Assalammualaikum dan Salam Perjuangan
Adalah dimaklumkan bahawa KPISM telah mendapat banyak panggilan dan pertanyaan dari AHLI mengenai satu kenyataan atau tuduhan yang dikeluarkan oleh Sdra Zaharin Mohd Yasin melalui Facebook beliau dan rakaman video berkaitan tohmahan terhadap YBhg. Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali, Ketua Pengarah Imigresen Malaysia
Susulan daripada tersebarnya kenyataan ini, KPISM telah mengadakan satu pertemuan dengan YBhg. Dato' Sri KPI bg mendapatkan gambaran serta penjelasan yg sebenar berkenaan kenyataan tersebut. Susulan drpd pertemuan tersebut, KPISM amat berpuas hati dn dapat membuat kesimpulan bahawa kenyataan yg disebarkan melalui media sosial berkenaan isu ini adalah FITNAH DAN TOHMAHAN yang berniat untuk cuba menjatuhkan reputasi serta kredibiliti YBhg. Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali sbg Ketua Pengarah Imigresen Malaysia.
Justeru itu, KPISM menyeru kepada semua warga JIM khususnya AHLI KPISM agar bersama kita rapatkan saf dan bersatu hati menolak kenyataan yg bersifat fitnah kepada YBhg. Dato' Sri KPI kita. Ayuh!! kita semua bersatu hati berdiri teguh mempertahankan KP kita agar segala rancangan dan cubaan mereka yg ingin utk membuat percaturan serta menghuru-harakan kepimpinan di JIM tidak berjaya sama sekali.
Sokongan ini harus kita zahirkan krn dalam tempoh 100 hari YBhg Dato' Sri Hj Mustafar bin Hj Ali memegang taklif sbg Ketua Pengarah Imigresen, JIM telah mula menampakkan perencanaan pelbagai rancangan samada jangka pendek, sederhana dan panjang dalam usaha memartabatkan warga selaku aset JIM dan imej jabatan. Hakikatnya, pelaksanaan serta gerak kerja yg diusahakan oleh DS KP ini telah melalui segala macam perancangan yang disusun kemas lagi sistematik. Ianya dapat dibuktikan apabila dlm tempoh 100 hari kepimpinan DS Hj Mustafar sbg KP JIM telah byk usaha dan inisiatif baru telah direncanakan. Antaranya adalah, memperkasakan aspek penguatkuasaan di JIM, dialog bersama majikan, menaikkan semangat pegawai JIM melalui pelbagai pendekatan dan mekanisma.
Para pujangga sering bermadah iaitu, “Berpadu ialah satu permulaan, terus bersatu merupakan kemajuan, manakala bekerja secara ganding-berganding, bahu-membahu, itulah dia resepi kejayaan”.
Selain daripada itu, antara pencapaian kejayaan paling besar dlm sejarah JIM adalah peluang serta pengiktirafan yg diberi kpd pegawai Skim KP dgn kenaikan pangkat ke KP52. Sesungguhnya 11 November 2016 merupakan satu catitan sejarah penting JIM di mana buat julung kalinya pegawai dari Skim KP diberi kenaikan gred ke KP52. Semoga pegawai yg dilantik ini mampu melaksanakan amanah yg diberi dgn penuh kejayaan dn kecemerlangan.
Untuk itu, Sekali lagi KPISM menyeru dan mengajak semua di antara kita untuk terus memberi sokongan dan dokongan padu kepada kepimpinan DS Ketua Pengarah JIM. Biarpun kita berdepan dengan pelbagai rintangan, dilontar dengan segala bentuk tohmahan, diasak dengan bermacam dugaan, namun, dengan kehendak Maha Berkuasa jua, kepimpinan JIM ini akn tetap kita pertahankan.
Kepada YBhg. Dato' Sri KP JIM.. Walaupun satu demi satu tohmah yg dilontar, beraneka domba dituduh kepada kita, pelbagai cubaan dilakukan untuk menjatuhkan kredibiliti dan imej Dato' Sri, bukan hari ini sahaja malah sejak sebulan dulu dgn dimomokkan pelbagai andaian dan cubaan untuk menukar KP JIM, agar tunduk kepada tekanan dan kuasa2 tertentu. Namun, BARISAN KITA bukanlah yang mudah mengaku kalah, apatah lagi duduk bersimpuh dan berdiam diri. KPISM akn tetap terus berada bersama Dato' Sri.. Walaupun bulan demi bulan, tahun demi tahun, masa hingga masa, Kami akan tetap terus bangun, bangkit dan berjuang demi nama baik Jabatan dan negara.
Apa yang pasti, KPISM tidak sekali-kali akan membiar dan merelakan orang-orang yang tidak bertanggungjawab cuba membuat percaturan dan mengadu domba dengan niat meruntuh dan melemahkan kepimpinan JIM yg berprinsip dn berintegriti ini. Demi JIM dan demi warganya yg tercinta, Jabatan Imigresen Malaysia tetap akan kami pertahankan sampai bila-bila.
Moga-moga Tuhan Yang Maha Berkuasa memberi perlindungan dan kesejahteraan kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia. JIM HEBAT!!
BERSATU BERHARMONI BERJAYA
Ajeet Singh Gurbax Singh
Presiden KPISM