Tuesday, 30 August 2016

Kenyataan Rasmi Presiden KPISM 30.08.2016

Salam Perjuangan.

Dimaklumkan KPISM dan beberapa pegawai kanan dari JIM HQ telah melawat pegawai JIM yang dilepaskan dari reman POCA pada 26.08.2016 dan sekarang dalam Perintah Pengawasan Polis dibawah Sek. 15, Akta Pencegahan Jenayah. Lawatan telah dibuat di rumahnya dan beliau dalam keadaan sihat. KPISM akan turun padang melawat pegawai2 ini untuk mendengar secara langsung dari mereka keadaan dan situasi kes serta memberi semangat kepada mereka dan keluarga. Juga dimaklumkan bahawa bermula minggu lepas beberapa pegawai berkaitan kes KLIA telah dilepaskan dan menunggu keputusan Lembaga. Manakala ada yang terus dalam Perintah Pengawasan Polis. Oleh itu mohon PP Negeri untuk turun padang melawat mereka dan bantu apa yang sewajarnya.

Bersatu Berharmoni Berjaya.
Sekian.


Ajeet Singh,
Presiden KPISM.

30 Ogos 2016.

Friday, 26 August 2016

Sumbangan KPISM kepada Saudara Mohd Hellmi bin Abdullah 26.08.2016




Penyerahan Sumbangan Khas KPISM kepada PI Mohd Hellmi bin Abdullah dari Bahagian J, Putrajaya yang rumahnya mengalami kebakaran tempoh hari.

Tuesday, 23 August 2016

Kenyataan Rasmi KPISM 23.08.3016








Salam Sejahtera dan Salam Perjuangan. Dimaklumkan bahawa Pegawai Imigresen Sdra Mohd Hellmi Bin Abdullah yang bertugas di Bahagian J,  Putrajaya, rumahnya di No. 37 Warisan Bestari, Kota Warisan, Sepang telah mengalami kebakaran beberapa hari lepas. Anggaran kerugian adalah lebihkurang RM 20 ribu. Beliau sekarang menyewa homestay dengan sewaan RM 250 seminggu dan dijangka perlu menyewa untuk sebulan. Kesatuan Perkhidmatan Imigresen Semenanjung Malaysia (KPISM) akan menanggung kos sewa homestay ini. Manakala untuk membantu membaik pulih rumah beliau, di mohon semua kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia untuk menderma terus ke akaun beliau iaitu : PUBLIC BANK:  6-8451367-12. MOHD HELLMI BIN ABDULLAH. Kerjasama semua pihak amat dihargai. Sekian terima kasih.

Bersatu Berharmoni Berjaya.

Ajeet Singh,
Presiden KPISM.

23 Ogos 2016.

Saturday, 6 August 2016

Kenyataan Rasmi KPISM berhubung Isu Bekalan Pasport

Assalamualaikum dan Salam Perjuangan.. KPISM mengalu-alukan kenyataan dari YB Timbalan Menteri Dalam Negeri bersabit dengan isu bekalan pasport serta kata 2 yg diberi kpd syarikat terbabit. KPISM ingin menegaskan bahawa isu pembekalan pasport ini telah mencemar produktiviti Pegawai Imigresen terutama mereka yg bertugas di kaunter pasport atau yang berhadapan dgn rakyat. KPISM juga menggesa agar pihak2 yg cuba melindungi atau bersekongkol dengan syarikat2 ini disiasat termasuk mereka yg cuba melindungi dan menyembunyikan fakta sebenar kerana ianya satu tindakan yang tidak berintegriti dan beretika terhadap rakyat Malaysia. Sekiranya perlu, KPISM bersedia untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa termasuk SPRM di atas tindakan yg tidak wajar selama kini. Leaders who live with integrity inspire their followers to adopt their own ideals, which makes them more willing to support their vision.🤔

BERSATU BERHARMONI DAN BERJAYA 

KPISM.

Kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nurjazlan :
http://m.utusan.com.my/berita/nasional/kdn-beri-kata-dua-kepada-syarikat-pembekal-pasport-1.366898#sthash.7i2UZTBh.dpuf

Monday, 1 August 2016

Kenyataan KPISM berhubung pelantikan Ketua Pengarah Imigresen yang baharu mulai 1 Ogos 2016

Assalammualaikum wrt bkh dan Salam Perjuangan.. 
Di kesempatan ini KPISM ingin mengalu-alukan ketibaan YBhg. DS Mustafar bin Hj Ali, selaku Ketua Pengarah JIM yang baharu. KPISM amat optimis dengan kehadiran YBhg Dato Sri Mustafar dari SPRM ini amat tepat pada masanya. Namun begitu seharusnya kita semua ingat pelantikan ini merupakan satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap orang yg dilantik. KPISM ingin mengingatkan bahawa setiap jawatan atau pemimpin akan ditanya ke atasnya apa yang dipimpin suatu hari nanti. Lantaran itu, masa ini bukanlah masa yg sesuai utk merasa selesa atas nikmat pelantikan ke jawatan ini, tetapi bermulanya tugas dan gerak kerja yang diamanahkan dlm mencapai visi dan misi JIM selaras dengan dasar transformasi negara. Amanah yang diberikan bukanlah perkara yang mudah. Sesungguhnya KPISM amat komited dan mempunyai keazaman yang tinggi utk memberi kerjasama yg padu dlm mempertingkatkan lagi prestasi serta sistem penyampaian perkhidmatan JIM yang berpaksikan kepada keselamatan dan kesejahteraan negara. Sejarah JIM mula terlakar apabila JIM sekali lg dipimpin oleh mereka yg bukan dari Skim PTD. Semoga dgn perubahan kepimpinan JIM yang baharu ini lebih banyak kejayaan ditempa berbanding kegagalan. Cukuplah pegawai2 di JIM dihina dan dimaki oleh orang awam dek kerana di suruh bercakap tidak benar terutama melibatkan isu stok pasport, cukup la pegawai JIM menaiki kenderaan yg berisiko tinggi serta mengancam nyawa, cukup la pegawai JIM disalahkan dek kerana sistem ICT yg berusia puluhan tahun dan cukuplah kepada segala kegagalan selama kini.. KPISM berasa amat terkilan dgn segelintir sikap Pengarah Bahagian dan Negeri yg memandang remeh kepada isu2 kebajikan pegawai dan cuba menghalang kesatuan dari bersuara dn turut serta dlm majlis2 tertentu yg melibatkan penentuan hala tuju JIM. Kepada mereka anda harus ingat bhw KPISM belum pernah mengenal perkataan utk berhenti dari perjuangan. Kami takkan berhenti selagi mana perjuangan kami belum selesai.. Sudah tiba masanya kita mengurus kejayaan berbanding kegagalan.. Seikhlasnya KPISM tetap percaya dan yakin bahawa kebajikan pegawai-pegawai JIM adalah perkara utama yang seharusnya diberi perhatian oleh pengurusan tertinggi JIM dalam memastikan kepentingan kami selaku aset penting JIM sentiasa terjaga dan terpelihara. Seharusnya JIM mempunyai pegawai dan anggota yang terbaik, peralatan yang mencukupi dan terkini, latihan serta kemahiran yang terbaik untuk melaksanakan perkhidmatan yang cemerlang pada abad ini. Kepada YBhg. Dato Sri Sakib Kusmi. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. itulah lumrah kehidupan. Begitulah rentetan perjalanan, walau sukar untuk kami di KPISM menerima pertukaran YBhg Dato Sri ini, tp kaki tetap mengorak langkah selagi hayat dikandung badan. Hidup adalah perubahan. Dalam setiap perjalanan kita merantai kisah suka duka tangis dn tawa brsama semenjak Dato Sri menyandang jawatan TKP(K) lagi. KPISM banyak berkongsi masalah kebajikan dan kepentingan JIM dari hal yg kecil sehinggalah hal yg besar, namun Alhamdulillah semuanya dapat kita selesaikan dgn cara terbaik melalui semangat bergandingan tangan antara KPISM dan DS. Terima kasih Dato Sri atas kerjasama yg cukup erat selama kini bersama kami di JIM. Jasa Dato Sri amat kami kenang.. Kami jg mendoakan semoga Dato' Sri sentiasa dirahmati Allah swt dan dikurniakn kesihatan yg baik. Selamat Maju Jaya buat Dato' Sri. Somebody once said that in looking for people to hire, you look for three qualities, integrity, intelligence, and energy. And if you don’t have the first, the other two will kill you. You think about it, it’s true. If you hire somebody without integrity, you really want them to be dumb and lazy. 

BERSATU BERHARMONI DAN BERJAYA

KPISM.