Tuesday 31 July 2018


Assalammualaikum dan Salam perjuangan

ISU BAYARAN OT PEGAWAI IMIGRESEN

KPISM bersama Pengurusan Tertinggi JIM telah menyampaikan mesej yg jelas kpd pengurusan tertinggi di KDN. Isu ini menjadi hangat sehingga disebut ke peringkat Parlimen dala sesi pergulungan Titah DiRaja . Jutaan terima kasih jua diucapkan kepada YB TMDN serta Urusetia Parlimen dari JIM yg bertungkus lumus memastikan isu ini dibawa ke Parlimen. Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan kadar segera. KPISM juga akan mengadakan pertemuan dgn Pegawai Tertinggi Cuepacs utk membawa isu ini ke peringkat Cuepacs dan akan menggunakan segala saluran yg ada.

Credit to Tn Azuan atas perkongsian video dan sbg urusetia JIM di Parlimen.

Friday 27 July 2018







PROGRAM TURUN PADANG KPISM BERSAMA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA JIM KE BSI, KSAB, DEPOT IMIGRESEN PEKAN NENAS, KUKUP DAN SETIA TROPIKA JIM JOHOR

KPISM telah dijemput bersama ke sesi turun padang Pengarah Bahagian Pengurusan Sumber Manusia JIM atau PBC bagi tujuan Kajian Perlaksanaan Waktu Bekerja di BSI, KSAB dan beberapa Pejabat Kawalan.

Di dalam sesi lawatan tersebut KPISM turut membangkitkan beberapa isu melibatkan waktu rehat pegawai, hazardous ketika menjalankan tugas di Checkpoint dan isu modul latihan untuk kesiapsiagaan pegawai.

Tuan PBC juga turut mengulas berkenaan isu kelewatan bayaran ot yg mana pihak pengurusan JIM sedang berusaha sepenuhnya dalam mendapatkan peruntukkan tambahan bagi membolehkan pembayaran dibuat.

Hasil lawatan ini akan dibentangkan semasa mesyuarat 3 hala antara KPISM,  Pengurusan Sumber Manusia dan YBhg Dato' TKPP pd 1 Ogos ini. Sekian untuk makluman AHLI KPISM jua.

BERSATU BERHARMONI BERJAYA

KPISM.