantik sebagai Penolong Setiausaha Gred Keselamatan MBK bagi penggal 2018-2020. InshaAllah amanah ini akan sy laksanakan sebaik mungkin demi memperjuangkan kebajikan pegawai2 di JIM. Platform ini amat penting buat kita semua kerana ianya adalah saluran tepat KPISM dlm memperjuangkan agenda kebajikan pegawai di peringkat Persekutuan.
Sokongan padu dari warga KPISM jua amatlah dihargai.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM


PERLAKSANAAN MESYUARAT EXCO KPISM BIL.03 TAHUN 2018

PERLAKSANAAN MESYUARAT EXCO KPISM BIL.03 TAHUN 2018

Tarikh : 24 Oktober 2018
Jam : 8.30 malam - 11.30 mlm
Lokasi : KLIH

Ketetapan KPISM.
1. Penggabungan Skim akan dibuat follow up dengan pihak JPA.
2. Pengstrukturan Perjawatan JIM (Re-Org).
3. Pelaksanaan Kaedah Kemajuan Pangkat Bagi Gred Pelaksana 1 Perkhidmatan Bukan Gunasama atau Gred KP19 ke KP22 Di JIM
4. Isu Suntikan Vaksin Kepada Pegawai JIM.
5. Penambahbaikan Dasar Penempatan Dan Pertukaran Pegawai Dan Kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia
6. Penambahbaikan kriteria sumbangan kebajikan KPISM.
7. Memberi mandat kepada SUA untuk bertanding sbg Pen Setiausaha Gred Keselamatan di MBK penggal 2018-2020.
Sekian untuk makluman ahli jua.
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
KPISM.


MAJLIS BERSAMA KEBANGSAAN 2018-2020

Asalamualaikum WBT
Alhamdulillah, saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih kepada semua sahabat-sahabat di KPISM dan para perwakilan MBK, serta rakan rakan yang membantu saya secara langsung atau tidak, didalam pemilihan wakil Majlis Bersama Kebangsaan (MBK) ini untuk penggal 2018-2020 ini.
Amanah dan sokongan yang dizahirkan tidak akan di sia-sia kan, Insha Allah.
Semoga segala usaha yang sedang dan akan kita lakukan, akan mendapat keredhaan Allah SWT jua, Insha Allah.
Terima kasih dan salam..
SUA KPISM.

Lawatan rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman

Lawatan rasmi Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Mohd Azis Bin Jamman ke Pusat Tahanan Sementara Kota Kinabalu pada 08hb Oktober 2018 dan meninjau sendiri opersasi pengurusan tahanan yang diuruskan pihak MKN Negeri Sabah.Taklimat di sampaikan oleh Ketua Pentadbir PTS KK.Turut hadir beberapa orang pagawai tertinggi dari KDN/MKN dan JIM Sabah.YB TMDN juga merangkap Ahli Parlimen Sepanggar dimana lokasi PTSKK berada.Sekian